Isnin, 26 Mac 2018

Cuti-Cuti Malaysia: Century Pines Resort, Cameron Highland

Jadi, bersempena ulang tahun perkahwinan, aku dan isteri merancang untuk bercuti bulan madu, biar ia chill, relaxing, dan simple. Kami memilih untuk ke Cameron Highland, nak menikmati nyaman tanah tinggi sambil menghirup teh panas dan strawberri segar di balkoni.

Kami pun bertolaklah kesana, agak lewat tengahari juga sebab servis kereta dulu takut meragam lak kat atas tu nanti. Nak dijadikan cerita dekat 3 jam gak menunggu kereta siap sebab banyak kereta lain, nak tukarnya sikit je.

[Lesson #1: nak servis kereta sila booking slot atleast sehari sebelum dulu]

Cik puan besar dah tarik muka dah, pulak tu perut tengah lapo.

[Lesson #2: perempuan dengan makanan jangan buat gurau]

Perjalanan kesana yang patutnya mengambil masa 3 jam, jadi 5 jam. Sebab? Cuti sekolah. Memang jem la, lagi pulak ada eksiden, masyarakat prihatin di Malaysia ni memang pantang eksiden, maka berbondong-bondonglah masing-masing nak ambil gambar/video, slow kan kenderaan sebab nak tengok. Tolongnye idok pun.

[Lesson #3: rancang perjalanan anda, gunakan waze/google map sebelum mulakan perjalanan]

Sesampai di Tapah nak ke Tanah Tinggi, jalannya memang menguji kekentalan hati, dengan jalan yang curam, bengkang bengkok, tambah lagi, licin hujan lebat. Memang merbahaya. Pastu sebelah kiri kanan jalan ni kadang ada longkang kecil, masa kitorang lalu tu ada satu Myvi jadi mangsa dah, tayar masuk longkang, ada orang asli tolong. Lagi satu, berhati-hatilah dengan tanah runtuh.

[Lesson #4: Hati-hati memandu di kawasan merbahaya, biar lambat asal selamat]

Tiba di Tanah Tinggi, Cameron Highland. Kami menetap di Century Pine Resort (detail di sini, review di sini). Letaknya memang strategik, ditengah-tengah kesibukan Tanah Rata, 100m ke stesyen bas, Marrybrown, pasar, etc. Dalam 400m ke air terjun, tea plantation, etc. Parking pun ok.

Rebiu aku tentang resort ni, 4/5 bintang aku bagi. Lokasi best, Bilik dan kemudahan ok, kitorang ambil Deluxe, harga memang affordable dan value for money. Bilik dia luas, fasiliti boleh pakai, walau agak tua kelengkapannya. Air panas kena on setengah jam baru boleh pakai (kalau tak sejuk gila air nak mandi kat sini). Air mineral tak provided (normal hotel lain ada, katanya initiatif mesra alam, dia bagi water filter, tapi tak on, serupa tak payah). Aircond tak ada, tapi tengah hari pun sejuk kat situ. Makanan dia terbaik, sedap dan banyak pilihan.

Rajah: Sekitar Century Pines Resort

[Lesson #5: Sebelum menempah hotel, check lokasi dulu, kat Cameron ni parking dengan drive memang susah, lagi-lagi cuti sekolah]

[Lesson #6: Kalau nak aman kat sana, elak-elaklah pergi masa cuti sekolah]

Memandangkan mak buyung tak berapa larat, dan tambah lagi cuti sekolah, kami hanya duduk dalam resort je.

[Lesson #7: bawa air mineral sendiri, tak elok pakai water heater hotel ni, tak tau hygenic nya]

Nak balik tu adalah singgah kat Agropark Skypark ke apa namanya, tak pergi tempat yang femes-femes, sebab? Masyallah jemnya, parking nya, sepadat-padat umat. Tapi jangan risau, banyak je tempat-tempat lain. Lebih kurang je semua.
Rajah: Santapan kami di Agropark ke Skypark tah

[Lesson #8: Kuatkan iman jika anda masih berteguh mahu ke Boh Tea Plantantion, Brinchang Night Market, etc di musim cuti sekolah ni]

Lepas tu singgah gak kat Lata Iskandar, sebab nak ambil gambar je. Tapi hujan lebat lak, sudahnya? ber-romantika la kami bercinta dibawah payung asmara, lepas tu berteduh bawah gerai kat situ bersantapkan nasi ayam (ayam ke batu? keras ya amat) dan kopi o panas.
Rajah: Raja Rimba dan Sang Permaisurinya
[Lesson #9: Just enjoy every moment you got with your loved one, every little things] 

Rabu, 14 Mac 2018

Selamat Ulang Tahun, Sayang

Di 3 tahun yang kita harungi ini.

Buatku sedar,
Pada tiap usik-usik yang membangkit kejengkelan
Pada tiap rajuk manja yang menguji kesabaran
Pada tiap leter panjang yang seperti tidak kehabisan
Menambah warna dalam bibit-bibit percintaan.

2018,
Semoga bertambah warna perhubungan ini.
Dengan hadirnya orang baru yang sekian lama di nanti.

Tuhan,
Kau redhakanlah perhubungan ini.
Salurlah kekuatan,
Agar berterusan bahagia kami meniti.
Dalam mencari nikmat syurgawi.

Nor Afiqah Ramli,
I love you so much.
Terima kasih kerana sentiasa bersamaku selama ini, dalam susah dan senang.
Terima kasih untuk segalanya.

Selamat Ulang Tahun, Sayang
14/03/2015

Catatan Popular