Jumaat, 29 November 2024

Nasi Goreng Pattaya

Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan ini ia membawa kesejukan bersamanya, bersama kesejukan juga datang kelaparan. Atas dasar rasa kelaparan ini aku singgah ke kedai tom yam yang dipilih secara random bersama rakan-rakan sekerja aku.

Ada yang order nasi dengan sup ekor, ada yang order nasi goreng paprik, ada yang order telur bistik, ayam kunyit. Aku? Aku pilih untuk order Nasi goreng Pattaya. "Ok" kata waiter kedai tomyam tu. Dari percakapan dan gaya waiter ini nampak seperti anak muda melayu dari pantai timur, atau mungkin dari selatan Thai. 

Sesampai makanan satu per satu, rakan-rakan semua makan dengan nikmatnya, makanan panas ala-Thai di kala kesejukan dan kebasahan hujan malam memang tersangat nikmat. Makanan aku yang terakhir sampai.

Waiter letak makanan atas meja, aku tanya "Ini apa ya?"
Dia jawab, "Nasi goreng petai"

Aku gelak dulu, terpinga-pinga waiter tersebut. "Saya order Nasi goreng Pattaya, bukan nasi goreng petai ya"

Maka kami pun bergelaklah secara berjemaah.

Aku terus je makan, malam pun berlalu seperti biasa

Catatan Popular