Jumaat, 20 November 2015

Assalamualaikum, Saudara Di Seberang

Assalamualaikum.
Saudaraku di seberang sana. Moga Tuhan beri kau kekuatan, mengharungi hari demi hari yang mendatang. Menghadap segala cerca, tarik dan tahan nafas hela kau, pekakkan ditelinga, pejamkan dimata, terus terjun tiruk dalam hiruk manusia yang menghurung membenci kita, dan tembuskan diri kau ke sebalik sana. Mungkin lebih nyaman disana.

Assalamualaikum.
Saudaraku di seberang situ. Redhakan hati, tabahkan diri, sesungguhnya hanya Tuhan yang tahu keperitan mu, bertenanglah, pengorbananmu tak akan tersia-siakan. Aku doakan mentari besok membawa datang keamanan, dentum-dentam yang mengejut mu di dinihari berganti kicau burung menyanyi lagu kedamaian. 

Ikhlas,
Saudaramu disini