Selasa, 30 Jun 2009

Maju Terus Musika Malaya Kita









Takdir - News at 11, lagu fav si Aizuddin

Usah Putar lagi.

Pak cik Jeff berjaya mencipta satu inovasi baru.
Robot kayu berotakkan kotak rubik pelbagai warna.
Robot kayu itu sangat hebat.
Pak cik Jeff tinggalkan robot kayu itu sendirian, tanpa nama
biarlah si robot kayu mencari nama sendiri.

Robot kayu berjalan hingga kesimpang tiga Jalan Simpang Tiga.
Terpaksa memilih kiri atau kanan.
Setiap kali dia perlu membuat pilihan. otak kotak rubiknya berputar.
warna-warna yang pada awalnya tersusun cantik. seragam warna.
makin serabut. bertambah pilihan,bertambah putaran,bertambah serabut.

Datang satu fairy yg comel. Menjadi guru si robot kayu.
"Mula-mula,cari permulaan permasalahannya."
"Seterusnya,buat rancangan dengan membuat
pelan untuk setiap kemungkinan yang ada."
"Ambil langkah bijak dengan memilih pilihan yang paling sesuai."
"Lakukan semuanya dengan sabar dan tertib."
Hilang lah si fairy selepas diperturunkan secebis ilmunya.
ilmunya di turuti,insyaallah

Akhirnya, robot kayu menjumpai namanya.
Johan, nama yang cantik.
tetapi tiada sesiapa yang memanggil namanya.
Johan terus berjalan.

Jumaat, 19 Jun 2009

Al-kisah Cinta Trigonometrik

Asam garam gula bercinta. Mesti ada arang yg melintang jatuh tersembam besar gila atas jln. Macam mana nak lintas? Kena panjatlah. Ceh

Kisah cinta si Daniel Johari bermula di atmosfera pekerjaannya. Beliau bekerja sebagai acai utk seorg photograper yg amatlah dasyhat skillnya, Mr. Don. Part time waktu-waktu cuti semester macam ini. Dan Mr. Don ini memiliki sebuah site dipenjuru dlm taman haiwan Grosper yg amat mahsyur di seantero dunia. Selaku acai yg berdedikasi Daniel ditugaskan menarik minat pengunjung taman haiwan Grosper utk mengambil gambar bersama haiwan-haiwan yg eksotik lagi fantastik lagi comel. Dengan bayaran yg murah shj. 2juta dollar per piece.

Nak dijadikan kisah cinta yg lebih menarik. Salah seekor haiwan yg dijaga oleh Daniel, iaitu seekor ular python jenis batik bernama Zahara Kasim, telah jatuh hati kpd Daniel. Of course, Daniel tak tahu akan cinta terpendam Zahara Kasim itu. Maka berlangsung hari-hari pekerjaan yg boring buat Daniel bersimpulkan Fantasi pelik-pelik oleh Zahara Kasim.

Disini bermula konfliknya bila seorang gadis(nama dia Gadis) selaku pengunjung taman haiwan Grosper tertarik hati kepada si Daniel ini. Pelbagai taktik dan teknik dilancarkan Gadis utk memikat Daniel. Of course mcm drama melayu yg lain, Daniel tak tahu akan cinta si gadis itu, mungkin sebab hantukan serius di kepala masa beliau baby membuatkan beliau lembab sedikit.
Si Zahara Kasim perhati shj dari atas batu tempat khas utknya dgn hati yg meluap-luap panas mcm cerek air yg telah masak airnya dan berbunyi dan dibiarkan selama 2 jam. Gadis dapat rasakan aura cemburu yg dilancarkan Zahara Kasim, dan terus matanya menangkap arah dtgnya aura tersebut. Mata mereka bertentang dgn niat pembunuhan yg amat dahsyat dari kedua-dua pihak. Of course, Daniel yg lembab itu masih tak tahu.

Pertempuran minda macam dlm cerita kung fu di mana hero berlawan villian hanya melalui perlawanan catur cina berlangsung antara Zahara Kasim dan Gadis. Of course Gadis tewas kerna terlalu kenyang. Kekenyangan melemahkan mental. Ok

Jadi berlalulah Gadis tanpa sempat mengambil gambar di site bergambar milik Mr. Don tersebut. Kerana risaukan customer lari, Daniel memujuk Gadis namun.. Of course gagal. Cemburu si Zahara Kasim bertambah membuak-buak lantas hilang pertimbangan beliau mengambil keputusan mengigit tangan Daniel dan melilit beliau hingga mati. Pak Guard Halim yg kebetulan lalu disitu terus memukul kepala Zahara Kasim sehingga koma dan mati seminit kemudian. Oleh kerna kecewa yg amat sgt maka Gadis pun bunuh diri dengan berdiri ditengah-tengah highway berhampiran taman haiwan Grosper tersebut.

Maka perang antara manusia dan python bermula.