Ahad, 14 Ogos 2022

Explorasi Geng Lapo: Revisit Lata Makau, Kuala Kubu Bharu

Dua tahun geng, dua tahun gap masa explorasi kali ni dengan pengembaraan terakhir aku dengan Geng Lapo ni, last trip dulu betul-betul sebelum lockdown, tahun lepas ada trip gak, tapi aku tak join sebab kena kuarantin. Nak tak nak, pengembaraan kali ni kena kasi jadi gak.

Lepas plan punya plan, ketua pengakap kita, Ahmad Sayuti memutuskan untuk repeat balik ke Lata Makau, Kuala Kubu Bharu (boleh refer last trip punya cerita kat sini). Date pun dah set, research balik tengok rupanya sekarang nak masuk Lata Makau ni dah kena minta permit. Sebagai rakyat Malaysia yang berpegang teguh pada rukun negara, serta memupuk penuh nilau keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, aku usahakan jugalah untuk mohon permit ni.

Hasil kajian aku di Google, jumpalah juga cara memohon permit memasuki Hutan Simpan Kekal di Selangor ni (klik sini). Kena isi borang geng, pastu kena bayar RM5 satu kepala kat Jabatan Perhutanan, tapi yang jem nye dorang tak terima online transfer, betapa punya kuno sistem dia, kena bayor cash (satu kerja nak travel ke pejabat perhutanan daerah semata-mata nak bayar RM5), tak pun pakai wang pos atau bank draft. Dah lah kena mohon 7 hari sebelum tarikh trip tu, nasiblah borang tu boleh download online (kat sini), lepas boleh email kat diorang dulu (contact di sini).

Siap mohon dan bayar, bawa salinan tu mendaftar kat balai bolis berhampiran tempat korang nak pergi tu pada hari kejadian. Setel.

Seperti biasa, tak sah satu-satu pengembaraan tu kalau takde member yang wat hal, cancel tak jadi ikut. Dari berlapan, tinggal berenam, Hazim dan Aizat cancel. Aku kata kita redah je la, walaupun ketua pengakap dah goyang sebab chef Hazim tak ada, maksudnya tak adalah kambing bakar. Kalau postpone lagi, confirm tak jadi nanti. 

Hari kejadian, aku kena sidai dekat sejam kat rendezvous yang dijanjikan kat Shah Alam. Ikut itenari 6 pagi semua dah ada situ solat Subuh sama-sama. Sudahnya dekat 7am baru nampak batang hidung. 4 orang jumpa kat situ, lagi 2 orang jumpa tengah jalan, pun kena sidai. Dengan jalan jem,  ada kereta terbakor la, ada roadblock la. Tapi kita kena cekal, dalam hidup ni kalau kau tak cekal kau bakal kena tinggal. 

Bila lapor, kita kena makan,  simple je hidup ni. Jadi Geng Lapo pun singgah breakfast kat Bukit Beruntung, sambil tu tapau bekalan untuk pengembaraan nanti sekali, sebab tak ada chef, nampak gaya Geng Lapo kali ni perlu berpuas hati membantai roti canai dengan nasi lemak je kat atas air terjun nanti. Steady asal jadi. 

Bukan main lewat lagi kita sampai di tapak kem Sungai Pertak, matahari dah tinggi dalam jam 10 pagi macam tu. Pendakian pun bermula. Sebabkan ego dan bongkak, kita tak baca pun blog yang lepas. Dengan palatao nye ketua pengakap kita cakap 4km je hiking ni, so ahli baru macam Fadzli (Abam Sado) dan Lan (Hiker yang sebenar) pun percayalah dakwaan tersebut, Oyed yang pernah pergi dulu pun percaya gak dengan harapan konon nak pengembaraan yang easy and relax. Sekali nah 15km pergi dan balik. 

Oyed dah menyumpah-nyumpah dah. 2 pasang kasut Oyed telah terkorban tapaknya (satu pinjam dari Lan, hiker professional). Lan ni baru join kitorang first time, tapi memang pro lah, memang kaki hiking (sdn bhd), inventori dalam beg semua lengkap (tali, ubat-ubatan, etc), tak macam kitorang yang acah gempak tapi dalam beg penuh jajan je, lepas tu dia punya fitness pun tiptop, tak macam Ahmad dan Oyed, kaput bai. 

Trail kat dalam hutan ni pun dah berubah-rubah, berbeza dengan kali terakhir kitorang datang dulu, pokok tumbang, tanah runtuh, air pasang, semua merubah muka bentuk tanah dan sekaligus mengubah trail tu sendiri. Tapi, bagi aku trail ke Latar Makau ni masih ok lah, boleh kata tak berapa memacak sangat lah, siap ada orang buat trail run lagi. Lebih kurang intermediate level macam tu. 

2 jam naik, 2 jam melantak dan mandi manda, 2 jam turun. Air kat Lata Makau ni kemain sejuk lagi sampai kejang-kejang kaki weh, macam mandi ais rasa dia. Lepas kedalaman dia pun berubah, dulu dalam semeter lebih je (paras dada camtu), sekarang dah lagi dalam, 2 meter lebih macam tu. Ahmad kata ni fenomena biasa kat air terjun, sebab bila hujan dan air deras,  dia akan bawa batu-batu dan pasir-pasir kat atas ni ke bawah. Tak tau la dia ikut palatao dia ke atau memang fakta, tapi aku nampak logik gak argumen dia tu. 

Kena sidai subuh subuh

Kereta terbakar pulak, harap bertabahlah mangsa kejadian

Oyed order roti canai cicah gula, tapi tak dapat, aku syak brader ni cancel order dia

Orang nak bergambor, dia sibuk nak photobomb

Mencari bekalan

KKB, pekan art berat

Tempat Ahmad Fahmi, peserta ke6 disidai

Parking disediakan, RM5 per entry

Fadzli, penangan melayan Mat Kilau la ni

"Sikit je lagi, nak sampai dah", ayat standard penunjuk arah

Hutan buluh, acah shot art berat

Kesan tanah runtuh, trail pun berubah

Trail memang dijaga baik, siap ada signboard

Time ni makan daun kering pun sedap

Posing biar gempak

Air sini bukan main sejuk, muka masing-masing tahan ketor

Goyang beb, last time mandi sini air dalam semeter lebih, kali ni kemain dalam pulak

Kasi letak gambar flora dan fauna sikit

Setel


2 ulasan:

akak berkata...

kau pandai berenang ke?

Aizuddin Jaafar berkata...

boleh je

Catatan Popular