Jumaat tiba lagi, seperti setiap minggu-minggu lainnya sebelum ini.
Lalu bersiaplah semua laki-laki, mengumpul pahala walau dengan sunatnya mandi.
Mengemas janggut, kumis, kuku dijari, beginilah Jumaat membersih diri.
Memakai pula pakaian yang kemas dan cantik, demi bertemu Ilahi.
Disetiap Jumaat, akan hadir perasaan hening yang menenangkan.
Sementara menanti bilal melaungkan azan.
Kelihatan muslimin memenuhkan segenap ruang.
Kadang bertegur-sapa dengan wajah yang kau kenal.
----------------------------------------------
Sementara itu di Christchurch, New Zealand.
Di 2 buah masjid, ketika sedang berlangsungnya solat Jumaat.
Saudara-saudara seagama kita, menjadi mangsa keganasan.
Korban kepada kerakusan ideologi.
"Hello brother" kata akhir Daoud Nabi, sebelum ditembak bertalu-talu pembunuhnya.
Selasa, 19 Mac 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
6pm di suatu taman rekreasi dibandar Metropolintan, Clark Keng, seorang atlit kelihatan mengelap keringat di dahinya, bajunya lencun. Dia ba...
-
Sebelum Masihi dulu. Semua dinosour telah diculik oleh orang Marikh dan disorok didalam satu ruang vorteks di dimensi lain. Adalah sikit-sik...
-
Semasa cuti semester yang lepas. Aku bekerja sebagai pengawal keselamatan di Taman Haiwan Grosper. Taman Haiwan Grosper agak popular dalam k...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan