Selasa, 12 Februari 2019

Explorasi Geng Lapo: Lata Tampit, Janda Baik

Lata Tampit, Janda Baik
Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adalah ke Lata Tampit, Janda Baik. Letaknya lebih kurang 70KM dari Shah Alam, dengan pemanduan mengambil masa sejam sahaja.

Seusai Subuh, kami berkumpul di rendervous point kami di Shah Alam, kemudian menuju ke Petronas Lingkaran Karak untuk mengambil Ijat dan Hilmi. Ekplorasi kali ini mencatat kehadiran yang memberangsangkan walau masih berbolak-balik untuk meneruskan misi disaat akhir, di malam sebelum kejadian barulah kata putus dibuat. Ijat the Scammer seperti biasa dengan plotnya 'tak boleh join' tetapi setelah berkali-kali scam dilakukan, orang jadi skeptikal, umpama kisah si pengembala kambing yang berkali-kali scam orang kampung perihal kambingnya yang diserang serigala, lama-lama orang kampung dah tak percaya.

Petronas Lingkaran Karak: Hilmi dan Ijat melepak di
Starbuck sedang orang lain menunggu mereka, macam bangsawan.
Untuk ke sana:
1. Pandu menuju ke Lebuhraya Pantai Timur KL-Kuantan
2. Keluar di simpang RnR Genting Sempah
3. Ambil simpang ke kiri menuju Janda Baik dari bulatan Genting Sempah
4. Lebih kurang 5KM ada simpang, ambil kanan menuju Kampung Janda Baik
5. Selepas 5KM lagi cari tanda Latto Charok Chalet, belok kanan
6. 300m kemudian masuk ke kiri (simpang agak tersorok)
7. Anda akan tiba di Latto Charok Chalet, boleh letak kenderaan disana

Sebelum memulakan ekspedisi, kami bersarapan di Warung Janda Baik. Letaknya agak kedepan sedikit beberapa KM dari simpang ke Latto Charok Chalet, berdekatan simpang tiga selepas pondok polis Janda Baik, belok ke kiri. Menu istimewa disini adalah lempeng dan nasi lemak hijau. Dekorasi kedai yang unik dan antik menambah ciri-ciri hipster warung ini.

Warung Janda Baik: Ijat the Scammer dengan cawan Starbuck nya
Nasi Lemak Hijau, Kopi O, Lempeng Kelapa, Lempeng
Pisang bekalan tenaga sebelum trekking
Selesai bersarapan, kami menyinggah sebentar dikedai runcit sebelah warung membeli barang-barang yang tak cukup untuk operasi membakar kambing ditepi air terjun, di Janda Baik ini kedai banyak, kemudahan cukup, banyak rumah penginapan (resort, chalet, hotel? trivago) dan suasana tanah tinggi masih dipelihara. Kemudian kami bergerak ke objektif utama kami, Lata Tampit.

Setiba di Latto Charok Chalet, pemilik tanah caj satu kereta RM10 untuk parking dan RM10 untuk trekking ke air terjun Lata Tampit, setakat ini cuma melalui kawasan chalet ini saja satu-satunya jalan masuk ke air terjun ini, melainkan anda punyai pengalaman masuk hutan dan buka trek baru sendiri, carilah jalan lain. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pemilik tanah, Jafry (019-3470772). Lata Tampit ini berada dalam Hutan Simpan Lentang, sebarang aktiviti memasuki Hutan Simpan memerlukan permit dari Pejabat Hutan, lebih-lebih lagi selepas kes kemalangan pelajar UiTM maut dihempap pokok disini, penguatkuasaan semakin diperketatkan (berita di sini). Untuk pemohonan permit sila rujuk di laman web Jabatan Perhutanan Pahang, untuk masuk fi RM10 dikenakan setiap seorang.

Trekking masuk ke air terjun tingkat 5 mengambil masa kira-kira 45 minit melalui trek yang mendaki, berbanding explorasi yang lepas ke Sg. Chilling, trek ini lebih mencabar. Tetapi tak se-ekstrim explorasi ke Berkelah.
"Saya pun tak ingatlah bang" ujar Kerul ketika ditanya
brader Jafry ingat tak jalan kerana dia seorang je pernah kesini
Jalan masuk yang agak tersorok, selepas rumah putih.
Lintas parit di sebelah kiri, dan selusuri pagar baru jumpa trek nya
Bung, satu-satunya pelakon Jawa dalam Hidden Dragon Crouching Tiger
Selepas sejam lebih trekking, kami cuba trekking ke air terjun tingkat 7, tapi treknya agak tidak jelas, mungkin dah lama orang tak ke atas tu, kerana biasa orang akan ke tingkat 5 sahaja kalau ikut kata Brader Jafry. Jadi mengikut nasihat orang lama dalam Geng Lapo, Bung supaya "masuk hutan jangan ego" kami pun berpatah balik dah buat kem di tingkat 5. Seperti biasa Kerul dan Ahmad Fahmi terus tanpa diarah menghidupkan api untuk sesi membakar kambing. Kata Abon, "tak ada kicap Jalen, kita tak boleh teruskan ekspedisi ni", tapi Geng Lapo tak boleh nak teruskan ekspedisi kalau tak ada kambing resepi chef Hazim.

Sorang professional hidupkan api, sorang lagi nak main api je
Pawang api, lain macam dia punya menurun
Kambing bakar, ayam bakar, hotdog cheese
Selepas penat trekking, segala nasi lemak, lempeng yang tadi makan telah pun habis digunakan menjadi sumber tenaga. Jadi kami isi kembali kalori yang hilang tadi dengan Kambing bakar yang tersangat lazat dan macam-macam lagi bekalan makanan. Selaras dengan nama Geng Lapo, geng ini sentiasa lapo, tak pernah serik dari explorasi sebelum ini mengangkat makanan berat-berat naik bukit masuk hutan. Berat pun beratlah, janji dapat makan.

Tapak kem tingkat 5, ada meja dan ampaian tinggalan orang
 Bak kata pepatah,"alah bisa pacat biasa"
Khemah siap pasang, tak perlulah Bung mencari batu hampar untuk landing
Air terjun Lata Tampit ini tersangatlah sejuk. Di tingkat 5 ini airnya cetek saja, paling dalam pun had dada (dalam 1 meter), terdapat ikan-ikan kecil meliuk-liuk yang akan gigit kaki kau kalau kau celup kaki kau diam-diam dalam air.
Model-model majalah Mempelam

Selepas bermandi-manda bersuka-ria, perut pun lapar balik. Sambung makan dan kemudian kami bergegas turun lebih kurang jam 3PM. Turun kejap saja sebab trek dia banyak menjunam dan barangan makanan berat-berat semasa mendaki tadi sudah pun masuk ke perut masing-masing.

Ini Amad bapak orang, bukan pelajar Brainy Bunch
(Dihadapan pagar tanah persendirian Brader Jafry)
Destinasi seterusnya, kedai viral Sup Meletop @ Kopi Ladang Janda Baik. Selesai membersihkan diri dan solat di surau berhampiran. Kami bergerak ke kedai makan tersebut, malangnya liputan telekomunikasi di Janda Baik ini agak teruk, applikasi seperti waze dan google maps menjadi bingung untuk mencari kedai tersebut. Kedai Sup Meletop @ Kopi Ladang Janda Baik ini rupanya terletak berhampiran dengan kedai Warung Janda Baik kami makan pagi tadi, cuma kedai dia lebih kedalam sikit.

Menu istimewa disini adalah kopi yang katanya dihasilkan sendiri disini, roti telur goyang, dan sup meletop. Cuma sistem order dan pengambilan makanan disini agak serabut, bila order, bayar dan ambil minuman di satu kaunter, makanan di kaunter lain. Dan cara dia panggil nama (kena tinggal nama masa order, ala-ala Starbuck) masa pesanan siap tu, macam nak cari gaduh.

Roti telur goyang dan Kopi special Janda Baik

Jadi dalam 5.30PM kami bertolak pulang, terlupa pula hari ini adalah hujung minggu dari cuti umum Tahun Baru Cina, ramai orang akan sambung cuti dari hujung minggu lepas dan balik ke KL hari ini. Sudahnya, jem dari Genting Sempah ke Tol Gombak, dekat 2 jam disitu. Ini menjadi pengajaran buat kami untuk merancang explorasi seterusnya dengan lebih teliti.

Terima kasih Lata Tampit!
Terima kasih Janda Baik!

2 ulasan:

Syuhada berkata...

Salam tuan....trek dia sesuai x utk kanak2 7 tahun

Aizuddin Jaafar berkata...

Wslm,
Mungkin tak sesuai, sebab tiada trek yang jelas (mungkin masa tu dah lama orang tak naik). Untuk bawa anak kecil saya sarankan trek seperti Sg Chiling lebih sesuai

Catatan Popular