Bila kau didusta cinta.
Kau kata cinta itu makhluk marikh yang cipta.
Kau kata itu cara mereka menakluki manusia.
Kau kata semua cinta itu pendusta.
Kau kata,
Cinta itu macam peluru buta.
Yang menembak sebarang hati tanpa hala.
Macam kau kata semua cina pembelit.
Macam kau kata semua melayu pemalas.
Macam kau kata semua lelaki ikan bateri.
Macam kau kata semua perempuan komplikated.
Sebenarnya itu hanyalah teori yang kau cipta.
Untuk mengubati hati kau yang parah terluka.
Jauh dalam lubuk hati kau, kau tahu.
Peratusan tipis keberjayaan teori kau tak bawa kemana.
Kerana, esok lusa. Atau lain masa. Kau sekali lagi akan jatuh cinta.
Rabu, 25 Ogos 2010
Isnin, 23 Ogos 2010
Aiman Dan Kawan-kawan
Aiman adalah seorang kanak-kanak yang cergas dan cerdas. Aiman suka makan durian. Aiman ada ramai kawan. Aiman berkawan dengan kura-kura, burung, lipas, patung McDonald, pokok serai, awan, dan ramai lagi. Tapi Aiman paling tak suka berkawan dengan pokok kaktus.
Jadi tinggal si pokok kaktus sendirian ketika rakan-rakan yang lain sibuk bermain congkak di taman ataupun farmville di cybercafe. Sendirian. Kesepian.
Satu hari di bulan Ramadan. Aiman dan kawan-kawannya bermain meriam buluh dan tertembak pasu bunga milik mak si pokok kaktus. Mak Kaktus terus mengamuk dan mengakibatkan Aiman dan kawan-kawannya bertempiaran lari.
Keesokan malamnya, Aiman dan kawan-kawannya beramai-ramai berjumpa dengan si pokok kaktus untuk meminta maaf dan menggantikan pasu Mak Kaktus yang pecah dengan cawan plastik yang mereka dapat ketika beli air bandung di bazaar Ramadan petang tadi.
Dan sejak dari itu mereka semua menjadi kawan.
.............................................................................
Pesanan khidmat masyarakat: Sambil menyelam jangan minum air. Batal puasa.

Rabu, 18 Ogos 2010
Bermain-main Dengan Cahaya
Rabu, 11 Ogos 2010
Aiman Bosan Duduk Dalam Kotak
Masa Aji Man berpelekat menuju ke masjid.
Makcik Biah tengah basuh pinggan dekat dapur.
Abang Zul yang baru balik meniaga kira duit dalam bilik.
Bob Pomen terbungkang membuncit atas sofa depan tivi.
Aiman, seorang budak kreatif pula sibuk memetik bunga-bunga yang berputik mekar dalam radius kampungnya. Dia kata tahun ni special. Bunga api tahun ini akan lain dari tahun-tahun yang sudah.
Baca sini: Welcome Back Ramadan

Ahad, 1 Ogos 2010
Lontaran Hati Yang Bergolak
Langkah perilaku kau terlalu kontradiksi,
Jauh menyimpang dari keinginan isi hati,
Jauh menyimpang dari keinginan isi hati,
Kau sengaja lari tak mahu menoleh sang realiti.
Botol terkandung memori cinta kau capai,
Sehabis kudrat kau hempas ke lantai,
Kau kutip serpih-serpih yang terkecai,
Lantas kau telan biar rindu itu melerai.
Hati yang bergolak tadi itu,
Bergoncang bagai roller coaster terlaju.
Luka kau tak berdarah tadi tak terasa lagi,
Jadi selamba kau melangkah pergi,
Dalam hati kau berbisik sendiri,
"Relaks", bak kata Frankie.

Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...