Lu orang tak kenal Brader Jon. Bagi Karim, Brader Jon ni umpama seorang ahli fiqir yang zuhud dan tawaduk umpama padi resminya. "Lagi tunduk bila berisi". Bukan senang lu orang nak jumpa insan macam gitu gayanya. Lu orang bayangkanlah, berapa senang lu orang ingat orang berisi nak menunduk sebelum perut menyendal menyekat pergerakan. Brader Jon ni, kadang-kadang muncul tak tentu pasal, entah bila-bila beliau boleh terpacul kat sebelah Karim, magik orangnya.
"Wassup bro, lu rasa lu hidup ke sekarang ni?" Brader Jon tanya Karim.
Karim diam.
"Hidup ni bro, paradoks." Kata beliau.
Karim angguk, tak faham. Tinggi bahasanya tu.
Karim tengok kiri kanan. Macam biasa, tanpa petanda Brader Jon dah tak ada.
Yang tinggal hanya Karim keseorangan di platform keretapi menanti tren yang seterusnya bersama hiruk-pikuk orang keramaian.
Rabu, 18 April 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kepada Awan, Boleh tak kau sorokkan Sang Matahari. Yang sering kali membakar epidermis kulit. Mendidihkan sel-sel otak. Dan menggelapkan hat...
-
"Assalamualaikum, Angah mak dah balik ni." Mama buka pintu rumah sambil letak kunci atas rak kasut tepi pintu itu. Tangannya yang ...
-
Langkah perilaku kau terlalu kontradiksi, Jauh menyimpang dari keinginan isi hati, Kau sengaja lari tak mahu menoleh sang realiti. Botol ter...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan