Khamis, 5 Mei 2016

Explorasi Geng Lapo: White Water Rafting di Gopeng



April 2016, Geng Lapo ada buat extreme trip, white water rafting ke Sungai Kampar, Gopeng, Perak.

White Water Rafting ni apakah makhluknya?
Ia adalah sejenis sukan air lasak yang anda akan mendayung sampan belon mengharungi arus air (sungai/air terjun) yang juram dan laju (bergantung pada tahap air, dia ada Class 1-6, 1 tu air kecil anak, 6 tu tahap malapetaka).

Di Sungai Kampar ni, tahap air nya adalah 1 hingga 3, bergantung pada cuaca dan keadaan.

Harga pakej yang kami ambil adalah RM160/pax dengan Riverbug (ketik link untuk detail). Lunch buffet disediakan, insurans coverage pun ada. Locker kena sewa asing. Gambar pun bayar asing (akan ada photographer di tengah-tengah sungai tunggu korang, bolehlah standby pose cantik-cantik untuk post di fesbuk). Untung nasib kami masa plan tu yang nak pergi 7 orang tapi last minit 2 member cancel, sebab tak boleh refund, kami gunalah bayaran 2 orang tu untuk gambar dan locker.

Nak ke sana.
Perjalanan dari Shah Alam mengambil masa dalam 2 jam melalui Lebuhraya Guthrie pastu masuk Lebuhraya Utara-Selatan, exit dekat Tol Gopeng. Keluar tol belok kiri lepas tu kat Kg Mesah Hulu belok kiri, dalam 5km sampai la kat Ulu River Lodge. Kat sini kumpul nanti dorang akan bawa naik lori pergi hulu sungai.

Di hulu sungai akan ada sesi briefing, dia akan ajar semua cara-cara. Nak mendayung, cara pakai alat keselamatan, arahan-arahan yang perlu dipatuhi, keyword command dari guide, kalau jatuh sungai nak buat apa. Semua dia bagitau. Lepas tu ada sesi water confident lak, di rendam dalam 10 minit dalam air dengan life-jacket (air agak dalam), baru start aktiviti water rafting nya, akan ada seorang guide follow korang dalam tube tu. Satu tube (sampan belon) tu boleh muat 6 orang (termasuk guide), tapi bergantung pada saiz orangnya gak. Jadi kitorang berlima, so memang ngam la. Aktiviti ni memang wajib dicuba bagi semua peminat sukan lasak, memang habis kudrat la. Tapi apa-apapun, yang penting enjoy.

Setel ber-water rafting, kami dihidangkan dengan lunch masakan kampung, makanan masa tu memang sedap gila, atau mungkin kami yang lapar sangat lepas habis tenaga mendayung tadi. Usai kenyang, Geng Lapo (selari dengan nama geng ini) pergi memburu makanan lagi sekitar bandar Ipoh, dan memilih untuk ke Restoran Nasi Venggey.

Dan kemudian pulanglah kami ke rumah masing-masing dengan perut yang kenyang dan hati yang ceria.

Catatan Popular