Sabtu, 18 Disember 2010

Telinga Arnab, Amin, dan Disneylen.

Dalam hiruk-pikuk bisingnya bilik darjah pelajar tahun dua itu. Amin duduk riak bongkak di meja yang paling depan bersama kawan-kawan Amin yang terlopong mendengarkan cerita Amin yang teramat dahsyat.

Amin kata, dia ada telinga arnab yang boleh bawa dia pergi Disneylen.

Kawan-kawan Amin angguk. angguk. angguk. percaya.

Tapi sebenarnya. Amin tak ada pun telinga arnab yang boleh bawa dia pergi Disneylen. Papa Amin yang bagitau Amin yang Amin akan dapat telinga arnab yang boleh bawa Amin pergi Disneylen. Kalau Amin tak bagitau Mama Amin pasal Auntie Zara tidur di rumah mereka malam tika Mama Amin tengah ada kerja di Beijing.

Amin tak bagitau Mama Amin pasal Auntie Zara tidur di rumah mereka malam tika Mama Amin tengah ada kerja di Beijing. Jadi Amin pasti Papa Amin pasti akan beri dia telinga arnab yang boleh bawa dia pergi Disneylen.

Petang itu Amin balik rumah buka kasut cabut stoking campak beg terus mendapatkan telinga arnab dari Papa amin. Tapi Amin cari-cari tak jumpa Papa Amin. Belakang rumah ada Mama Amin tengah bakar sampah.

Amin tanya Mama Amin. Mana Papa Amin, Mama?

Mama Amin cakap, itu.

13 ulasan:

DyanaYunus berkata...

cool!

AISA. berkata...

macam kejam.

Tanpa Nama berkata...

mesti papa amin x ad kan telinga arnab tu...sian amin...

Qhamel berkata...

itu itu apa?

yg kne bkar tu?

Aizuddin Jaafar berkata...

Dyana,
Darah sejuk.

Aisa Debiru,
Macam je.

Tanpa Nama,
Mungkinlah. Mungkin hanya ada telinga arnab yang biasa.

Qhamel,
Ye, kot.

fatah85 berkata...

nak kumpul duit pergi disneyland dengan ibu bapa dan anak isteri lah nanti.

Aizuddin Jaafar berkata...

Affah,
Aku sekali nak ikut.

hnshzk berkata...

wow wow macam ngeri..

Aizuddin Jaafar berkata...

Ica,
Macam je. Kehkehkeh!

Tanpa Nama berkata...

padan muke papa amin!

[mugi]

Aizuddin Jaafar berkata...

Mugi,
Kehkehkeh! Gatai sangat kan.

fatah85 berkata...

kita kumpul duit, nanti besar ada family, kita pergi. nak?

Aizuddin Jaafar berkata...

Affah,
Orite. Bawa anakanakcucucucucicicicicit kita sekali.

Catatan Popular