Sabtu, 31 Disember 2022

Manchester United, Cristiano Ronaldo dan Masa Depan

Di musim perpindahan 2021/22, pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo mengejutkan dunia apabila dia menyertai Manchester United dari Juventus. Bintang prodigy bola sepak yang telah pun memenangi 5 kali anugerah Balon D'Or, ratusan trofi telah pun dimenanginya, dengan rekod pemain paling banyak menjaringkan gol profesional sepanjang zaman, memilih untuk kembali ke kelab yang membawa namanya naik. Walaupun pada umur 37 tahun, bagi atlet profesional, boleh dikatakan umur dimana mereka berada dihujung karier, tetapi tidak bagi CR7.

The return of the prodigal son

Selaku peminat Manchester United yang mula menaruh minat pada bola sepak disekitar kebangkitan CR7, tahun 2000an. Ini boleh dikatakan satu kegembiraan yang besar, kepulangan prodigal son ke tempat asalnya. Walau pun ada segelumit rasa sangsi, kerana di saat Ole Gunnar Solkjaer yang ketika itu dilihat sedang progresif membina semula United, skuad yang dibina pada umur yang muda, dengan cubaan bermain dengan taktikal menyerang dan pressing game yang tinggi. Menandatangani pemain berumur 37 tahun dilihat seperti step back dari progress rebuilding tadi. 

United dilihat masih kekurang midfielder ketika memasuki musim 2021/2022, tetapi Ole telah di nafikan peluang menandatangani midfielder baru kerana kemasukan CR7 (ketika itu cerita Camavinga, Neves, Rice ke United sedang panas, terus sejuk dengan berita CR7). Ole juga cuba mendapatkan beberapa pemain lain tapi tak kesampaian, tapi boleh berpuas hati dengan musim perpindahan itu dengan kehadiran Varane, Sancho, CR7 dan Tom Heaton.

Musim bermula baik, walau dapat dilihat ketidak seimbangan pasukan, dengan isu berbangkit Paul Pogba, drama dan kecederaan. Tiada back up Centre Back, Varane dan Baily yang kerap cedera, Maguire dan Shaw yang tidak perform. Kebergantungan pada Fred dan McTominay kerana tiada pilihan lain. Mason Greenwood ditangkap polis atas dakwaan rogol dan keganasan domestik. Musim itu menjadi sangat teruk dari segi performance pasukan apabila semua cuba sedaya upaya menaikkan CR7, CR7 dapat menjaring 25 gol musim itu, tetapi pasukan terjerumus teruk, dengan kekalahan besar pada seteru utama, Liverpool 5-0.

Ole dipecat ditengah musim. Ralf Rangnick dilantik selaku pengurus interim. Skuad dapat distabilkan seketika, namun tiada pemain baru dapat Rangnick masukkan. Beliau hanya dapat menerapkan kestabilan taktikal, tetapi dari bilik persalinan masih kedengaran ketidakstabilan, skuad dilihat terbahagi-bahagi. Ada mengatakan ia terbelah antara pemain Inggeris dan bukan Inggeris, ada mengatakan antara pro CR7 dan pro Maguire, ada juga rumors antara pemain muda dan senior. Banyak cerita, banyak juga leak dari dalam kelab sendiri.

Kemuncaknya bila United gagal mendapat tempat dalam UCL musim 2022/23. Dilihat ramai pemain mencari jalan keluar, dengan Pogba, Lingard, Cavani, Mata, Matic, menamatkan kontrak mereka bersama Manchester United. CR7 juga mula mencari kelab baru, dengan ejen beliau dilihat sibuk melobi kebeberapa kelab besar. Eric Ten Hag dilantik menggantikan Rangnick (yang dikatakan akan menjadi konsultan buat United, namun beliau menarik diri kemudiannya).

Erik Ten Hag dilihat lebih tegas, tidak mempedulikan status pemain, siapa yang berkerja keras dan perform akan mendapat tempat dalam skuad. CR7 yang baru kehilangan bayi lelakinya, tidak hadir dalam jelajah pra-musim. Jadi beliau dilihat tidak cergas dan kurang menyengat pabila diturunkan. 

Kesudahannya, ketika liga dihentikan seketika untuk memberi laluan pada Piala Dunia 2022 Qatar. CR7 membuat temu bual yang bagi aku sangat tidak professional untuk pemain setaraf beliau. Menyebabkan Manchester United membatalkan kontrak beliau.

CR7 seterusnya menandatangani kontrak bersama kelab Arab Saudi selepas Piala Dunia, dan Manchester United dilihat bermain lebih baik selepas semua drama ini.

Catatan Popular