Isnin, 7 Ogos 2023

Eksplorasi Geng Lapo: Jeram Perlus, Hulu Langat

Pengembaraan Geng Lapo ke Jeram Perlus bergerak dengan kekuatan anggota seramai 10 orang, bagaimana pun ketidakhadiran ketua ekspedisi aka Abang Lan merangkap Pendaki Yang Sebenar pada last minit tidak mematahkan semangat Geng Lapo untuk hiking untuk kali ini.

Post hiking: Pacat kat sini tak boleh bawa bincang

Bagi mengisi perut, kami bersarapan di Restoran Nasi Dagang, Hulu Langat. Tapi kami sampai terlalu awal kerana makanannya tak sampai lagi. Ngam saja makanan sampai, beratur orang datang. Boleh tahan viral juga kedai ni. Ada menu seperti nasi dagang, nasi kerabu, laksam dan kuih-kuih.

Restoran masih kosong, kami dan kucing je kat sini

Muzakarah lepas masing-masing dah kenyang

Setel makan kami bergerak ke lokasi ekspedisi. Kena cari Kg. Orang Asli Sg. Gabai dan boleh parking dekat sana, tapi kena bayar RM10 untuk satu kereta. Tapi brader orang asli tu cakap kalau jumpa buah apa-apa dalam tu, durian ke, cempedak ke. ambil je la.

Peserta yang hadir

Jeram Perlus ni air terjunnya yang bersih dan terpencil, trail ini pergi balik dalam 12.9 kilometer. Boleh kata laluannya level moderate la, nak hike tu purata masa dalam 2-3 jam untuk setel. Laluan ini dibuka sepanjang tahun dan kena pakai permit RM5 sekepala. 

Ada satu spot kat peak boleh nampak view bukit bukau

Merentasi kebun orang asli

Geng otai jadi sweeper kat belakang

Ikutkan review Abang Lan aka Hiker Professional, pendakian ini kebanyakannya flat dengan hanya ada dua-tiga kali pacak saja. Walau bagaimanapun, ada bahagian denai yang di halang batang pokok tumbang atau tanah runtuh, menjadikannya mencabar untuk hike sebab jalannya melencong dari jalan asal. 

Setibanya di port air terjun, kami mula unpack. Rancangan asalnya kali ini kami tak bakor membakor BBQ dah. Nak main masak-masak lak kat atas tu, kami standby 2 dapur gas. Tapi bila check balik satu tin gas dah lesap, padahal masa dekat parking kereta nampak tin gas tu ada lagi masuk dekat beg Ahmad. (Misteri terungkai dalam gambar dibawah).

Kelihatan tangan ghaib dan tin gas yang hilang

View dari level bawah Jeram Perlus

Jeram Perlus - cetek je tapi air terjunnya tinggi

Dalam seronok makan-makan dan mandi manda, langit semakin gelap dan kami pun lekas-lekas berkemas. Ada makanan yang tak sempat makan terpaksa kami bungkus balik sebab kalau makan dalam hujan, memang jadi sup la gayanya.

Walau nampak bersepah tapi sedap woo

Sebelum hujan

Hantu air kembali ke habitat

Balik tu kami singgah di Masjud Ar-Rahman, Sg Lui dah masing-masing kira berapa banyak pacat yang dorang kena (refer gambar rajah 1st atas tu), tumpang bersihkan diri dan solat disini. Kemudian kami berhenti dinner di Restoran Sate Misman, Pekan Batu 18 sebelum masing-masing bersurai.


Sesi melantak post hiking

Terima kasih Jeram Perlus


Ahad, 26 Mac 2023

Bangkit

Tak apa, jika kau rasa murung. 

Tak apa, jika kau perlu menangis. 

Tak apa, jika kau mahu jerit sekuatnya. 

Tak apa, jika kau jatuh tersadung.

Yang penting, 

Diakhir semua itu, 

Kau bangkit kembali, 

Lihat kedepan, 

Dan terus mara. 

Sabtu, 4 Mac 2023

Sabtu, 25 Februari 2023

Explorasi Geng Lapo: Ke Lata Medang (Tak Sesat), Kuala Kubu Bharu

Andai kata ada pengikut setia (eceh) eksplorasi Geng Lapo, kami mohon maaflah kerana lama tiada khabar berita, sebab kami ni perancangan tu memang ada, tapi yang lebihnya bersembang, jadinya kadang-kadang.

2 Mac 2020, Geng Lapo pernah bercadang nak mendaki ke Lata Medang, tapi tersesat ke Lubuk Makau (nasib tak sesat sampai Gua Musang). Boleh baca kisahnya di SINI

Begitupun, ada percubaan kedua ke Lata Medang ni sekitar tahun 2021. Namun aku selaku pengarang tidak turut serta jadi tiadalah entry untuk itu. Cuma 5 ahli Geng Lapo yang menyertainya. Dengar cerita havoc juga trip yang itu.

11 Feb 2023, percubaan kali 3 Geng Lapo ke Lata Medang. Kali ini dengan penglibatan yang lebih meriah berbanding pengembaraan-pengembaraan yang sudah. Bagi membuka cerita, adalah lebih elok jika aku perkenalkan serba sedikit peserta untuk trip kali ini.

Ahmad @ Ketua Pengakap
- Bertanggungjawab merangka jalan kerja untuk ekspedisi ini
- Berkebolehan berenang umpama dugong

Aizat @ Ex-scammer
- Admin group whatsapp yang bertanggungjawab
memadam post-post yang tak berkualiti
- Punya bekalan quote dan perumpamaan yang
 tak berpenghujung

Tn. Farid @ Oyed
- Jejaka alpha (acah) yang mementingkan gaya
- Anak jati USA yang makan roti canai cicah gula

Hazim @ Chef
- Pemegang rahsia resepi kambing perap bertaraf dunia
- Pelari marathon yang sebenar

Lan @ The Legend
- Otai perhutanan yang sebenar
- Pembekal keperluan barang hiking sebab
 yang lain takleh harap 

Fadzli @ Gymbro
- Terkenal dengan tagline 'nilai murni tak ada limit'
- Jejaka idaman makcik-makcik

Shahir @ Abe @ Chick Magnet
- Pembaca tegar manga
- Berbakat semulajadi dalam bidang mendelegasi kerja
- Hero gadis-gadis

Ahmad Fahmi @ Pawang Api
- Tukang hidup api professional 
- Atlit tak rasmi merangkum ikon sukan Geng Lapo

Hakeem - Watak Baru
- Mudah terhibur walau dengan punchlince hambar
- Kembali ke habitat bila didalam air terjun

Bak kata pepatah, 'hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Walaupun tiada kaitan dengan explorasi ini, tapi sengaja aku nak selitkan. Belajar dari kesilapan lalu, kami mengubah percaturan bagi mengelakkan member tersidai dan juga pengembaraan bermula terlalu lewat, kami mula bergerak keluar dari rumah masing kira-kira 4.30 pagi dan berjumpa terus di Masjid KKB pada waktu subuh. Usai solat barulah kami bergerak mencari sesuap sarapan buat melapik kelaparan.

Lepak sarapan, kedai art berat depan pasar KKB

Setel hantar permit

Starting point, kita buat sampai jadi

Syetel makan, kami hantar permit ke balai polis KKB kemudian bergerak terus ke Sungai Pertak, Antara kos yang perlu diambil kira adalah kos permit - RM5 sekepala, masuk Sungai Pertak - RM1 sekepala, masuk parking dalam - RM5 sekereta (optional). Kemudian kami mendaki masuk sedikit dan pasang kem di Lata Jebus, berjumpa dengan tuan tanah dan setelkan mana yang patut. Kos masuk RM3 per kepala, dan RM20 per khemah kecil, RM35 untuk khemah besar.

Upacara penaikan khemah

Ada yang function ada yang 'macam' function

Pendakian ke Lata Medang bermula jam 8 pagi, trail dia ni kira intermediate lah, tak jauh sangat cuma agak memacak (berita buruk buat mereka yang lutut kaput). Kerana malas nak menaip jalan detail trail ke sana, korang boleh baca di SINI. Jam 11 kami sampai di Lata Medang, jadi lambat sebab berhenti lama di Lubuk Mecu sambil menunggu mereka-mereka yang terkebelakang (golongan kaput), biasa dalam 2 jam patut dah boleh sampai. 

Epik air terjun dia weh
Siap tapau teh O panas
Dulu semua Geng Lapo sado gini la
Air terjun dia MashaAllah cantik, nak dijadikan cerita, aku memang tak sabar nak masuk mandi, sampai terlupa buka spec sebelum masuk, sudahnya hanyut kena sapu dengan air terjun tu. Air nya boleh tahan deras dengan kolam yang kecil, aku memang tak berharap dapat jumpa dah. Tapi mengenangkan aku yang drive balik nanti, usahakan juga lah mencari tu, atas usahasama rakan-rakan, jumpa gak spec tu. Ibarat mencari jarum dalam semak, hero kita Abg Lan @ Otai Perhutanan yang jumpa. Nampak beza ilmu dia tu dengan kami yang lain.
Sebelum, semasa, dan selepas kejadian
Usaha pencarian spec sedang berlangsung

Dalam sejam mandi-manda (sambil mencari spec), kira-kira 1 lebih kami gerak turun kembali ke Latar Jebus. Dalam jam 3 petang sampai. Upacara pembakaran barbeque pun dimulakan, seperti biasa dirasmikan oleh pawang api kita Ahmad Fahmi. 

Upacara pembakaran kambing sedap kebabom
Tengok cara susunan tu pun memang art dah
Lepas makan sambung berendam kat Latar Jebus, lepas tu sambung makan balik, kira-kira jam 4 lebih, hujan renyai-renyai turun, dan kami pun beransurlah turun selepas selesai mengemas tapak kem.
Berendam lagi
Selesai, till next time
Lata Jebus


Catatan Popular