Covid 19 masih lagi menghantui Malaysia, Selangor masih lagi zon merah, kes masih tinggi, rentas negeri masih tidak dibenarkan, jadi pilihan yang ada cumalah percutian dalam negeri. Bila difikir-fikirkan, ok juga idea tu, kami pun tak pernah berjalan-jalan untuk melancong di Kuala Lumpur.
Ok lah, bersempena birthday mama Ayra Sofea, kita bawalah diorang berjalan, punyalah banyak hotel kat KL ni, tak tau nak pilih. Disebabkan baru bulan lepas ke Zoo Negara, lepas tu ada ke Bukit Melawati tengok monyet, mama cadang apa kata kali ini kita tengok ikan pula, jadi aktiviti #1 ke Aquaria KLCC. Dulu bawa Ayra ke Aquaria KLCC masa ada promosi, punyalah sesak, selak orang baru nampak ikan. Jadi dek kerana pandemik dan SOP norma baharu, sebagai langkah berjaga-jaga nak elak perkara yang sama berulang, kami ambil cuti 2 hari, weekdays tak ramai orang.
Lepas tu kami cari hotel yang dekat dengan Aquaria, paling dekat ada Mandarin Oriental, betul sebelah Aquaria, turun tangga dah sampai. So boleh jimat parking kereta kat situ. Parking kat hotel je tak ada lah kena caj parking yang kemain mahal di KL ni. Celebrate birthday kat hotel je.
Aquaria KLCC (via Wonderfly.asia)
Beli online murah sikit, dan boleh skip queue terus scan QR code yang dia bagi dan masuk.
Harga untuk weekdays |
Seronok bila bawa anak berjalan tengok haiwan ni, diorang punya eksited bukan main lagi. Aquaria KLCC kecil je, kalau jalan menonong je tak sampai sejam dah habis pusing, tapi dia ada banyak ikan/haiwan/flora fauna aquatik yang di pamerkan, jadi dalam dua jam juga lah habis tengok semua, aku suka cara diorang susun atur pameran tu, dari hidupan air tawar di hulu sungai, hidupan paya bakau, sungai dalam, hidupan di hilir, ke laut kemudian ke laut dalam dan seterus exhibit haiwan unik seperti obor-obor dan kuda laut. Untuk add-on ada juga disedia tempat interaktif AR dimana kita boleh bergambar seolah-olah kita berada bersama haiwan seperti beruang polar, orka, penguin dan dolphin. Harga masuk untuk dewasa - RM18, dan kanak-kanak - RM12
Ayra Sofea punya 'peace' |
Rawrr! |
Hari tu book dapat murah sikit, dalam RM400.50 je |
Lepas penat berjalan tengok ikan dan makan dekat area Suria KLCC, kami pun check-in di Mandarin Oriental, servis yang sangat mesra, semua staf disitu sangat ramah dan mesra, dan SOP ketat juga dipatuhi - scan suhu, mysejahtera, sanitize tangan, penjarakan sosial.
Ni beli tiket kat kaunter je sebab lagi murah atau sama je dengan harga online.