Jumaat, 12 April 2019

Cuti-Cuti Malaysia: The Orchard Wellness and Health Resort, Lubok China Melaka

Santuari Mewah Dalam Kebun


Bersempena ulangtahun perkahwinan kami ke 4, dan hari lahir cik isteri. Kami sekeluarga bercuti di The Orchard Wellness and Health Resort. Letaknya di Lubok China, Melaka. Dengan pemanduan dalam 2 jam dari Shah Alam. Setelah melalui perkampungan tradisional melayu kira-kira 10-15 minit dari lebuhraya, kami tiba di resort ini yang agak kedalam dan terpencil, dan jauh dari bandar Melaka dan tarikan pelancongan disana.

Masuk sahaja ke resort ini  pengunjung dapat rasa ekslusiviti penginapan ini. Semua staf sangat mesra dan dari pengawal keselamatan, bellboy, receptionist, dan lain-lain kelihatan sangat terlatih. Konsep penginapan disini adalah resort mewah di dalam kebun buah-buahan, agak unik dan jarang kita dapat lihat konsep begini. Harga bilik kami dapat dari booking.com untuk bilik Deluxe King Room sangat berbaloi dengan kemudahan dan keselesaan yang disediakan.

The Orchad Wellness and Health Resort

Check-in/Check-out: Proses check-in yang lancar, dari kami masuk pintu hingga ke pintu bilik tak sampai 10 minit. Parkir saja kereta, kami disambut mesra, beg diangkat, kemudian masuk ke pintu lobi, dihidang pula welcome drink dan tuala basah untuk menyegarkan diri. 

Bilik: Dengan hiasan sempena harijadi mama Ayra Sofea, keluasan bilik dan bau bilik yang wangi dan menyegarkan. Katil yang luas (muat untuk 2 orang dewasa dan seketul Ayra Sofea berguling-guling) dengan hiasan mewah ala di raja. Bilik air pula lebih luas dari ruang bilik, dan design bilik airnya mengamit suasana romantik dengan pencahayaan dan mainan melodi muzik klasik dari corong speaker di dalam bilik air.

Happy birthday mama Ayra Sofea!
Mama dan Ayra Sofea
Design bilik air yang romantis

Model menangis lak
Santapan: Untuk sarapan pagi, hari kedua penginapan kami cuma ada kami dan satu pasangan lain disitu, mungkin sebab semalamnya itu hari Jumaat, jadi tak ada tetamu sangat. Jadi tak ada buffet untuk sarapan pagi itu, tapi sarapannya lebih ekslusif hanya untuk kami. Ayra Sofea pun dapat bubur khas dari chef. Hari kedua ada buffet, kerana pagi ahad nampak ramai tetamu yang check-in hari sebelumnya. Makanan, dari segi rasa, sedap. Cuma dari segi variasi kurang, mungkin sebab tak ramai tetamu. Menu untuk makan malam kami order room-service, sama juga, menunya tak banyak pilihan jadi kami order apa yang ada saja.

Sarapan hari pertama: Mixed Omelete dengan side dish
Tengah: Dinner nasi goreng tomyam je
Kiri kanan: Sarapan hari kedua
Fasiliti: Jika memilih bilik jenis villa, ada yang disediakan kolam renang indoor. Mengikut kata receiptionist, di sini yang best adalah spa nya, tapi kami bukan kaki spa, jadi tak cuba pun. Selain itu, yang menarik disini ada perpustakaan dan kebun buah (yang mana jarang resort lain ada), kemudahan lain seperti biasa ada swimming pool, jacuzzi, sauna, gym. Restorannya pula mengadap sangkar burung dan arnab disebalik cermin kaca, sambil makan tu dapat juga merapatkan lagi kita dengan alam semulajadi.

Perpustakaan mini dan model mini
Ayra Sofea dan arnab-arnab
Sangkar burung love bird, view dari restoran
Model kolam renang, tak bawa baju renang dengan pelampung lak

Keseluruhannya, jika anda mencari santuari untuk menyegarkan otak dari asap kotaraya dan kesibukan kerja, disinilah tempat dia. Dikelilingi kehijauan dedaunan dan atmosfera desa, hilang kejap segala stress dan pening kepala. Namun, jika anda nak pusing-pusing Melaka, elok cari hotel/resort lain, sebab tempat-tempat menarik Melaka semua jauh dari sini.


Catatan Popular