Jumaat, 20 April 2012
Hati-Hati Yang Ditinggalkan
Wajah dan hati tidak selari. Pada mana yang kau lihat pada raut bukan semestinya apa yang termaktub dihati. Ini, dalam ini. Hati ini, bukan semestinya milik diri.
Falsampah: Roda
Brader Jon datang lagi.
"Gagal kita ni, janganlah gagal selamanya. Harus, harus terus ada upaya. Mencuba, terus mencuba hingga ke hujung daya. Kalau engkau sendiri tak mampu berjaya, jangan dibiar orang lain pula merana, kerana kita. Hidup ni macam roda, bro."
"Roda?" Karim tanya.
"Roda, bro. Roda ni kalau pancit lu pam, kalau rim penyek lu tukar baru, kena bagi boleh berpusing. Kalau tak boleh berpusing macam mana lu nak ke depan."
"Ke depan?" Karim tanya lagi.
"Ke depan, bro. Kalau roda tu berpusing, biarlah berpusing ke depan, jangan kebelakang. Sebab kalau nak berjaya lu kena nampak matlamat lu."
"Matlamat?" Karim tanya lagi.
"Lu mundur kebelakang lu tak nampak matlamat bro. Mata lu di depan bro, maju kedepan lu nampak. Lu nampak matlamat lu, dah nampak baru lu boleh mengorak rancang mencapainya."
"........"
*Puff* Brader Jon hilang lagi.
Terkebil-kebil Karim sendirian.

Rabu, 18 April 2012
Sesi Falsafah Bersama Brader Jon
Lu orang tak kenal Brader Jon. Bagi Karim, Brader Jon ni umpama seorang ahli fiqir yang zuhud dan tawaduk umpama padi resminya. "Lagi tunduk bila berisi". Bukan senang lu orang nak jumpa insan macam gitu gayanya. Lu orang bayangkanlah, berapa senang lu orang ingat orang berisi nak menunduk sebelum perut menyendal menyekat pergerakan. Brader Jon ni, kadang-kadang muncul tak tentu pasal, entah bila-bila beliau boleh terpacul kat sebelah Karim, magik orangnya.
"Wassup bro, lu rasa lu hidup ke sekarang ni?" Brader Jon tanya Karim.
Karim diam.
"Hidup ni bro, paradoks." Kata beliau.
Karim angguk, tak faham. Tinggi bahasanya tu.
Karim tengok kiri kanan. Macam biasa, tanpa petanda Brader Jon dah tak ada.
Yang tinggal hanya Karim keseorangan di platform keretapi menanti tren yang seterusnya bersama hiruk-pikuk orang keramaian.

Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...