Trivia: Dahlia sedang mengandungkan Freda ketika pengambaran tvc ini |
Jadi aku mula perhatikan Ayra Sofea bila iklan Trivago keluar kat TV. Tak adalah teruja macam Aafiyah, tapi mesti senyap kejap kalau keluar iklan tu.
Kadang tengah menangis boleh berhenti kejap tengok iklan Trivago, habis iklan sambung menangis. Tak pun tengah breastfeed, berhenti kejap sampai habis iklan, baru sambung balik. Kalau dia tak nampak TV, tiba-tiba terdengar iklan tu, sibuklah dia mengendap-ngendap nak tengok.
Ok, Ayra Sofea dan Aafiyah suka iklan ni, mungkin bukan benda pelik, mungkin ini cuma kebetulan saja. Tapi selepas penyelidikan yang lebih mendalam, aku dapati ramai ibu-bapa lain juga menyatakan fenomena yang sama menimpa anak mereka. Ini boleh dilihat di komen-komen di fesbuk, youtube, dan instagram.
Jadi, aku pun mula menyiasat apakah pencetusnya fenomena ini.
1. Trivago
Adakah fenomena ini disebabkan oleh Trivago, apa menatang Trivago ni? Trivago N.V adalah syarikat Jerman yang menyediakan servis pembandingan hotel melalui internet menggunakan website atau apps. Tapi aku tak rasa ini adalah sebabnya, sebab kanak-kanak bukan tahu apa perihal hotel atau internet ni. (Personally, aku prefer TripAdvisor untuk review hotel dalam negara) Lagi pula, bila iklan Trivago yang bukan Dahlia berlakon tu (ada satu minah saleh jadi hamster tu), anak aku tak minat lak.
2. Animasi
Aku rasa ini adalah sebab musabab yang paling logikal. Kanak-kanak, kan suka tengok gambar gerak-gerak, kartun, animasi, walaupun mereka tak faham satu patah apa pun. Kena pula gambarnya banyak warna-warna. Walaupun kalau keluar iklan kartun macam Upin-Ipin, Didi & Friend, Omar & Hana, anak aku tak layan sangat pun. Dan video Aafiyah kejung-kejung eksaited tu tak ada animasi pun.
3. Dahlia Shazwan
Atau mungkin sebab hos nya Dahlia Shazwan. Aku kenal Dahlia ni dari rancangan TV di Astro (tak ingat nama rancangan), dia memang pengacara dan penerbit rancangan TV. Tak silap sejak 2015 dia mula menjadi model untuk iklan Trivago dan mula lebih dikenali sebagai "Gadis Trivago" dan anaknya Freda yang lahir 22 Februari 2018 dikenali sebagai "Baby Trivago". Jadi, adakah Dahlia Shazwan dan suara beliau yang menyebabkan kanak-kanak tertarik? Mungkin, dengan suara yang mesra kanak-kanak dengan dialog seperti "Tak! Tak! Tak!" atau "Seribu? 30 ribu? 200 ribu? 900 ribu?" atau "Hotel yang sama? Harga yang berbeza?" atau "Hotel? Trivago" menjadikan kanak-kanak tertarik. Tapi kenapa ada masa Dahlia keluar TV (bukan iklan Trivago) anak aku buat dek je.
Entahlah, persoalan ini masih tak terjawab, kenapa iklan Trivago?
(cue background misteri nusantara: "jangan biarkan hidup anda diselubungi... misteri")
tak kisahlah anakku, yang penting kau bahagia #mylittleexplorer |
2 ulasan:
sama la maira masa baby dulu...skng huihhh tak pandang dah pun..
pelik kan?
Catat Ulasan