Throwback Oktober 2021, masa negara mula surut dari kes Covid, orang mula berjalan kembali. Tapi tak silap masa ni masih susah nak rentas negeri. Jadi percutian dalam Selangor kami ke sinilah, Husin Fauzi Farm yang terletak di Kuala Selangor.
Taman haiwan yang berkonsep terbuka, dengan burung unta, merak, itik dll dibiar bebas berkeliaran dalam kompaun zoo. Harga tiket masuk juga sangat murah
RM15 untuk dewasa
RM7 untuk kanak-kanak.
Kawasan zoo tidaklah besar, sejam dua dah boleh habis pusing, tapi terdapat aktiviti yang meriah boleh dilakukan seperti menaiki tram tong drum, menangkap ikan, menunggang kuda, dan petting zoo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan