Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, Melaka, adalah destinasi yang sangat menarik untuk pengunjung yang ingin menikmati pengalaman berinteraksi dengan pelbagai haiwan sambil menikmati suasana alam semula jadi. Ia adalah salah satu zoo terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 200 spesies haiwan dari seluruh dunia.
Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh, Melaka, dan mudah diakses melalui Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Dari pusat bandar Melaka, pengunjung hanya perlu mengikut papan tanda menuju ke Ayer Keroh dan akan tiba dalam masa sekitar 20-30 minit perjalanan.
Harga Tiket:
- Dewasa: RM 22
- Kanak-kanak (3 hingga 12 tahun): RM 11
- Kanak-kanak bawah 3 tahun: PERCUMA
Tiket Tambahan:
- Petting Zoo: RM 5/seorang
- Taman Burung: RM 5/seorang
- Wildlife Concept Reptile House: RM10/seorang
- Tram servis: RM6 (dewasa), RM4 (kanak-kanak)
- Feeding Gajah: RM5/bekas
Tarikan Menarik:
- Petting Zoo – Pengunjung boleh berinteraksi dan memberi makan kepada haiwan seperti arnab, kambing, dan beberapa spesies lain dalam kawasan ini.
- Safari Malam – Pengalaman unik melihat haiwan aktif pada waktu malam, termasuk harimau, singa, dan burung hantu.
- Taman Burung – Menampilkan pelbagai spesies burung dari dalam dan luar negara yang bebas terbang di ruang terbuka.
- Taman Reptilia – Menawarkan peluang untuk melihat pelbagai jenis reptilia termasuk ular, buaya, dan iguana.
- Gajah – Ada aktiviti memberi makan dan menunggang gajah, yang sangat menarik untuk kanak-kanak.
Zoo Melaka adalah destinasi yang ideal untuk keluarga, terutamanya dengan aktiviti interaktif dan pameran haiwan yang sangat mendidik dan menyeronokkan.
Masalah disini banyak duit kena tambah lepas dah masuk, dan tak boleh pakai QR atau card, semua kena pakai cash, mesin ATM ada dua tapi jauh kat pintu masuk. Tak praktikal lagi untuk tahun 2025.
![]() |
Boleh beri makan gajah |
![]() |
Tutup untuk renovasi |
![]() |
Wildlife Concept, basically macam masuk rumah reptilia dalam gua, tak berbaloi bayar |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan