Jumaat, 31 Januari 2020

Ayra Sofea: Menjaga Anak Chicken Pox

Menjelang awal tahun baru 2020 kira-kira sebulan lalu, Ayra Sofea disahkan doktor positif chicken pox (cacar air) selepas kami bawa ke klinik susulan timbul bintik-bintik merah (walaupun tiada demam). Kami syak begitu kerana minggu sebelumnya ada kes 3 budak disyaki chicken pox di sekolah Ayra Sofea. Doktor arahkan untuk kuarantin Ayra Sofea di rumah selama 14 hari. Dan doktor bekalkan ubat tahan gatal (calamine) dan ubat demam (paracetamol).

Muka kesian

Daun Semambu

Rupa bentuk daun semambu (sumber: google)
Sebelum ini, aku tak pernah kenal pun daun semambu ini. Rata-rata orang yang aku tanya cara merawat chicken pox ini (doktor, mak, kakak, kawan), semua beri tips yang sama. Daun Semambu, Mak cakap cari daunnya yang licin, jangan yang kasar, basuh bersih sebelum guna. dan ada beberapa cara untuk mengaplikasikan daun semambu (dari sumber berbeza), antaranya:

1. Lenyek-lenyek daun tu sampai lumat macam pes dan tempek saja di tempat yang ruam (sumber: doktor)
2. Lenyek daun dan gaul bersama bedak sejuk dan tempek satu badan. (sumber: mak aku)
3. Rebus daun yang diramas hancur dan mandikan air itu pada pesakit. (sumber: akak aku)

Nasib baik dekat rumah mak ada pokok semambu ni (ada orang panggil pokok bambu). Jadi tak adalah pening kepala nak cari. Tips untuk hilangkan parut pula gunakan aloe vera dan lumur satu badan. Tapi kami cari krim aloe vera saja, senang. Lagi pun jika kena chicken pox ketika bayi parutnya lama-kelamaan akan hilang.

Terdapat juga mandian dan losyen daun semambu (cari neems bath/lotion) yang dijual di farmasi yang juga boleh digunakan kalau tak jumpa pokoknya.

Chicken Pox (cacar air) vs Measles (demam campak)
Ibu bapa harus peka membezakan keduanya ini. Walau simptomnya seakan sama tapi keduanya berpunca dari virus berbeza. Doktor cakap measles ni lagi bahaya, dan antara vaksin MMR yang wajib dari kerajaan adalah untuk melawan penyakit ini. Manakala chicken pox asal dari virus varicella dan mudah dirawat dengan rehat dan nutrisi yang cukup, badan kita akan membina imunisasi sendiri, jika menyusu badan, imunisasi dari susu ibu juga banyak membantu.

Tanggungjawab
Peranan ibubapa dan penjaga amat penting demi mengelakkan chicken pox (atau penyakit berjangkit lain seperti measles,influenza, HFMD, coronavirus, etc) dari berjangkit. Pengambilan vaksin wajib dan vaksin tambahan telah dibuktikan sains dan sejarah berkesan mengawal penyakit-penyakit ini. Kuarantin perlulah disiplin dan perlu mendapat pengesahan doktor sebelum boleh menghantar anak kesekolah kembali. Pihak sekolah juga harus peka dan pantas mengambil tindakan jika mengesan mana-mana simptom chicken pox ini dengan menghubungi penjaga dan mengasingkan kanak-kanak sementara menunggu penjaga mengambilnya.


Khamis, 23 Januari 2020

Buku: Around the World in 50 Years: My Adventure in Every Country on Earth

Aku pernah impikan untuk menjejak kaki keserata negara di atas Bumi ini, namun impian itu kian hari kian pudar dan terus hilang diikat pelbagai alasan yang boleh aku fikirkan. Begitu pun, lelaki Yahudi ini, Albert Podell antara yang beruntung, antara manusia yang berjaya mengecapi impian itu.

Nukilan si Albert di tulis dengan baik, membawa kita melalui onak dan duri yang beliau lalui sepanjang pengembaraan beliau sepanjang 50 tahun bermula dari kali pertama beliau keluar dari negara beliau sendiri, iaitu Amerika. Pelbagai ranjau dilalui seperti dikejar haiwan liar, serangan ketam terbang, beberapa kali hampir lemas, melalui jalan paling merbahaya didunia, merentas Sahara, berdepan pencuri, perompak, penyeluk saku, penguasa korup, pelbagai ancaman penyakit seperti malaria, ebola, AIDS, acap juga perjalanan tersekat kerana perperangan, dan macam-macam lagi. Tak lupa juga bertemu dengan pelbagai kerenah manusia, yang baik atau sebaliknya.

Pendapat peribadi aku, aku lebih gemarkan pada tika bab-bab awal buku ini, berbanding bab penghujungnya. Kerana diawal itu adalah pengembaraan Albert diwaktu muda beliau, ketika beliau dahagakan cabaran, lebih berani, lebih terbuka, dan juga tika beliau ke negara-negara aman dan punyai daya tarikan. Setelah 30 tahun puas mengembara dan kembali dari ekspedisi memandu mengelilingi Bumi, barulah beliau mula memasang azam untuk menjejak kali ke semua negara (pada ketika itu beliau sudah menjejak ke 2/3 dari negara-negara yang wujud), sejak dari itu pengembaraan beliau dilihat sedikit membosankan, seakan terpaksa atau dipaksa, untuk terbang ke negara-negara yang bergolak dengan perang, pulau yang hampir tenggelam kerna pemanasan global, negara yang terlalu kecil hinggakan tiada kemudaan apa disitu, negara yang baru wujud atau baru terpisah kepada beberapa negara, ada yang terlalu terpencil hingga terlalu sukar untuk memasukinya, ada pula yang terlalu sukar untuk masuk secara legal kerana tidak mengeluarkan visa dan dari pembacaan aku dapat rasa yang Albert tidak mahu berada disitu. Beliau tidak lagi seperti waktu muda remaja dan lebih gemar mencari jalan selamat dan mengelakkan konflik, pemikiran juga semakin tertutup dan mudah tersinggung, maklumlah orang tua.

Bagaimanapun, ini adalah buku yang aku akan sarankan buat mereka yang gemarkan pengembaraan.

Catatan Popular