Rabu, 21 Julai 2010

Warkah Buat Lelaki Gampang

Hai, nama aku Sue. Aku seekor pontianak. Aku tengok belog ini dah lama tak berpenghuni. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan beberapa pesanan aku kepada lelaki-lelaki gampang yang telah menghancurkan hidup aku.

Kepada Zack, teman lelaki aku yang tak reti nak menjaga aku. Sibuk memanjang dengan kerja kau tu. Aku nak bagitahu, akulah dalang di sebalik kehilangan duit-duit yang kau kumpul selama ini. Aku berterima kasih pada si toyol kerana membantu aku tanpa sebarang pengeras.

Kepada perogol(Aku tak tahu nama kau), tahniah kau hampir-hampir jadi seorang ayah. Malangnya aku mati sebab beranakkan anak kau. Celaka! Jangan kau suka sangat. Kau rasa kau sedap sangat dapat tidur dengan perempuan yang kau tak kenal hari tu kan? Mesti best kan? Sebenarnya itu akulah. Aku dah rasuk seorang pelacur yang mengidap sipilis(betul ke aku eja ni, lantaklah). Aku cadangkan kau jumpa doktor sekarang. Hahaha.

Ok dah nak azan ni, aku chow dulu.

26 ulasan:

Razman berkata...

jgn lpe solat asar...

Qhamel berkata...

nice one.. kn bgus klau pntianak mcm ni wujud..

bukan penggoda berkata...

hahahaha. bengong gle.

aku syak Sue ni ms hyt dia pasti ckop terseksa.

Kak WL berkata...

Pontianak yang bernama Sue mesti cantik orangnya err..hantunya..err..orangnya

*Blur muhahaha!

Kak E

Jef Hadi berkata...

habis aa perogol ue. habis jugak aa para gadis yang bakal dirogolnya. haha!!!!!!!

Unknown berkata...

hahaha. tulaa, gampang lagi. licik ko pontianak.

~mane ko kenal pontianak nih bro?~

Aishah Nur Hakim berkata...

tak pernah kurasakan sebegitu simpati pada seorang pontianak seperti hari ini~

Unknown berkata...

huhu..
kepada yang tukang azan..
"bagus-bagus, harapnye, ramai lagi yang slalu azan n bukan berkaroke"..

AISA. berkata...

warkah buat lelaki gampang, hari ini kau sial aku. esok lusa sial untuk kau.

Aizuddin Jaafar berkata...

Weh siapa update entri ni kat sini. Aku dah lama tak update lah.

Aizuddin Jaafar berkata...

Razman,
Betul. Solat itu tiang agama. Rasa janggal komen kau tak berbaur lucah.

MyaLya,
Pontianak celik IT. Sesuai dengan saranan Perdana Menteri kita.

Bukan Pagoda,
Ye kot. Untuk kepastian sila berhubung sendiri dengan beliau.

Kak Ellie,
Saya pun rasa begitu. Tapi tak tau lah kan.

Sastraboy,
Aku dengar lelaki kalau dah kena penyakit tu memang dah tak mampu lagi dah.

Budin,
Tulah. Memang licik. Aku syak masa hidup dulu dia ni kerja hackerlah. Kalau tak masakan dia tau password blogger aku.

Aishah Conteng,
Haah kan. SEORANG pontianak. Orangkah dia.

Wangwang,
Terasa diri ini. Hehehe.

Aishah Debiru,
Musnahlah hari-hari kau yang mendatang, wahai lelaki-lelaki gampang.

oh farah berkata...

pontianak ni online kat mana eh? agak2 dia pakai brodben apa? ke dia curi line umah orang? nakal la dia ni..

Unknown berkata...

wahh...
agak-agak boleh difilemkan tak...


*maaf lama tk datang kesini...

Aisyah Sharif berkata...

imaginasi awak memang luas kan?

bukan penggoda berkata...

bukan pagoda lu. ciskek.

DyanaYunus berkata...

cool gila pontianak ni! :D

nazrinzaidi berkata...

gua syak pontianak ni boleh ke tangkap sebab melacurkan diri.

plis,gua nak jumpa pontianak ni.

fatah85 berkata...

esok lusa, sial untuk kau. :)

walkababyz berkata...

adoi, xhm lgsung nih, tau gampang jek,hehe

Aizuddin Jaafar berkata...

Leia,
Kalau ada pontianak yang mulia memang gempaklah. Sebaik-baik pontianak adalah sejahat-jahat Leia.

Tengku Fir,
Boleh tanya David Teoh. Tengok kalau dia sanggup buat filem ni.

Isya,
Imaginasi luas-luas pun bahaya juga. Hihi :)

Bukan Penggoda,
Tersalah taip. Peace. Hee.

Dyana,
Demi menyahut seruan pemimpin kita pontianak sekarang pun tak buta IT lagi.

Nazrin,
Nak tangkap tu bawa tok bomoh sekali. Sediakan paku dengan tukul ok.

Affah,
Minggu depan pun masih lagi sial untuk kau.

Gadis Comel,
Tak faham takpe. Nanti kita sms ok :)

k.e.r.i. berkata...

semua pontianak asalnya dari mangsa rogol ke?

puding roti berkata...

hoh.ponti noti! :P

Aizuddin Jaafar berkata...

Keri,
Tak tahu. Lagendanya memang begitu.

Kak Puding,
Noti Noti Roti.

Aisyah Sharif berkata...

Imaginasi luas bahaya?

haha.

Tapi,
Imaginasi luaslah yang buat manusia lebih kreatif. Dan kerana imaginasi jugalah terciptanya roda, oven, komputer dan internet. Serta semua yang ada sekarang.

Saya pasti awak akan menjadi seorang yang berjaya. ^^

Aizuddin Jaafar berkata...

Isya,
Imaginasi luas yang mencipta itulah tercipta pistol untuk menembak orang, senjata nuklear untuk memusnahkan negara.

Aisyah Sharif berkata...

Saya tak nampak awak sedang mencipta peluru,

sebaliknya, awak sedang mencipta suatu dunia yang membatasia horizon palsu ciptaan manusia.

Sudah cukup baik. :)

Catatan Popular