Selasa, 30 Jun 2009

Usah Putar lagi.

Pak cik Jeff berjaya mencipta satu inovasi baru.
Robot kayu berotakkan kotak rubik pelbagai warna.
Robot kayu itu sangat hebat.
Pak cik Jeff tinggalkan robot kayu itu sendirian, tanpa nama
biarlah si robot kayu mencari nama sendiri.

Robot kayu berjalan hingga kesimpang tiga Jalan Simpang Tiga.
Terpaksa memilih kiri atau kanan.
Setiap kali dia perlu membuat pilihan. otak kotak rubiknya berputar.
warna-warna yang pada awalnya tersusun cantik. seragam warna.
makin serabut. bertambah pilihan,bertambah putaran,bertambah serabut.

Datang satu fairy yg comel. Menjadi guru si robot kayu.
"Mula-mula,cari permulaan permasalahannya."
"Seterusnya,buat rancangan dengan membuat
pelan untuk setiap kemungkinan yang ada."
"Ambil langkah bijak dengan memilih pilihan yang paling sesuai."
"Lakukan semuanya dengan sabar dan tertib."
Hilang lah si fairy selepas diperturunkan secebis ilmunya.
ilmunya di turuti,insyaallah

Akhirnya, robot kayu menjumpai namanya.
Johan, nama yang cantik.
tetapi tiada sesiapa yang memanggil namanya.
Johan terus berjalan.

10 ulasan:

nikaizat berkata...

aper ni bro..x fhm ler..

Aizuddin Jaafar berkata...

kompliket kan yang simpel

Tanpa Nama berkata...

"kompliket yg simple" nampak sgt xde keje nk buat..ahaha

Tanpa Nama berkata...

ape jd. sambungan ade

puding roti berkata...

wit wit!
comelnya!

Aizuddin Jaafar berkata...

tanpa nama,
bukan takde keje. mencari keje

puding roti,
tq. tulisan anda juga comel

Tanpa Nama berkata...

mcm pendekar tanpa nama..cuma pendekar tanpa nama ensem n terror..

Aizuddin Jaafar berkata...

Pendekar tanpa nama dari komik alam-alam perwira tu ke?

Tun Teja berkata...

Mungkin Johan juga ada nama lain.Mungkinkah Ali Abu?
so,bila org pgil dia Ali Abu,dia x sahut la..n keep walking smpai pluto..huhu

Aizuddin Jaafar berkata...

Tun Teja,
Nama dalam ic ialah Johan Roberto

Catatan Popular