Zoo Kemaman terletak di Hulu Chukai, Terengganu. Aku pergi tahun 2022 bersama keluarga, bawa anak-anak buah jalan pusing Terengganu. Zoo ini dikelola oleh Majlis Perbandaran Kemaman. Dari segi tiket memang murah, tetapi dari segi tarikan agak suram.
Enclosure yang tak dirapi, lalang dan rumput meninggi, banyak enclosure yang kosong, haiwan yang kelihatan kurus. Tapi semasa kami pergi baru je negara dibuka dari lockdown yang panjang akibat Covid. Harap sekarang sudah semakin baik keadaan di Zoo Kemaman ini.
Harga tiket
- Dewasa RM15
- Kanak-kanak RM10
Terdapat perkhidmatan buggy rides tanpa bayaran tambahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan