Jumaat, 9 Julai 2010

Cinta Untuk Jiwa Merdeka

Sama-sama kita.
Melayang dari atas buaian cinta.
Setiap detik disitu hanyalah yang indah.
Kita bersama berlari menjauh dari dunia gundah.

Pagi nanti mungkin kita masih berlari.
Ke Osaka mencari mentari pagi.
Dan malam nanti mungkin kita masih lagi berlari.
Ke Sahara mengikut telunjuk bintang yang berseri.

Dan di akhir nanti bila semuanya musnah.
Terbaring kita dalam jaga bertilamkan tanah.
Tak mampu lagi berlari walau dikejar dunia gundah.
Dan kita mengharapkan lena nanti berkawankan mimpi indah.

27 ulasan:

M berkata...

wow

5stars
:)

AISA. berkata...

kau sedih ya aizuddin? :)

Aizuddin Jaafar berkata...

Mirashi,
Macam hotel tu. Ada bintang bintang.

Aishah Debiru,
Dilema. Hee..

Aisyah Sharif berkata...

indah

kata2 yang lahir daripada minda ciptaan tuhan.

Aizuddin Jaafar berkata...

Isya,
Thanks :)

luthfi berkata...

kau dah macam monoloque!
ke monoloque macam kau?
likey~

puding roti berkata...

bagus. tp mcm cedih lak kakak bc ni :)

Aizuddin Jaafar berkata...

Zaki,
Entahlah. Monoloque tu dah legend. Aku baru belajar menaip.

Kak Puding,
Sob sob sob T_T

Eireen Camelia berkata...

Main musik tak? jika ya, sila karang sebuah lagu puhlis puhlis!

Aizuddin Jaafar berkata...

Camelia,
Jika tidak sila karang sebuah karangan mengenai batu karang.

sumi berkata...

cinta untuk jiwa merdeka,
Andai dapat diungkapkan dengan kata-kata,
Bahawa ianya begitu indah,
Pasti segalanya tidak sesukar imiginasi kita.

Perjalanan hidup sememangnya tentang pencarian cinta,
Berlari, terbaring semuanya lumrah,
Biarkan mentari pagi menari ria,
Biarkan bintang-bintang berseri segala,
Kita di bawah merenung sebab musabab nya,
Dengan rendahnya melihat setiap cerita keagungan Allah..

Aizuddin Jaafar berkata...

Sumi,
Acah-acah wanita solehah.

sumi berkata...

nk kata solehah xjugak..cuma setiap perkara tu, kita tetap akan blk kepada DIA jgk..ak juz percaya pd tu je..

Aizuddin Jaafar berkata...

Sumi,
Baik uztazah.

sumi berkata...

alaa ko nih..ak xlyk utk jdk seorg ustzh..diri ni blom ckup smpurna utk memberi tnjuk ajr pd org len..stiap kata2 tu ak tujukn utk diri sndiri spy ak lbh rse yakin..len a ko..sntiasa brkeyakinan..

Aizuddin Jaafar berkata...

Baik kak sumi yummy :)

sumi berkata...

haha..ko sume nye baikk..ape yg xbaik bg ko?

Aizuddin Jaafar berkata...

Saya memang baik. Terima kasih :)

sumi berkata...

cis..nyesal ak ckp ko baik..huh. >,< ak trik blk kata2 tu..haha..

Aizuddin Jaafar berkata...

Sesal dulu pendapatan. Sesal kemudian,tiada gunanya.

sumi berkata...

sesal dulu pndapatan, sesal kmudian tiada pendapatan..penyesalan je yg dpt diratapkan..haha..poyo aiz..

Aizuddin Jaafar berkata...

Diratapkan itu adalah pendapatan yang disesalkan.

sumi berkata...

dan setelah sesalan itu diratapkan, tiada pendapatan untuk sesalan..

Aizuddin Jaafar berkata...

Setelah pendapatan tiada sesalan. Dan diratapkan itu untuk sesalan.

sumi berkata...

ratapan utk sesalan itu hanyalah sebuah pendapatan yg tiada ratapan..

Aizuddin Jaafar berkata...

Sesalan untuk ratapan hanyalah sebuah ratapan itu tiada pendapatan, yang.

sumi berkata...

yang..??? haha..da la..pnt aku..

Catatan Popular