Jumaat, 10 Februari 2012

Dari Satu Sudut

Aku duduk dan berfikir.

"Sekalian manusia, kau tak pernah lebih baik dari Tuhan.
Tak akan pernah."



Khamis, 2 Februari 2012

Setahun

Masa. Yang membezakan jurang antara saat yang sudah dan sekarang. Setiap yang bergeraknya jarum pada jam oleh proses mekanikal yang bersambungan pada setiap jarak waktu, berkumpul padu menjadikan wujudnya tempoh yang sudah berlalu. Sedetik, sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan, dan kini setahun sudah berlalu.

Setahun.
Usai sudah bumi mengelilingi mentari.
Pada yang mengandung sudah keluarlah bayi.
Pada yang bayi sudah pandai mengguna kaki.
Pada yang gadis ada yang sudah menjadi ratu pada suami.
Pada yang teruna ada pula yang sudah memiliki isteri.
Pada yang musafir sekarang sudah kembali.
Pada yang hidup ada yang sudah bertemu ilahi.

Pada aku, masih tetap disini.
Disisimu, duhai kekasih hati.

Sabtu, 28 Januari 2012

Paranoid



















Tak ada apa disini.

Rabu, 28 Disember 2011

Raut Yang Tak Mahu Aku Lihat

Ohh sakitnya rasa dalam dada. Disebalik setiap rusuk dan diafragma. Berpaksi pada susunan ruas tulang yang memangku sokongan buat jasad bernyawa. Degupnya bagaikan gempa. Deritanya teramat seksa.

Bila, raut itu kau tayangkan. Sedihnya kau, sedihlah aku. Dukanya kau, dukalah aku. Tangisnya kau, tangislah aku.

Raut yang tak mahu aku lihat.

Beri aku peluang, untuk raut itu jauh-jauh aku buang.

Selasa, 27 Disember 2011

Pemilik Hati

Aku adalah lelaki. Punya hati.
Merahnya bersalurkan bendalir darah.
Kecilnya mampu memuatkan segala dunia.
Degup-degupnya berlangsung dalam tiap waktu.
Terkadang lemahnya ia tak bermaya.
Hadirnya kau si gadis beri upaya.
Terkadang sakitnya ia seribu luka.
Hadirnya kau gadis pengubat duka.
Terkadang sesatnya ia tiada hala.
Hadirnya kau gadis haluan terbuka.

Kau adalah si gadis. Pemilik hati ku.
Terus. Jangan pernah tinggal aku.

Khamis, 22 Disember 2011

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Mari kau! Satu persatu aku bereskan.
Setiap yang lelah, aku tak endah.
Kepala hotak yang ini berdenyut.
Sudahnya kesemua ku henjut.

Mari lagi, selagi belum sampai ajal.
Selagi belum henti nafas.
Selagi belum gelap mata.
Selagi belum sampai akhirnya.

Akan aku atasinya.

........................................................................................

Kondisi diri : [Kritikal]

Selasa, 13 Disember 2011

Epifani Pagi

Bila yang biasa hilang dari biasanya. Rasa yang lenang dulu dihempuk oleh kekalutan amanah dan percaya di mana makin lanjut waktu. Hempas pulas kau berdamping dengan mata kau yang layu mengadap entiti yang kau tak mahu. Setiap gerak kau membunyikan tulang belulang yang berkarat kerna disekian waktu terlalu lama diam terpaku. Otot-otot kejang dek tiupan angin pagi. Membuat rasa masa yang berlalu laju tanpa sepanjang ini bagai makin hampir ke akhir. Ini belum lagi akhirnya. Selesai berenang keluar dari derita yang ini, datang menanti sekali lagi. Deringan loceng ke pusingan seterusnya. Masih belum tamat lagi..

Jumaat, 12 Ogos 2011

Rasa-rasa Yang Sudah Pergi

Walau terhias dibibir nampak keterimaan rasa tidak diperlukan itu. Tak pernah dapat segumpal hati ini menerima setelah sedayanya diserah apa yang termampu. Namun balasan keraguan itu menggumam segala rasa lantas tenggelam dibalik batas kesabaran. Masa hadapan adalah tidak lama lagi menghampiri kerana yang belum tentu lagi apa yang akan terjadi, apa yang sedang menanti. Langkah ke hadapan memilih akan pilihan yang membuat rasa itu terpadam lantas pergi jauh-jauh dari susur hati dicoret dalam nota kehidupan ini.

Jelas. Tiada yang perlu pada rasa tidak diperlukan itu.

Biarlah rasa itu pergi.

Hilang

Lama-lama setiap yang ada tak akan lama lagi akan wujudnya kerna ia tercipta sementara oleh belas Nya yang maha esa.

Bila kau, kau dan kau rasa akan hilangnya rasa kehilangan. Makanya, disitulah bermulanya kehilangan hakiki.

Hilang disini bukannya tiada. Cuma terlupa. Selepas dijirus lemas arus kesibukan.

Selasa, 31 Mei 2011

Keretapi

Kepala aku masih berpinar menahankan terik mentari sebentarnya tadi menusuk ke tengkorakku memanggang setiap sel-sel otakku. Dari seberang kaca lutsinar ini aku memandangkan indahnya luar sana sambil dahiku menyandar selesa menahankan getar-getar bawakan reroda keretapi yang memalu landasannya. Setiap dari desingan bunyi yang membingit melintasi cecuping telingaku lantas ditangkapnya menjadi santapan dek gegendangku. Sesekali aku menoleh ke tempat duduk di seberang sana keretapi yang sebentar tadi aku tinggalkan. Jika ditanya disebabkan apa aku memilih untuk bertukar tempat duduk. Aku akan berkata. "Ini kata hati aku."