Isnin, 30 November 2009

Harga Yang Dirunding

Situasi: Penjual sedang berunding harga barangan pada seorang brader bertubuh sasa yang berwajah afrika .

Brader, mari beli ini barang.

Oh, mahal la dik.

Ok lah, biasa harga 15 dollar. Tapi untuk brader 10 dollar saja saya offer.

Ala, abang teringin juga barang ini. Tapi duit tak cukup lah.

Macam itu 5 dollar boleh brader?

Hm. Percuma tak boleh ke?

Wah! gua bagi betis, lu nak penerajang pula.

Ending: Kelihatan seorang brader bertubuh sasa yang berwajah afrika melayang melintasi awan merempuh pelangi pagi dengan kelajuan yang tinggi.

Ahad, 29 November 2009

Beri Aku Masa

Masa.
Ketika aku berkejaran.
Mencari rezki dari ilahi.
Baru aku merindui masa.

Berikan aku masa.
Aku mahu masa.

.........................................

Aku rindu

Sabtu, 7 November 2009

Ekzam Terakhir: Terima Kasih Tengkujuh

Jiwa aku resah. Serabut hendak menyumbat sebanyak mungkin nota kedalam kotak otak ini. Dari seminggu yang sudah otak ini tak berhenti-henti beroperasi.

Berdebar menanti tibanya hari ini. Hari dimana perhitungan penting dalam rona kehidupan aku. Ekzam Terakhir buat aku.

Aku bawa berbakul-bakul ilmu yang aku sumbat untuk dimuatkan dalam satu set kertas berkaver merah yang ada banyak garis-garis lurus didalamnya. Tapi masa aku ondewei ke medan pertempuran. Hujan.

Aku redah. Kerna jiwa aku sedang resah.
Basah. Dan aku nampak muatan otak aku jatuh disiram hujan dan bersepah jatuh ketepian jalan. Aku terus tabahkan hati merempuh hujan menuju ke destinasi.

................................................................

Jiwa aku tak lagi resah.
Otak aku sudah ringan tanpa muatan.
Jadi aku bolehlah masuk ke medan pertempuran,
dengan senyuman.

Terima Kasih Tengkujuh.

Isnin, 2 November 2009

Lagu Gila Jatuh Diatas Kepala

Jack, rakan Si Budak.
Sebuah gitar yang duka.
Yang senantiasa memainkan lagu hiba.

Merajuk.
Terperosok dia lonli,
Di hujung penjuru duka hati sendiri.

Si Budak tidak lagi peduli.
Kerna Si Budak tahu,
penyakitnya Jack tidak mampu lagi diubati.

Ketika Si Budak melepak di balkoni.
Sambil tenang menikmati kopi pagi.
Datang Sang Pari-pari.
Datang kepada Jack untuk menasihati.

Biar sajalah pergi
Janganlah engkau terus menanti
Kehadiran cinta yang hanya wujud dilubuk hati

Tapi, Jack jadi gila. Jack tak dapat terima. Lantas terserlahlah kekalutan jiwanya. Tanpa kasihan dia menendang Pari-pari. Terpelanting ke atas kepala Si Budak. Dan tergelincir jatuh dari balkoni. Itulah tragedi apartment tingkat dua puluh.

Catatan Popular