Selasa, 19 Mac 2019

Hello Brother

Jumaat tiba lagi, seperti setiap minggu-minggu lainnya sebelum ini.
Lalu bersiaplah semua laki-laki, mengumpul pahala walau dengan sunatnya mandi.
Mengemas janggut, kumis, kuku dijari, beginilah Jumaat membersih diri.
Memakai pula pakaian yang kemas dan cantik, demi bertemu Ilahi.

Disetiap Jumaat, akan hadir perasaan hening yang menenangkan.
Sementara menanti bilal melaungkan azan.
Kelihatan muslimin memenuhkan segenap ruang.
Kadang bertegur-sapa dengan wajah yang kau kenal.

----------------------------------------------

Sementara itu di Christchurch, New Zealand.
Di 2 buah masjid, ketika sedang berlangsungnya solat Jumaat.
Saudara-saudara seagama kita, menjadi mangsa keganasan.
Korban kepada kerakusan ideologi.

"Hello brother" kata akhir Daoud Nabi, sebelum ditembak bertalu-talu pembunuhnya.

Khamis, 7 Mac 2019

Misi Imposibel Ole Gunnar Solskjaer

Disember 2018 lepas, semua fans Manchester United sudah hilang harapan. Bagi kami musim ini sudah tamat, Jose Mourinho bawa United ke juram paling bawah dalam sejarah moden bola sepak kelab unggul ini, mungkin lebih baik sedikit dari Moyes, tapi kalau diberi Jose sampai April mungkin akan lebih jahanam. Dengan ketinggalan 11 mata dibelakang tempat ke 4, perbezaan gol -2 dalam liga, diundi pula menghadapi Arsenal untuk piala FA, dan PSG untuk UCL. Musim ini dilihat seperti sudah pun berakhir sebelum waktunya.

Selepas Jose dipecat lantaran kekalahan 3-1 kepada Liverpool. Ole Gunnar Solskjaer dilantik menjadi jurulatih interim untuk menghabiskan musim yang suram ini. Tak ada harapan tinggi diletakkan untuk lantikan ini, fans cuma berharap United kembali bermain cara United, menyerang untuk menang. Dan jangan ada lagi taktikal bola sepak yang membosankan.

Siapa sangka, Ole yang lebih dikenali sebagai Baby-face Assassin, acap kali menjadi super-sub menjaring gol disaat United paling memerlukan, detik paling popular adalah jaringan gol beliau dimasa kecederaan ke atas Munich di final UCL 1999 yang memberikan United menjulang piala UCL tahun itu. Sekali lagi Ole menjadi penyelamat United musim ini apabila menjadi super-sub menggantikan Jose musim 2018-2019 ini. Mac 2019, United kembali ke top 4, dari jurang 11 mata dibawah Chelsea yang berada di tempat ke 4 ketika itu, sekarang tinggal 3 mata dibawah Tottenham di tempat ke 3. Kemudian menundukkan Arsenal 3-1 di London dan Chelsea 2-0 di Stamford Brigde dalam piala FA, 17 perlawanan, 16 menang, 2 seri, 1 kalah, 37 gol, 12 bolos. Bagai mati hidup kembali.

Walau dengan prestasi yang memberangsangkan, Ole kalah kepada PSG 0-2 di gelanggang sendiri, Old Trafford. Tetapi fans tak marah, bagi mereka ini sudah cukup baik. Perlawanan timbal balik di Paris dilihat seperti misi imposibel untuk ke suku akhir UCL. Dengan kehilangan 10 orang pemain kerana kecederaan dan tonggak utama Paul Pogba dilayang kad merah di Old Trafford. Jadi tak ada yang nak diharap sangat untuk UCL musim ini. Redha sahaja mungkin bukan rezeki.

Akan tetapi..

Tiada yang mustahil
Berikan Ole kontrak tetap!
Ole bersama pasukan yang rata-rata pemain simpanan seperti Scott McTominay, Fred, Andreas Pereira, dan pemain akademi seperti Mason Greenwood, Tahith Chong, Angel Gomes, James Garner berjaya meraih kemenangan 1-3 ke atas PSG (dengan 3-3 agregat, United mara dengan kelebihan gol ditempat lawan). PSG yang dikatakan favorite untuk menjuarai UCL, seperti tidak percaya tewas ditempat sendiri. Walaupun boleh dikatakan tuah memihak pada United apabila 2 gol dijaring Lukaku berpunca dari kesilapan pemain PSG, manakala gol ke-3 pada minit masa tambahan memang agak dramatis, bilamana pengadil terpaksa memeriksa VAR (video assistant referee) untuk menghadiahkan penalti apabila bola sepakan Diogo Dalot terkena tangan pertahanan PSG, Kimpembe didalam kotak penalti, yang kemudiannya disempurnakan dengan tenang oleh Rashford.

Disaat semua pundit, pemain, fans mengatakan mustahil. Ole kata "kita boleh". Aura positif itu nyata diserap baik oleh anak-anak buah beliau. Tiada yang mustahil! Berpantang maut sebelum ajal, jangan mengalah sebelum mencuba.

#GGMU #OleForTheJob #OlesAtTheWheel

Catatan Popular