Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan

Jumaat, 25 September 2026

Cuti-Cuti Malaysia: Dream Kingdom Hotel, Melaka

Birthday trip kali ni sebenarnya untuk aku. Tapi bila dah ada tiga anak, akhirnya lebih banyak celebrate anak-anak. 😆

Isteri buat surprise booking di Dream Kingdom Hotel, Melaka, sekitar RM700++ katanya. Kami pilih Family Room tema Jungle.

Bilik memang besar, dengan dua katil besar, slide, ball pit dan satu katil dalam ball pit. Aircond pula sejuk gila. Toilet pun besar, siap ada bathtub yang boleh muat satu keluarga. Ada TV, WiFi, shower, toiletries, snack dan juice. Cuma bilik Jungle ni tak ada tingkap, jadi memang tak tahu keadaan luar. Masa staff tengah bersihkan bilik Space di depan bilik kami, kami sempat tengok. Bilik tu nampak lagi besar dan ada tingkap besar.



Satu benda yang menarik ialah treasure hunt. Ada tiga clue yang perlu diselesaikan dengan mengira benda-benda di sekitar hotel. Jawapan digunakan untuk buka padlock dan kalau berjaya, boleh pilih plushy toy di lobby. Aku tak nak spoil soalan dia.

Plushy dari treasure hunt tu

Lobby pula memang syurga budak-budak. Ada huge indoor playground dengan slide yang bapak budak pun boleh masuk, game area, LEGO foam, digital colouring, massage chair dan yang paling penting, unlimited self-service ice cream.

Lobi dia ada playground

Gym untuk si kenit

Unlimited ice-cream
Ruang membaca pun ada

Ada juga indoor swimming pool di bangunan sebelah. Pool kecil dan cetek, memang lebih kepada kanak-kanak. Ada slide sekali. Dalam 30 minit anak-anak dah puas mandi.

Hotel tak ada restoran sendiri, tapi makanan senang cari sekitar Melaka atau order delivery. Parking pun mudah, cuma bayar melalui app PBT.

Overall, memang berbaloi untuk family trip. Hotel ni bukan sekadar tempat tidur. Budak-budak boleh main dalam bilik, lobby, pool, buat treasure hunt dan makan ice cream. Sampai rasa macam tak perlu keluar hotel pun.

Birthday aku jadi alasan.

Yang betul-betul celebrate hari tu, anak-anak.






Khamis, 17 September 2026

Cuti-Cuti Malaysia: Farm In The City, Seri Kembangan

Pada Januari 2023, kami sekeluarga singgah ke Farm In The City, Seri Kembangan. Masa tu anak-anak baru berumur 5 dan 2 tahun. Memang pada zaman ni kami agak rajin buat aktiviti jalan-jalan ke zoo dan tempat berkaitan haiwan, sampai aku ada satu siri entry blog khas untuk zoo seluruh Malaysia.

Farm In The City ni konsepnya agak berbeza daripada zoo biasa. Lebih kepada petting zoo berskala besar, di mana pengunjung boleh berada agak dekat dengan haiwan dan sesetengahnya boleh diberi makan.

Haiwan yang menarik

Antara yang paling anak-anak suka ialah kura-kura gergasi. Kami beli makanan dan dapat bagi makan kepada kura-kura yang memang nampak sangat relaks. Tak ada drama, tak ada berebut. Anak-anak pun berani sebab kura-kura ni jenis makan perlahan-lahan dan tak mengejar mereka.


Selain kura-kura, ada juga alpaca, yang bagi kami agak menarik sebab inilah antara kali pertama kami tengok alpaca secara dekat.

Satu lagi yang menarik perhatian ialah alligator snapping turtle. Saiznya memang besar dan rupa dia pula agak menggerunkan. Tengok muka dia, memang nampak macam makhluk yang tersesat keluar dari zaman dinosaur.

Feeding session yang boleh jadi kecoh

Satu bahagian yang aku rasa agak menarik ialah kawasan kambing, sheep dan rusa yang dibiarkan berkeliaran dan boleh didekati.

Masa mula masuk, aku perasan ada beberapa batang kayu tinggi dengan tempat sangkut di atasnya. Tak faham juga apa fungsi benda tu.

Rupanya itu tempat untuk sangkut bucket makanan haiwan yang kita beli.

Bila dah pegang bucket makanan tu, barulah faham kenapa ia diletakkan tinggi. Kambing-kambing dekat situ memang akan datang menyerbu. Anak-anak yang pada mulanya excited nak bagi makan, akhirnya agak takut sebab ada kambing yang terlebih bersemangat.

Berbanding kura-kura yang makan dengan tenang, kambing-kambing ni macam ada KPI bulanan yang perlu dicapai.

Ular atas kepala

Bahagian reptilia pun agak menarik. Salah satu laluan membawa kita di bawah enclosure ular sawa, jadi ular tu berada betul-betul di atas kepala pengunjung.

Anak sulung masa tu memang berani dengan ular, jadi dia tak ada masalah pun. Si kecil pula baru dua tahun, jadi dia macam biasa saja sebab belum cukup umur untuk memahami bahawa manusia normal sepatutnya mungkin rasa takut apabila ada ular sawa beberapa kaki di atas kepala.

Aku nampak ada juga pengunjung lain yang sampai berlari bila melalui kawasan tersebut.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, aku suka konsep "big petting zoo" yang dibawa oleh Farm In The City. Banyak haiwan boleh dilihat dari dekat dan pengalaman memberi makan haiwan memang sesuai untuk anak-anak.

Tempatnya pula, kalau tak silap, agak redup dengan banyak pokok dan kawasan berbumbung, jadi tak terasa macam berjalan di zoo terbuka sepanjang masa.

Cuma satu perkara yang aku masih ingat sampai sekarang ialah harga tiketnya terasa agak mahal berbanding beberapa zoo lain yang pernah kami pergi pada waktu itu.

Jadi, kalau ada peluang untuk datang semula, memang boleh. Cuma kalau ada beberapa zoo atau animal park lain yang belum pernah kami lawati, rasanya kami akan cuba tempat lain dulu.

Farm In The City menarik untuk pengalaman yang lebih dekat dengan haiwan, terutama kalau datang dengan anak kecil. Tapi untuk kami, faktor harga membuatkan ia bukan pilihan pertama setiap kali nak pergi zoo.

Isnin, 14 September 2026

Cuti-Cuti Malaysia: The Shore Oceanarium, Melaka

Plan asal birthday trip kali ni sebenarnya nak ke A'Famosa Safari Wonderland.

Tapi manusia boleh merancang, jerebu pula yang menentukan.

Sebab keadaan jerebu masa tu, last minute aku tukar plan dan cari attraction yang indoor. Lepas scroll sana sini, akhirnya kami decide untuk pergi The Shore Oceanarium, Melaka.

Ingatkan dalam sejam macam tu boleh habis pusing dah Oceanarium ni. Sebab kalau pergi Aquaria KLCC or SEA LIFE Legoland, kami biasanya tak sampai sejam pun dah habis pusing. Rupanya aku silap. Kami habiskan lebih dua jam dalam tu.

Bukan sebab aquarium dia besar macam Aquaria. Malah kalau dibandingkan dengan aquarium yang besar-besar, The Shore Oceanarium memang jauh lebih compact.

Tapi sebab dia bukan sekadar tempat untuk tengok ikan.

Sepanjang perjalanan ada macam-macam benda lain. Ada kawasan interaktif, 3D experience, AR game, VR shark cage, touch pool dan pelbagai hidupan selain ikan.

Antara bahagian yang paling menarik untuk anak-anak mestilah touch pool. Ada beberapa hidupan yang boleh disentuh, termasuk starfish dan belangkas. Bila budak-budak dah boleh pegang sendiri, terus lain level excitement dia.

Ada juga aktiviti feeding ikan. Kami ambil yang RM10 punya makanan ikan dan dapat bagi makan ikan dalam kolam. 


Bahagian VR shark cage pun menarik. Konsepnya bagi pengalaman macam berada dalam sangkar dalam laut dengan jerung. Tak perlu masuk laut betul-betul, jadi risiko paling besar pun mungkin terjerit depan anak sendiri.






Kemudian ada pula AR interactive games dan beberapa display interaktif yang buat tempat ni terasa lebih macam experiential attraction daripada aquarium biasa.

Satu benda yang aku suka ialah 3D experience dia. Tiket Premium Plus yang kami ambil memang dah termasuk pakej 3D, dan spek 3D diberikan sekali masa masuk.




Yang paling penting, budak-budak enjoy.

Ada ikan, reptilia, hidupan air, touch pool, interactive game, 3D experience dan macam-macam lagi. Jadi dua jam tu berlalu tanpa kami sedar.

Kalau nak pergi

The Shore Oceanarium terletak di Level 2, The Shore Shopping Gallery, di kawasan Sungai Melaka.

Kalau datang dengan kereta, boleh terus masuk parking mall. Parking berada di Level 4 hingga Level 6, kemudian turun ke Level 2 dan cari Oceanarium.

Alamat:
The Shore Shopping Gallery, 193, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka.

Harga:
Dewasa: RM40
Kanak-kanak 3–12 tahun: RM30
Feeding: RM10

Tiket Premium Plus dah termasuk 3D experience + souvenir.

Waktu operasi yang tertera sekarang ialah 10:30 pagi hingga 7:00 malam.

Kalau datang dengan anak-anak, aku cadangkan jangan rushing. Kami sendiri ingat sejam cukup, akhirnya lebih dua jam baru keluar.

Dan kalau ada masa, boleh sambung jalan-jalan di sekitar Sungai Melaka/Jonker Street selepas tu. Lokasi The Shore memang dekat dengan kawasan tarikan utama bandar Melaka.

Jumaat, 24 April 2026

Glamping @ Wetland Putrajaya

 Aku rasa trip ni antara yang paling “hidup” setakat ni. Bukan sebab semuanya perfect, tapi sebab dia datang sekali dengan hujan lebat, anak-anak yang over-excited, dan momen kecil yang jadi besar tanpa kita plan pun.

Kami pergi 18–19 April, short getaway je, 2 hari 1 malam. Lineup standard keluarga kecil kami — aku dengan pasangan, plus tiga orang anak umur 7, 5, dan si kecil yang baru nak masuk setahun. Ini first time diorang rasa glamping, jadi dari dalam kereta lagi dah boleh nampak excitement tu. Yang sulung dah tanya macam-macam, yang tengah ikut je, yang kecil… dia happy je asalkan ada orang.

Tapi sampai-sampai je, macam kena prank sikit. Hujan lebat gila. Bukan jenis hujan yang romantik tu, tapi yang buat kau duduk diam dalam kereta sambil tengok wiper kerja overtime. Kami memang tak boleh turun terus, jadi tunggu dalam kereta agak lama. Dengan anak-anak yang dah tak sabar, memang rasa macam mini survival test. Tapi dalam masa sama, entah kenapa benda tu jadi kelakar pulak bila ingat balik.

Parking pun agak limited, ramai yang park tepi jalan je. So memang kena ada sikit kesabaran masa mula-mula sampai tu. Tapi once hujan reda dan kami boleh check-in, terus rasa macam okay… adventure dah start.

Kami ambil tent jenis quadruple, dapat dua queen bed. Dalam tent tu sebenarnya quite complete — ada aircond, dua kipas, plug semua cukup. Petang lepas hujan memang best, sejuk je, memang rasa cozy. Malam pun sedap tidur. Tapi bila masuk tengahari esoknya, panas tu tetap terasa walaupun aircond dah on. So kena faham la, ini masih tent, bukan bilik hotel. Dia ada limit dia.

Toilet, shower, surau semua ada, tapi bukan betul-betul sebelah. Dalam 50 ke 100 meter jugak dari tent kami. Taklah jauh sangat, tapi cukup untuk buat kau fikir “nak pergi sekarang ke nanti” especially waktu malam. Tapi okay je, masih manageable.

