Perlahan lahan keras dingin bau besi rantai melingkar atas kulit tengkuknya. Sejuk besi rantai langsung tak beri kesan pada bibit bibit nikmat fantasi Syafiq. Sehinggakan subuh pergi berlalu dengan hanya sedikit kerlingan di hujung mata pagi.
Khamis, 30 Disember 2010
Subuh Untuk Jiwa Merdeka
Berembun tingkap gelap bilik Syafiq, melambangkan suhu pagi itu yang dingin bak bilik simpanan daging milik restoran lima bintang di hotel terkemuka dunia. Dingin dingin yang semacam inilah yang membingkis nikmat untuk setiap manusia manusia seperti Syafiq untuk terus berenang di atas katilnya, berbungkus dengan komfoter yang berbau seperti mama selepas baru dibasuh dengan softlan semalam, dengan mata gelap memandang mimpi yang indah indah, mimpi tentang Julia Perez, mimpi tentang segelas alkohol, dan mimpi mimpi yang membikin senyum dalam pejam matanya.
Sabtu, 25 Disember 2010
Jangan Salah Naik Bas
Dia tunggu tunggu tepi jalan dalam tengah teriknya hari. Panasnya tar jalan menaikkan bau batu-batuan hitam yang kelihatan panas jika dipegang. Peluh peluh berlomba lomba keluar dari kelenjar di setiap liang kulitnya. Panas? Tak apa dia kata, dia tetap mahu tunggu. Walau nak banjir ketiaknya. Walau nak meletus rektumnya. Walau nak berorkestra perutnya.
Dia tekad, yang dia akan tunggu. Tunggu bas yang akan mengambilnya.
Lalu bas satu yang penuh sesak dengan homosapien. Dia kata, "mungkin bas seterusnya tak sesak begini, biarlah aku tunggu lagi".
Lalu bas dua yang tak ada ekon, tapi tak sesak. Dia kata,"alamak tak ada ekon, biarlah aku tunggu bas tiga nanti".
Lalu bas tiga yang buruk seropa tongkang, tapi tak sesak, tapi ada ekon. Dia kata, "mak aii, ini bas ke roket terhempas, tak apalah aku tunggu bas lain".
Lalu bas empat yang tak sesak, ada ekon, dan cantik. Dia kata,"inilah basnya, ok aku mahu tumpang kasihnya". Tapi pemandu bas tak mahu berhenti dan terus tak hiraukan dia.
Dia tanya pada diri. Mungkin aku patut naik saja bas mana yang mahu berhenti untuk aku selepas ini. Aku tak mahu mati sunyi.
Lalu bas seterusnya. Dia terus naik tanpa kata apa-apa dengan diri dia. Tapi dia tak perasan di depan bas itu ada tulis "Neraka Cinta".
.................................
Kadang, kita menanti yang terbaik.
Sedang yang terbaik sudah berlalu pergi.
.................................
Kadang, kita menanti yang terbaik.
Sedang yang terbaik sudah berlalu pergi.
Jumaat, 24 Disember 2010
Kepupusan Ultramen
Dia masa zaman kecil-kecil dahulu hanyalah seorang budak yang memakai singlet putih dengan seluar pendek dengan sebuah kotak berlubang dua di bahagian mata atas kepala. Sedang budak-budak lain adalah budak yang memakai topeng Ultramen.
Dari kerna perbedaan itu, dia disisih, dia di benci, dia dibuli lagi dihina-hinakan. Dia cumalah budak biasa yang tak mahu dipengaruh oleh ideologi sebaran Ultramen dan ejen-ejennya, "Kita Dijajah, Keganasan Menyelesaikan Segalanya".
Idea asal:
Bakat Muda Sezaman, Balai Seni Lukis.

Khamis, 23 Disember 2010
Godot Telah Hilang
Drakula dan vempayer yang sebenarnya adalah jisim. Jisim yang sama komposisinya dengan manusia. Cumanya mereka takut keluar dari peruk keranda mereka disiang hari. Takut akan sinarnya mentari.
Dari itu, mereka gemarkan kegelapan. Dan hanya keluar diwaktu dunia sedang kegelapan. Dan pada tika itu mereka bergerombolan berpusu-pusu mencari sesak-sesak dosa. Meraba-raba apa yang tak nampak dimata dalam gelap pikuk sesat dunia.
Dan kita manusia, oleh itu selain darinya kita gelarkan sang durjana tanpa mereka rela.
Haslin Ismail, 2009
(Antara Bahan Campuran, Balai Seni Lukis)
Sabtu, 18 Disember 2010
Telinga Arnab, Amin, dan Disneylen.
Dalam hiruk-pikuk bisingnya bilik darjah pelajar tahun dua itu. Amin duduk riak bongkak di meja yang paling depan bersama kawan-kawan Amin yang terlopong mendengarkan cerita Amin yang teramat dahsyat.
Amin kata, dia ada telinga arnab yang boleh bawa dia pergi Disneylen.
Kawan-kawan Amin angguk. angguk. angguk. percaya.
Tapi sebenarnya. Amin tak ada pun telinga arnab yang boleh bawa dia pergi Disneylen. Papa Amin yang bagitau Amin yang Amin akan dapat telinga arnab yang boleh bawa Amin pergi Disneylen. Kalau Amin tak bagitau Mama Amin pasal Auntie Zara tidur di rumah mereka malam tika Mama Amin tengah ada kerja di Beijing.
Amin tak bagitau Mama Amin pasal Auntie Zara tidur di rumah mereka malam tika Mama Amin tengah ada kerja di Beijing. Jadi Amin pasti Papa Amin pasti akan beri dia telinga arnab yang boleh bawa dia pergi Disneylen.
Petang itu Amin balik rumah buka kasut cabut stoking campak beg terus mendapatkan telinga arnab dari Papa amin. Tapi Amin cari-cari tak jumpa Papa Amin. Belakang rumah ada Mama Amin tengah bakar sampah.
Amin tanya Mama Amin. Mana Papa Amin, Mama?
Mama Amin cakap, itu.

Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...