Blog ini sudah 10 tahun. Sepuluh. Kalau kau beranak sepuluh tahun lalu, sekarang dah darjah 4 budak tu.
Masih disini, masih menaip.
Ramai yang bertanya, kenapa masih disini? Kan ada fesbuk, tuwiderr, insta dan sebagainya. Kan lagi ramai yang boleh baca tulisan kau, ramai yang boleh like dan komen dan share, ramai juga yang boleh kecam.
Tapi aku pilih disini, kerana disini lebih sunyi. Mungkin bagi aku kesunyian itu adakalanya mendamaikan.
Atau cuma aku yang syok sendiri. Aku sendiri tulis, aku sendiri baca.
Semoga blog ini masih disini pada 2029. Boleh aku post pasal 20 tahun pula.
Rabu, 16 Januari 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sebelum Masihi dulu. Semua dinosour telah diculik oleh orang Marikh dan disorok didalam satu ruang vorteks di dimensi lain. Adalah sikit-sik...
-
Jessica Amanda tiada sebarang hubungkait dengan Jessica Alba mahupun Alamanda Putrajaya. Jessica Amanda hanyalah seorang budak perempuan gen...
-
Hai, nama aku Sue. Aku seekor pontianak. Aku tengok belog ini dah lama tak berpenghuni. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan