Petang yang macam biasa. Aku mainkan lagu mellow dalam cakera kepala aku sendiri. Dan aku berjalan guna kaki sendiri nak membekukan hati yang meronta-ronta mahu terbang ni.
Sampai di lampu trafik aku nampak seorang badut di seberang jalan yang sana. Mata aku tengok dia. Mata dia tengok lampu trafik. Dan sebelah badut ada budak acah-acah gengster yang aku rasa nama dia John kerana dia kelihatan seperti John, sedang mengejek-ngejek badut tu. Badut tu buat tenang je, setenang air sungai yang kita selalu sangkakan tiada buaya tu. Lampu trafik ketika tu ada gambar orang lidi berdiri warna merah dan kereta motor lori helikopter dan segala bagai kenderaan kelihatan melintas antara kami.
Beberapa saat kemudian. Badut tu menyepak budak yang aku rasa nama dia John tu sehingga terpelanting ke tengah jalan dan di gilis treler dua puluh tayar dan di heret sejauh lapan puluh meter, hampir sama jauh dengan jaringan gol Shamsuri, gol keeper Malaysia ketika menentang Vietnam. Kemudian kami melintas dengan tenang.
...................................................
Aku pernah terbaca satu nota kecil yang aku jumpa dulu.
" Semua orang fikir clown itu baik. Sebenarnya clown tu jahat gila. Dah la kejam lak tu. Tapi saya suka clown. Sebab clown comel suka buat budakbudak gelakgelak hepihepi."
Khamis, 25 Februari 2010
Khamis, 18 Februari 2010
Memori Itu Kanser
Aku balik sekolah dan mama panggil kami adik-beradik ramai-ramai masuk bilik. Dan aku nampak air mata mama masih belum kering.
Akak tanya "Kenapa mama?"
Mama jawab "Papa kamu dah ditelan monster"
...........................................................
Aku masih teringat masa papa ajar aku sepak bola buat pertama kali dan lepas tu aku boleh belagak dekat Luqman budak belakang rumah aku dulu.
............................................................
Tips buat gadis
Kalau anda tak suka diganggu lelaki ketika anda melepak di kedai mamak sekitar seksyen tujuh, Shah Alam. Mudah saja, pakai baju serba hitam dan bawa satu fail bersama.

Selasa, 16 Februari 2010
White Room
Dalam sebuah bilik.
Putih dan kosong.
Yang ada hanyalah Aku.
Dan sebuah kotak kayu.
Dan bingkai gambar yang bertelangkup.
Dan ketika itu.
Aku nampak.
Kita. Kita yang dulu.
Bawah pokok kenangan.
Kita berbicara.
Bicara kisah kita.
Kau dengan kisah kau.
Aku dengan kisah aku.
Menjadi kisah kita.
.........................................................
Kini tinggal Aku.
Aku seorang dalam bilik kosong.
Dan putih. Terang melenyapkan penamatnya.
Terbaring dalam sedar. Realiti.
Masih tersesat didalam mimpi.
Aku menyanyi. Sendiri.
Lagu Coldplay.

Ahad, 14 Februari 2010
Polimorfizem
Pagi,
Aku Brian, dan aku seekor anjing. Port jajahan aku adalah sekitar Chow Kit Road. Dan tak ada siapa pun yang sukakan anjing kurap seperti aku. Aku dihambat dengan segala bagai objek perabot oleh mereka yang bencikan anjing kurap seperti aku. Mereka kata menjadi anjing kurap adalah dosa. Pembawa malang dan segala kebencian. Aku dah biasa. Tak apalah.
..............................................................
Malam,
Helo gua Brian. Orang kat sini semua kenal gua. Malam ni gua nak cari mangsa baru. Sebab Bedah si mak ayam tu dah bising-bising kata tak ada stok baru. Menyirap gak gua dengan Bedah tu. Tapi apa nak buat, nak cari makan beb. Biasa gua berpeleseran kat kelab-kelab malam. Cari gadis-gadis mabuk untuk dibuat lauk.
.
.
.
Atas nama survival, manusia macam kita perlu bertopeng.
Hipokrasi kadang kala adalah pilihan terbaik.

Jumaat, 12 Februari 2010
Disuatu Sudut Diatas Bumi Pada Ketika Ini
Hitam malam sudah memekat.
Ditepi sebuah kedai serbaneka 24 jam.
Ditengah-tengah sebuah bandar.
Kelihatan seorang lelaki.
Terlena disitu. Homeless.
Menangis meratapi mimpinya.
Steve datang mendekati.
Dan menghulurkan sebotol wiski.
"Believe in your dream brother."
..................................................................
Ketika planet berputar pada paksinya.
Menjadi kilauan bergemerlapan dilangit malam.
Johny the boy kata itu toothfairy.
Dan Steve sedang merompak sebuah kedai serbaneka 24 jam.

Rabu, 10 Februari 2010
Esok Pagi Akan Cerah
Hari ini yang kejam.
Kerna hari ini kau cumalah watak sampingan. Jadi waiter di kedai mamak malas nak ambil order kau. Jadi selipar kau selalu kena rembat selepas balik solat jumaat. Jadi kereta Evo celup buatan Malaysia tu selalu nak mandikan kau dengan air dari lopak tepi sekolah tu. Jadi drebar bas mini tu sengaja tak mahu bagi kau naik kerna kau tak ada duit syiling.
Jadi malam ini lepas Isyak. Kau bertekad. Esok kau mahu jadi hero.
.......................................................
"Hey awak"
"Hey walaikumusalam"
"Assalamualaikum, awak cantiklah"
"Terima kasih"
"Boleh kita berkawan"
"Masuklah meminang. Ini alamatnya"

Hari Ini Kejam Tapi Kau Tetap Cantik Sayang
"Kenapa kasut awak kotor?"
"Saya jatuh longkang tadi."
"Kenapa seluar awak koyak?"
"Ada biawak gigit tadi."
"Kenapa kepala awak berdarah?"
"Accident. Lori langgar."
"Kenapa awak tak pergi hospital?"
"Sebab saya nak jumpa awak."
(Dialog dalam imaginasi)
Perempuan cantik yang tiap-tiap hari ada disitu tak pernah peduli tentang jiwa kering kau kerna kau hanyalah watak sampingan yang sesekali lalu-lalang dibelakang plot cerita hidupnya.

Jumaat, 5 Februari 2010
Bukan Yuna Ok?
Gua bagi situasilah. Lu orang mesti ingat budak-budak ini sedang bergambar dengan Yunakan? Salah. Itu mama gua. Mama paling comel di Malaysia ini, bagi gualah. Sebelah kiri tu budak donat buat muka tengah kunyah peninju dan si panjang sebelah kanan itu nak kata dia tinggi sangatlah sambil meletakkan tangan beliau kat atas bahu mama gua.
..........................................................
Take note: Drunk chicks think that boys with ketayap are hot. They really do!
..........................................................
Take note: Drunk chicks think that boys with ketayap are hot. They really do!
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...