Jack, rakan Si Budak.
Sebuah gitar yang duka.
Yang senantiasa memainkan lagu hiba.
Merajuk.
Terperosok dia lonli,
Di hujung penjuru duka hati sendiri.
Si Budak tidak lagi peduli.
Kerna Si Budak tahu,
penyakitnya Jack tidak mampu lagi diubati.
Ketika Si Budak melepak di balkoni.
Sambil tenang menikmati kopi pagi.
Datang Sang Pari-pari.
Datang kepada Jack untuk menasihati.
Biar sajalah pergi
Janganlah engkau terus menanti
Kehadiran cinta yang hanya wujud dilubuk hati
Tapi, Jack jadi gila. Jack tak dapat terima. Lantas terserlahlah kekalutan jiwanya. Tanpa kasihan dia menendang Pari-pari. Terpelanting ke atas kepala Si Budak. Dan tergelincir jatuh dari balkoni. Itulah tragedi apartment tingkat dua puluh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Resort Percutian Mesra Keluarga Ofisial website: Tasik Villa International Resort Selepas hadir orang ketiga dalam hidup kami, Ayra Sof...
18 ulasan:
kesian jack. jack yg jatuh cinta kan? bkn awk kan? hee
kasihan si peri! ):
ouwwwhhh
kesian si budak harap dia masih semangat untuk hidup
*singgah ler ke blog
pergh..
ah!
jack ni dah melampau nih!
Puding Roti,
Em. Kesian dia.
Saya? Eh tak adalah.[blushing]
Aishah,
Tak apa, Pari-pari boleh terbang
Tengku Fir,
Tak apa, Dulu Si Budak dah baling Jack. Sekarang giliran Jack pula.
Visitor,
Pergh. Seperti ganaskan bunyinya?
Mugi,
Sabar Mugi. Bawa bertenang. Nanti kita bungkus Jack dalam guni lagi dan main baling-baling ok
saya...
sudah..
pening.
-.-"
aku kesian pari-pari itu kena sepak jack. pari-pari itu perempuan kan?
lonli ,. ouh
Mirashi,
Mahu parasitamol?
Kaxx,
Mungkin. Atau lelaki lembut. Aku rasa
Fatah,
Nak join sekali?
ouh. tak mahu bro. sakit nanti. tak mahu lonli. hm. ada fb. tahniah beb. hahaha.
sang pari2 takkn tak boleh tolong??
jack jgn ikut perasaan sgt tau.
lonli & pari-pari...
Lovin't!
jack dan si budak sama2 ada penyakit mental
Fatah,
Ok.
Tapi aku tak rasa ada fb sesuatu yang boleh dibanggakan.
Terpaksa buat atas desakan perempuan-perempuan simpanan.
Connie,
Kita cuma merancang. Pari-pari pun ada limitationnya.
Youjie,
Macam McD je bunyinya. Hihi
Muffin,
Kurang stabil mental mereka. Sabarlah
luckily,si pari2 ada sayap.So bila tergelicir jatuh,dia dapatlah kan melawan graviti yg menarik dia ke bumi...Jadi tiada la tragedi apartmnt tgkat 20 puluh..so tiada juga org yg berduka...
Tun Teja,
Betul betul. Hahaha
Catat Ulasan