Jumaat, 17 September 2010

Menyambut Syawal Di Medan Tempur

Senja pada satu Syawal melakarkan seribu satu perasaan. Khaleed menahan cemas di dada yang bagai ombak menggila. Kepalanya di sandar ke dinding rumah usang yang menanti saat menyembam ke tanah. Peluh dingin mengalirkan gelora jiwa cemasnya keluar melalui liang-liang roma epidermisnya. Khaleed tahu. Malam ini, malam ini akan lebih dahsyat gejolaknya dari malam-malam sebelumnya. Malam ini, mesti. Khaleed tahu dia mesti berjuang habis-habisan.

Saat senja berlalu. Matahari berlabuh diufuk bumi. Dinginnya suasana satu Syawal datang melepas pergi Ramadan yang diberkati. Bahangnya pertempuran ini kian dirasai. Khaleed perlahan meneguk air liurnya dalam debaran dia menanti.

Tika itu montaj kenangan dulu bermain dilayar matanya. Teringat Khaleed pada ayahbondanya, sanak saudara, dan teman-teman seperjuangannya. Khaleed teringat rakan karibnya, Fathullah ibn Majid yang menjadi mangsa pertempuran kejam ini. Rakaman wajah rakan karibnya menjerit keperitan menahan seksa kehilangan tangan berulangkali dimainkan dalam kotak fikirannya.

BOOMMM!!!

Dentuman kuat menyentak Khaleed dari lamunannya. Pertempuran sudah bermula. Dan Khaleed sudah lama bersedia. Lantaran itu Khaleed mencucuh meriam buluhnya dengan kadar yang segera.

BOOMMM!!!

Masih ada sepuluh paket kabaid yang perlu dihabiskan.

Perjuangan belum selesai.

5 ulasan:

saya; AISA. berkata...

ooo.

saya; AISA. berkata...

semua nak main kabaid. gila uh.

nazrin zaidi berkata...

air jangan taruk banyak sangat!
tak cukup kuat nanti.

frinjan bulan depan hang turun tak?

ku berkata...

perang saudara?lab6?lab7?

Si Aizuddin berkata...

Ejen Esoh,
Jangan makan kabaid sudah.

Nazri,
Letak kabaid banyak-banyak. Baru REAL!

Ku,
Perang sekampung. Tak buat pun.