Resort Percutian Mesra Keluarga
Ofisial website:
Tasik Villa International Resort
Selepas hadir orang ketiga dalam hidup kami, Ayra Sofea. Pencarian lokasi percutian kami lebih fokus pada tempat-tempat yang mesra keluarga. Pada mulanya kami cuba booking Avani Goldcoast Sepang, tapi almaklumlah Isnin nya pada 21 Januari tu cuti umum Thaipusam. Jadi penuhlah sebab orang cuti 3 hari. Alternatifnya nak ke Grand Lexis atau Lexis tapi tetiba terserempak lak dengan resort ni. Tasik Villa International Resort, yang menjadi tarikannya bilik Deluxe dia ada indoor jacuzzi. Kami memang cari yang ada indoor swimming pool untuk bagi Ayra Sofea water confident, tapi bila difikirkan balik, jacuzzi lagi ok, boleh adjust air panas/suam.
|
Pintu depan Tasik Villa International Resort |
|
Water villa di atas tasik, maybe boleh cuba lain kali |
|
Baris depan water villa, belakang warna putih tu villa 2 bilik, sesuai untuk famili besar |
Check-in/Check-out: Servis di receptionist suam-suam je, bellboy pun tak ada, welcome drink tak di offer, so tak boleh nak letak 5 star resort. Cuma aku respek dengan auntie seorang ni, guard india kat depan lobi. Memang mesra, kita lalu dia mesti senyum, welcome kita, masa check out siap tolong angkat beg lagi.
|
Proses check-in yang lancar, tapi macam tak berapa welcoming |
|
Lobi utama: Dekorasi Chinese New Year dah siap |
Bilik: Bilik yang kami dapat memang tiptop, walau ada masalah sikit dengan pintu dia, access card tak boleh buka pintu. Minta tolong receptionist dia hantar room service tolong buka kan. Bilik yang kami ambil ni memang luas. Sangat luas, dua katil King saiz disediakan, satu bilik air, satu toilet, ada ruang dapur, balkoni yang luas (boleh buat candle light dinner) menghadap tasik, dan highlight dia indoor jacuzzi. Pemandangan dia boleh nampak kawasan resort, lepas tu kelapa sawit sampai hujung. Malam nampak la ada oil plantation kot kat hujung dan kapal terbang lalu lalang (nampak terbang rendah je, PD dengan KLIA dekat ke?)
|
Dua katil King, kelihatan seketul Ayra Sofea dah landing dulu disitu |
|
Bilik yang luas boleh main sepak takraw kat tengah tu |
|
Bilik air yang selesa, ada satu lagi bilik khas jamban sahaja |
|
Ruang jacuzzi kena masuk dari bilik air,
berendam sambil menikmati angin petang memang layan ni |
|
Ruang santai di balkoni,
boleh minum kopi sambil menikmati persembahan air pancut di malam hari |
|
Mentari terbit diufuk timur,
cantik tapi sayang kamera cikai tak mampu nak capture |
Resort overall: Kalau ambil villa dia atau water villa, buggy cart ada disediakan, nak berbasikal pun ada disediakan. Di tasik tu nampak ada bot tapi sepanjang penginapan kami tak nampak pun orang naik bot. Sebelah malam ada persembahan air pancut, kami tengok dari balkoni bilik je (Ayra Sofea tak berkedip tengok air pancut warna-warni). Kawasan sekitar dia tak tau nak buat apa tapi macam masih dalam perancangan. Attraction lain macam biasalah Port Dickson, pantai, Teluk Kemang, rumah terbalik, etc.
Makanan: Kami order room servis, order sampai agak cepat dan servis sangat baik. Makanan pun sedap dengan portion yang besar. Dengarnya belah malam ada pool side BBQ, tapi kami tak join. Breakfast, variasi makanan banyak, rasa pun sedap. Yang potongnya sebab pelancong China, aku bukan nak rasis ke apa, tapi
bila dorang ni ada, memang potong. Ada tu kita baru nak duduk kat meja boleh lak dia cepat-cepat letak makanan dia kat situ, bukan tak ada tempat lain. Kita rakyat Malaysia yang berbudi bahasa bagi je la kan. Lepas kita duduk tempat lain boleh lak dia duduk makan tempat lain (makanan yang dia letak kat meja tadi dia biar je). Mungkin itu kes terpencil, tapi yang selalu aku kena, kat mana-mana hotel la, bila ada diorang ni, beratur nak ambil makanan tu mesti tak menyempat, berdiri rapat-rapat, lepas tu langgar kita buat dek je.
|
Lunch: Nasi Goreng Kampung & Chicken Bolognese |
|
Dinner: Caesar Salad, Tenderloin Steak & Mushroom Soup |
Akhir kalam, kami satu famili seronok duduk di sini walaupun percutian pendek 2 hari 1 malam saja dan kami rekomen resort ini untuk percutian keluarga.
|
Ayra Sofea happy, Papa pun happy |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan