Memaparkan catatan dengan label Hari Lahir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Lahir. Papar semua catatan

Ahad, 13 September 2020

Tiga Puluh Satu

 Tiga Puluh Satu

Alhamdulillah, masih sihat.

Tahun 2020, meski tak seperti yang kita bayangkan tika menyanyikan lagu wawasan 2020 di sekolah dulu. Tapi tetap aku bersyukur diberi peluang untuk menjalankan hidup setahun lagi. Tahun yang agak pelik untuk seluruh warga bumi. Di awal tahun pemanasan global menjadi-jadi, dengan kebakaran hutan besar-besaran di serata dunia, termasuk di bumi kita Malaysia. Kemudian polemik politik di Malaysia pula tercetus, selepas sinar demokratik yang saksama dilihat selepas tumbangnya parti kerajaan yang memerintah 60 tahun lamanya ketika PRU 2 tahun lepas, dan kembalinya mantan Perdana Mentari menjadi PM ke-7 Malaysia dan juga PM tertua yang dilantik pada usia 93 tahun. Ketika Malaysia diambang serangan pandemik Covid-19, kerajaan Malaysia bertukar tangan lagi. Seluruh dunia terhenti seketika selepas penularan pandemik menjadi semakin teruk, sempadan negara ditutup, perintah kawalan pergerakan diumumkan, sekolah, universiti, hotel, dan pelbagai sektor lain dihentikan, sektor keperluan penting dibataskan. Dan kebanyakan umur 30 aku dihabiskan bersama keluarga didalam lingkungan rumah kecil kami. Hingga Ramadan dan Syawal terasa begitu cepat berlalu. Pelbagai rancangan kami sepanjang tahun terpaksa dibatalkan. Sehingga kes Covid-19 semakin terkawal barulah perlahan-lahan kekangan pergerakan dilonggarkan.

Ayra Sofea semakin keletah, sudah perlahan-lahan berdikari, pakai baju sendiri, mandi sendiri, ambil makanan sendiri, makan sendiri. vokabulari nya juga semakin bertambah, kenal haiwan, kenal tubuh badan, kenal orang, cuma belum boleh membina ayat (kecuali bahasa alien). Tapi sudah pandai menunjukkan emosi, marah, gembira, sedih, pandai meminta apa yang dia nak, apa yang dia tak nak. Dan antara hikmah pandemik ini adalah aku dapat lihat semua ini berlaku depan mata aku sendiri.

Apapun, seteruk mana cabaran yang terjadi, lihatlah sudut positifnya, jalanilah dengan tabah dan sabar bersama-sama dengan penuh syukur.


Sabtu, 14 September 2019

3 Dekad

Syukur.

13 September menjelang lagi.
Genaplah 3 dekad aku bernafas atas dunia ini. Perjalanan yang bagi aku cukup aku syukuri, yang menyedarkan aku harta tak ternilai aku punyai, keluarga dan rakan taulan.

Terima kasih Allah atas kurniaan yang diberi.

Terima kasih
Bondaku yang melahir dan membesarkan aku, walau tiap tahun aku ucap terima kasih ini, tak akan pernah cukup berbanding dengan pengorbanan yang emak berikan.

Terima kasih
Isteriku, mendamping aku saat jatuh dan bangun, suka duka, gaduh atau bergelak tawa, dan hadiah paling istimewa, Ayra Sofea.

Terima kasih
Sanak famili dan rakan taulan, yang jauh atau dekat, karib mahupun kenalan cuma. Yang mendoakan dan segala ucapan.

3 dekad

Khamis, 13 September 2018

Hari Lahir

Tanggal 13 September.
Menjadi lumrah notifikasi di telefon pintar kan menderu-deru dengan ucapan hari lahir dan doa yang manis-manis, terima kasih facebook dan applikasi pintar lain yang memberi ingatan acap tahun akan hari bersejarah ini.

Ingin aku ucap terima kasih tak terhingga buat emak yang melahirkan ku dan juga ayah yang membesarkan ku. Bertambah umur setahun lagi bukanlah satu pencapaian untuk aku, tapi ku harap apa yang ku lalui dan capai di setahun yang bertambah ini sedikit sebanyak memberi bahagia dan bangga buat emak ayah tercinta. 

Di usia 29 ini, tahun 2018 aku kehilangan seorang ayah, dan aku juga menjadi seorang ayah. Sekaligus mengajar aku erti hidup diantara kelahiran dan kematian. Kecapilah setiap detik yang berlalu ini dengan bahagia berteman sanak keluarga serta teman-teman.

Hiduplah sehidup-hidupnya, jangan mati nanti kau dilupa

Isnin, 14 September 2015

Montaj: 26 Tahun

Hari ini, sama je macam hari-hari biasa. Bangun pagi, mandi-mandi, siap-siap pergi kerja. Sampai ofis, buka laptop, baca email, setelkan mana yang patut. Bangun, ambil kopi panas, takde gula. Hirup pelan-pelan.

Aku tengok luar tingkap ofis ni, aku tenung lama-lama. Tak ada fikir apa-apa, kosong. Lama sikit, aku tanya diri aku. "26 tahun?"

Serta-merta itu, segala masa lalu aku, 26 tahun yang lalu terlintas didepan mata aku, macam ada orang pasang slideshow, buat presentation untuk aku, atau lebih kepada montaj. Jelas sekali, banyak dari memori aku, aku tak ingat. Hilang, atau aku sorok jauh-jauh dalam arkib otak aku. Aku bayangkan ada pekerja-pekerja kenit dalam otak aku, saiznya kecil saja,  kerjanya memilih memori-memori yang tak penting, atau tak menarik, bagi dekat editor, kemudian dia masukkan dalam mesin shredder, atau dia bagi kepada mat despatch, dan dihantar ke arkib tingkat bawah sekali. Macam cerita Spongebob lak.

Yang ditayang atas montaj itu cuma detik-detik yang memorable, yang gembira-gembira, suka duka, ada juga detik-detik yang sedih-sedih, atau menakutkan, atau yang lain sepertinya. Tapi mungkin ada memori-memori pointless, seperti memori aku jalan kaki pergi dapur ambil air, atau ia mungkin ada pointnya, kalau tak, mungkin aku akan lupa jalan ke dapur.

Begitu pun, selepas saja tamat montaj tu, tirai tertutup, ada satu rasa yang amat jelas, aku rasa dalam hati ini.

"Syukur, 26 tahun kan, syukur."

[Terima kasih, kepada mereka-mereka yang terlibat dalam memori 26 tahun lelaki yang serba biasa ini. Secara langsung atau tidak langsung, walaupun sekadar extra yang lalu lalang dekat belakang]

Ahad, 15 September 2013

13 September

Genap, bertambah setahun.
Selangkah lagi, aku ke depan.
Sekian ini, aku menghampir.
Adakah layak, aku bertemu.
Dengan zat Mu, Sang Pencipta.

Di hujung mata, aku memandang.
Pada yang silam, aku berkira.
Adakah catatanku ini, yang terbaik.
Mampukah aku, menjadi yang lebih.
Pada hemat Mu, Pengampun dosa.

Di detik ini
Berkata hati
Adakah tercapai
Segala di impi

Begitu pun disitu
Bersujud aku
Menjulang syukur
Aku pada Mu

Trivia: Saya sepatutnya lahir 31 Ogos., tapi tangguh sampai 13 September sebab tak puas duduk dalam perut

Ahad, 13 September 2009

Happy Birthday Aizuddin

Kilat sabung menyabung berhenti tepat jam 12.00 malam dilangit Dungun. Hujan tidak turun walaupun guruh kuat memanggil. Hati Aizuddin kini membesar seiring dengan usia beliau yang meningkat tua dan semakin berkedut.

Dari Aizuddin yang dua puluh tahun lama hidupnya.
Terima Kasih:

Esok Aizuddin membesar lagi.
Membesar dan menjadi lebih baik.
Aizuddin yang berusia 20 tahun.

[entri yang disengajakan tanpa komen. nak wish sila buat di sini]

Sabtu, 12 September 2009

Goodbye Teenager

Aku belum berjaya mencipta Mesin Masa.
Aku belum berjaya menjadi ahli muzik.
Aku belum pernah surfing di Laut.
Aku belum lagi menaiki aeroplane.

Aku pernah merasai manis cinta.
Aku pernah merasai perit cinta.

Aku ada famili.
Yang mencukupi untuk aku, meredah ranjau hidup ini.
Mak, Ayah Zul,Gemuk, Panjang, Donat.
Ayah: I miss you.
Camelia, Nikon D70.
I love you all.

I do missed things from the old time.

Within few hour.
I'm no longer a teenager.
I'm trying to live my life to the fullest.
I have no regret.

[Harap maaf, Entri ini ditulis dalam keadaan emosi kurang stabil. Sedikit biol]

Catatan Popular