Environment dia memang nature betul. Bukan jenis cantik tapi steril. Ada semut, ada monyet, ada siput babi. Maksudnya kau memang share space dengan alam, bukan sekadar tengok dari jauh. Personally aku okay je, tapi kalau jenis yang expect clean gila macam hotel, mungkin kena adjust expectation sikit.

Kalau nak cakap pasal highlight, memang anak-anak punya dunia kat sini. Ada swimming pool khas untuk budak, flying fox, basikal sewa, playground, trampoline, archery. Malam pulak ada campfire dengan fire show. Diorang memang tak duduk diam. Yang paling win mestilah swimming pool, itu memang repeat banyak kali. Dari pagi sampai petang, kalau boleh nak duduk situ je.

Moment yang paling melekat untuk aku, kami sambut birthday pertama anak bongsu kat situ. Tak ada decoration besar, tak ada setup fancy pun. Just simple celebration je. Tapi suasana tu… dengan lampu-lampu malap, bunyi orang borak jauh-jauh, bau asap campfire… dia jadi satu moment yang rasa tenang. Jenis yang kau tak plan pun nak jadi special, tapi bila jadi, kau tahu ini akan stay lama dalam ingatan.

Ada satu lagi moment yang agak cinematic sikit. Pukul 3 pagi, bini aku nak pergi toilet. Dengan keadaan gelap, kawasan hutan sikit-sikit tu, memang rasa macam masuk scene cerita seram. Dalam kepala dah macam-macam. Tapi bila keluar je dari tent, rupanya laluan ke toilet tu agak terang. Lampu ada sepanjang jalan. Jadi yang “horror” tu lebih kepada dalam kepala je. Jalan sama-sama, sejuk-sejuk pagi tu, sunyi sikit… last-last jadi moment yang kelakar pulak bila ingat balik.

Bab makan pun senang. Semua dah included — hi-tea, dinner, breakfast, lunch. Dinner siap ada kambing dengan ayam bakar, memang sedap makan masa lapar lepas seharian jalan sana sini. Cuma satu benda yang kami tak tahu awal-awal — tak boleh makan dalam tent. Kena makan dekat area luar. Mula-mula rasa macam leceh sikit, tapi lama-lama okay je, lagi masuk dengan vibe camping tu.

Harga aku ingat dalam RM400 lebih macam tu. Untuk aku, memang berbaloi. Sebab kau bukan bayar untuk tempat tidur je, tapi experience sekali. Aktiviti ada, makanan ada, dan paling penting, masa dengan family tu.

Of course ada benda yang boleh improve. Parking limited, tengahari agak panas, toilet tak dekat sangat, dan ada haiwan kecil yang mungkin tak semua orang selesa. Tapi semua tu manageable kalau kau datang dengan expectation yang betul.

Kalau tanya aku nak repeat lagi tak… aku rasa ya. Bukan sebab dia perfect, tapi sebab dia real. Ada hujan, ada penat, ada chaos sikit, tapi ada gelak, ada moment yang kita tak boleh beli.









Kadang-kadang, trip yang paling kita ingat bukan yang paling selesa. Tapi yang ada cerita. Dan trip ni… memang penuh cerita.

Isnin, 23 Jun 2025

Husin Fauzi Farm, Trip Pertama Ayden Sufyan

Ayden Sufyan kini sudah 2 bulan umurnya, setelah selesai berpantang, baru kali inilah kami nak bawa anak-anak berjalan-jalan. Dulu semasa berempat, kami pernah ke Husin Fauzi Farm ni, postnya di SINI



Dulu tak ada, sekarang dah ada alpaca













Burung unta yang dilepas bebas






Anak kambing ini dilepas bebas di kawasan zoo

Pintu masuk sudah dinaik taraf berbanding 2021

Husin Fauzi Farm ni amat sesuai jika nak bawa anak mengenali haiwan, tapi tak nak menapak jauh-jauh. Kawasannya kecil, redup, kebanyakan exhibit berbumbung, mesra stroller, dan murah. 

Catatan Popular