Sambungan dari post sebelum ni, link SINI
Kitorang beli annual pass Triple Park untuk Legoland dari Mac 2023 - Mac 2024. Jadi dalam tempoh ini kitorang sempat pergi 5 trip. Biasanya 2 hari 1 malam je. So plan nya biasa kitorang akan gerak on weekend, samada malam Jumaat atau pagi Sabtu. Hari pertama tu memang biasa akan pergi ke Legoland Waterpark dulu, lepas tu pergi Sealife, sebab annual pass korang boleh keluar masuk banyak kali ikut suka korang. So tak de la rushing nak masuk Theme Park, esoknya baru masuk Theme Park. Sebabnya memang tak sempat nak habiskan pusing main semua ride kalau beli Day Pass.
LEGOLAND Waterpark
Mengunjungi LEGOLAND Waterpark adalah pengalaman yang seronok dan penuh keceriaan untuk seisi keluarga. Sebelum pergi, pastikan anda check dulu ramalan cuaca. Berikut adalah beberapa tips penting untuk memastikan lawatan anda lebih selesa dan menyeronokkan:
Barang-Barang yang Perlu Dibawa:
- Sunscreen
- Coklat Bar
- Air Mineral
- Waterproof Casing Phone
- Tuala extra
- Waterproof swim diaper untuk baby
Disini locker ada disediakan, locker kecil boleh disewa dengan harga sekitar RM20, manakala locker besar berharga dalam RM40 sehari. Kabana (seperti khemah khas) ada disediakan untuk disewa dengan harga sekitar RM300 sehari, memberikan tempat rehat yang teduh, privasi dan selesa untuk seisi keluarga.
LEGOLAND Waterpark ada menawarkan lebih daripada 20 permainan air. Tapi beberapa permainan mempunyai had umur dan ketinggian tertentu, semak dulu had ketinggian dan ride mana yang dibuka di SINI
Favourite Ayra semestinya Built-A-Boat, dia letak lego banyak-banyak dekat situ lepas budak-budak ni buatlah kapal, lepas siap boleh lumba. Aurora lak suka main Built-A-Raft River, korang akan terapung pakai float dan life jacket yang disediakan, lepas tu kumpul floating lego brick dekat situ buat raket ke, bot ke.
Sealife LEGOLAND
Sealife ni antara tarikan indoor yang sesuai untuk seisi keluarga, terutamanya pada hari yang panas atau hujan. Ayra memang setiap kali datang LEGOLAND Themepark atau Waterpark akan singgah sini.
Ada lebih 120 species dan 13,000 hidupan laut dan marin disini yang dibahagi kepada 11 zon habitat.
Budak-budak ni paling suka main dekat Amazing Creation lah, dorang boleh color hidupan laut dekat touch screen yang disediakan, lepas tu boleh lepaskan laut virtual. Nampaklah ikan/udang/sotong/etc yang dorang warnakan tadi tu berenang-renang dekat screen besar.