Sabtu, 25 Februari 2023

Explorasi Geng Lapo: Ke Lata Medang (Tak Sesat), Kuala Kubu Bharu

Andai kata ada pengikut setia (eceh) eksplorasi Geng Lapo, kami mohon maaflah kerana lama tiada khabar berita, sebab kami ni perancangan tu memang ada, tapi yang lebihnya bersembang, jadinya kadang-kadang.

2 Mac 2020, Geng Lapo pernah bercadang nak mendaki ke Lata Medang, tapi tersesat ke Lubuk Makau (nasib tak sesat sampai Gua Musang). Boleh baca kisahnya di SINI

Begitupun, ada percubaan kedua ke Lata Medang ni sekitar tahun 2021. Namun aku selaku pengarang tidak turut serta jadi tiadalah entry untuk itu. Cuma 5 ahli Geng Lapo yang menyertainya. Dengar cerita havoc juga trip yang itu.

11 Feb 2023, percubaan kali 3 Geng Lapo ke Lata Medang. Kali ini dengan penglibatan yang lebih meriah berbanding pengembaraan-pengembaraan yang sudah. Bagi membuka cerita, adalah lebih elok jika aku perkenalkan serba sedikit peserta untuk trip kali ini.

Ahmad @ Ketua Pengakap
- Bertanggungjawab merangka jalan kerja untuk ekspedisi ini
- Berkebolehan berenang umpama dugong

Aizat @ Ex-scammer
- Admin group whatsapp yang bertanggungjawab
memadam post-post yang tak berkualiti
- Punya bekalan quote dan perumpamaan yang
 tak berpenghujung

Tn. Farid @ Oyed
- Jejaka alpha (acah) yang mementingkan gaya
- Anak jati USA yang makan roti canai cicah gula

Hazim @ Chef
- Pemegang rahsia resepi kambing perap bertaraf dunia
- Pelari marathon yang sebenar

Lan @ The Legend
- Otai perhutanan yang sebenar
- Pembekal keperluan barang hiking sebab
 yang lain takleh harap 

Fadzli @ Gymbro
- Terkenal dengan tagline 'nilai murni tak ada limit'
- Jejaka idaman makcik-makcik

Shahir @ Abe @ Chick Magnet
- Pembaca tegar manga
- Berbakat semulajadi dalam bidang mendelegasi kerja
- Hero gadis-gadis

Ahmad Fahmi @ Pawang Api
- Tukang hidup api professional 
- Atlit tak rasmi merangkum ikon sukan Geng Lapo

Hakeem - Watak Baru
- Mudah terhibur walau dengan punchlince hambar
- Kembali ke habitat bila didalam air terjun

Bak kata pepatah, 'hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Walaupun tiada kaitan dengan explorasi ini, tapi sengaja aku nak selitkan. Belajar dari kesilapan lalu, kami mengubah percaturan bagi mengelakkan member tersidai dan juga pengembaraan bermula terlalu lewat, kami mula bergerak keluar dari rumah masing kira-kira 4.30 pagi dan berjumpa terus di Masjid KKB pada waktu subuh. Usai solat barulah kami bergerak mencari sesuap sarapan buat melapik kelaparan.

Lepak sarapan, kedai art berat depan pasar KKB

Setel hantar permit

Starting point, kita buat sampai jadi

Syetel makan, kami hantar permit ke balai polis KKB kemudian bergerak terus ke Sungai Pertak, Antara kos yang perlu diambil kira adalah kos permit - RM5 sekepala, masuk Sungai Pertak - RM1 sekepala, masuk parking dalam - RM5 sekereta (optional). Kemudian kami mendaki masuk sedikit dan pasang kem di Lata Jebus, berjumpa dengan tuan tanah dan setelkan mana yang patut. Kos masuk RM3 per kepala, dan RM20 per khemah kecil, RM35 untuk khemah besar.

Upacara penaikan khemah

Ada yang function ada yang 'macam' function

Pendakian ke Lata Medang bermula jam 8 pagi, trail dia ni kira intermediate lah, tak jauh sangat cuma agak memacak (berita buruk buat mereka yang lutut kaput). Kerana malas nak menaip jalan detail trail ke sana, korang boleh baca di SINI. Jam 11 kami sampai di Lata Medang, jadi lambat sebab berhenti lama di Lubuk Mecu sambil menunggu mereka-mereka yang terkebelakang (golongan kaput), biasa dalam 2 jam patut dah boleh sampai. 

Epik air terjun dia weh
Siap tapau teh O panas
Dulu semua Geng Lapo sado gini la
Air terjun dia MashaAllah cantik, nak dijadikan cerita, aku memang tak sabar nak masuk mandi, sampai terlupa buka spec sebelum masuk, sudahnya hanyut kena sapu dengan air terjun tu. Air nya boleh tahan deras dengan kolam yang kecil, aku memang tak berharap dapat jumpa dah. Tapi mengenangkan aku yang drive balik nanti, usahakan juga lah mencari tu, atas usahasama rakan-rakan, jumpa gak spec tu. Ibarat mencari jarum dalam semak, hero kita Abg Lan @ Otai Perhutanan yang jumpa. Nampak beza ilmu dia tu dengan kami yang lain.
Sebelum, semasa, dan selepas kejadian
Usaha pencarian spec sedang berlangsung

Dalam sejam mandi-manda (sambil mencari spec), kira-kira 1 lebih kami gerak turun kembali ke Latar Jebus. Dalam jam 3 petang sampai. Upacara pembakaran barbeque pun dimulakan, seperti biasa dirasmikan oleh pawang api kita Ahmad Fahmi. 

Upacara pembakaran kambing sedap kebabom
Tengok cara susunan tu pun memang art dah
Lepas makan sambung berendam kat Latar Jebus, lepas tu sambung makan balik, kira-kira jam 4 lebih, hujan renyai-renyai turun, dan kami pun beransurlah turun selepas selesai mengemas tapak kem.
Berendam lagi
Selesai, till next time
Lata Jebus


Rabu, 15 Februari 2023

Cuti-Cuti Malaysia: Trip ke Langkawi

Day 1 (12 Januari 2023): Percutian kami bermula dengan penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK). Setelah tiba, kami menyewa kereta Axia untuk 3 hari dua malam dengan harga RM190, senang untuk pusing satu pulau.

Destinasi pertama, kami melawat Crocodile Adventure Park Langkawi. Taman ini bukan sahaja mempunyai buaya, tetapi juga pelbagai haiwan lain. Yang paling best, pertunjukan dinosaurnya. Harga tiket masuk adalah seperti berikut:

  • Dewasa: RM36
  • Kanak-kanak: RM25

Kerana melayan Waknat TV, kami pun pergi cari kedai makan yang diorang makan, makan tengahari di Laksa Ikan Sekoq yang terletak berhampiran lapangan terbang dan Peneram Kak Yan yang terletak berhampiran Jambatan Kuala Muda. 

Seterusnya, kami check-in di Myrus Hotel dalam RM350 satu malam. Hotel butik ini mesra kanak-kanak dengan reka bentuk igloo yang unik dan pelbagai tema seperti dinosaur dan kartun. Hotel ini juga menyediakan kolam renang kanak-kanak dengan mini taman air serta game room untuk khas untuk kanak-kanak. Anak-anak kami sangat gembira dengan kemudahan yang disediakan.

Day 2 (13 Januari 2023): Pagi tu kami mandi kolam dan mini waterpark di Myrus Hotel puas-puas sebelum kami check-out. Selepas check-out, kami menuju ke Underwater World Langkawi. Di sini, anak-anak kami dapat mengenal pelbagai jenis ikan, anjing laut, penguin, dan banyak lagi. Harga tiket masuk adalah:

  • Dewasa: RM46
  • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM36

Kemudian kami membeli-belah coklat di Coco Valley yang hanya bersebelahan dengan Underwater World, ini merupakan zon bebas cukai dan menawarkan pelbagai pilihan coklat, pinggan mangkuk, sudu garfu,  dengan harga yang berpatutan.

Makan tengahari sepatutnya kami mahu ke Restoran Nasi Campur Kak Yan (juga destinasi makan-makan Waknat TV) tapi malangnya hari tu kedai nya tutup, jadi kami google lah kedai berdekatan, sudahnya kami ke Pia The Paddy, sebuah restoran yang dengan pemandangan sawah padi yang tenang serta hidangan tempatan yang lazat.

Seusai kenyang, kami check-in di Camar Resort, harga satu malam RM400. Resort ini terletak di tepi pantai. Pantainya pantai private, tak sesesak Pantai awam lain seperti Chenang, tenang dan tapi ada juga ejen menawarkan pelbagai aktiviti air seperti island hopping, parasailing, dan banana boat.

Pada malamnya, kami menikmati makan malam di Pantai Chenang yang meriah dengan pelbagai pertunjukan seperti fire show dan street show dengan kostum hero seperti Batman, Spiderman, dan Transformers.

Day 3 (14 Januari 2023): Kami memulakan hari dengan sarapan di Roti Canai Penarak, pun penangan Waknat TV. Kami kemudian melawat Dataran Lang untuk bergambar dengan tugu ikon Langkawi yang terkenal.

Destinasi terakhir kami ialah SkyBridge Langkawi dan Cable Car. Disini ada pelbagai combo, ada yang cuma untuk cable car, ada yang sekali dengan tarikan lain.

Harga Tiket SkyCab Langkawi

Untuk Warganegara Malaysia:

  • Dewasa: RM43
  • Kanak-kanak: RM33

Untuk Bukan Warganegara:

  • Dewasa: RM85
  • Kanak-kanak: RM65

Tiket Lorong Ekspres (Untuk Warganegara Malaysia):

  • Dewasa: RM93
  • Kanak-kanak: RM83

Tiket Lorong Ekspres (Untuk Bukan Warganegara):

  • Dewasa: RM135
  • Kanak-kanak: RM115

Harga ini termasuk akses ke perjalanan kereta kabel yang membawa pelawat ke puncak Gunung Mat Cincang, dari mana mereka boleh mengakses SkyBridge.

Yuran Tambahan SkyBridge Langkawi

  • Akses SkyBridge: RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak (jika diakses melalui jalan kaki dari stesen atas).
  • SkyGlide (Lif ke SkyBridge): RM16 dewasa, RM11 kanak-kanak

Pakej Kombo

Pakej kombo menyediakan akses ke pelbagai tarikan pada kadar diskaun. Harga pakej kombo adalah seperti berikut:

Untuk Warganegara Malaysia:

  • Kombo 1 (SkyCab + 3D Art Langkawi + SkyDome + SkyRex): RM43 untuk dewasa dan RM33 untuk kanak-kanak
  • Kombo 2 (SkyCab + 3D Art Langkawi + SkyDome + SkyRex + SkyBridge): RM61 untuk dewasa dan RM51 untuk kanak-kanak

Untuk Bukan Warganegara:

  • Kombo 1 (SkyCab + 3D Art Langkawi + SkyDome + SkyRex): RM85 untuk dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak
  • Kombo 2 (SkyCab + 3D Art Langkawi + SkyDome + SkyRex + SkyBridge): RM115 untuk dewasa dan RM95 untuk kanak-kanak

SkyBridge Langkawi adalah salah satu tarikan utama di Langkawi yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari jambatan kabel yang tergantung dari Gunung Mat Cincang

Percutian tiga hari dua malam di Langkawi ini penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan dan mendidik untuk anak-anak kami. Dari Crocodile Adventure Park hingga Underwater World, dan pengalaman hebat di SkyBridge serta Cable Car, semuanya menjadikan percutian ini sangat berbaloi dan penuh kenangan manis.

Langkawi memang destinasi yang sempurna untuk percutian keluarga dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Catatan Popular