Isnin, 26 Februari 2018

Jangan Pernah Menyerah

Di dalam kehidupan ini, 
Yang kita dapat, tidak semestinya yang kita mahu.
Yang kita mahu, tidak mestinya yang kita perlu.

Paling penting,
Jangan pernah berhenti mencuba.
Memberi yang terbaik sehabis-habis daya.

Moga di akhirnya,
Peroleh kita yang terpaling layaknya.
Selaras dengan daya usaha yang dicurahnya.

---------------------------------------------------------

Lena malam berteman senyuman

Jumaat, 23 Februari 2018

Lepak Geng Lapo: Sakit Perut

Seperti biasa, waktu makan tengahari Geng Lapo akan berkumpul. Dan acap kali juga terganggu dengan invitation meeting di waktu makan tengahari oleh mana-mana ahli menyebabkan ke semua kami terpaksa balik ofis awal. Kali ini Abe di invite bos beliau untuk masuk meeting awal. Hilmi bertegas suruh Abe minta bos beliau bagi pelepasan untuk meeting kali ni.

Abe: Hahaha. Ni aku hantar mesej, tanya dia. Tunggulah dia reply.

Hilmi: Camni, kau bagitaulah Chris kau sakit perut, takleh masuk meeting, senang cerita.

Abe: Tak nak, nanti sakit perut betul-betul, kifarah Allh. Naye aku.

Hilmi: Ala, kau cubitlah perut kau sikit, jadilah betul-betul sakit perut tu.

Berdekahlah kami beramai-ramai menikmati punchline si Hilmi ni, nasib tak ada yang tersembur air je tadi. Tapi secara teknikalnya, ada benarnya kata Hilmi tu. Sakit juga kena cubit perut.

Khamis, 22 Februari 2018

22 Februari

22 Februari, hari yang sama di tahun 2014. Kira-kira 4 tahun yang sudah. Dua wanita yang paling aku kasih ini, memahat janji. Janji yang diikat rapi berbekal cincin dijari, sebagai bukti.

---------------------------------

Bukan apa, saja.
Teringat

Rabu, 21 Februari 2018

Lepak Geng Lapo: Jiwa Merdeka

Satu situasi yang biasa di tengahari yang terik, di sebuah kedai makan tepi jalan. Menjadi rutin kami merangkap Geng Lapo untuk keluar makan tengahari secara berjemaah. Hajat Abe nak makan cepat sikit sebab sekejap nanti dia ada meeting dengan bos dia, Chris, yang juga merangkap seorang mat saleh berasal dari UK tapi tak layan EPL. Kami ni malas nak bergegas sangat, masa makan tengahari adalah ruang escapism buat kami dari hiruk pikuk realiti alam perkerjaan. Berikut adalah cubaan Hilmi menghasut Abe untuk mengkhianati bos dia supaya tak payah masuk meeting tersebut.

Hilmi: Abe, tak payahlah masuk meeting tu.

Abe: Tak boleh, Chris dah send invitation dah ni.

Hilmi: Chris tu mat saleh kan? Sampai bila kau nak dijajah?

Catatan Popular