Day 1 (12 Januari 2023): Percutian kami bermula dengan penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK). Setelah tiba, kami menyewa kereta Axia untuk 3 hari dua malam dengan harga RM190, senang untuk pusing satu pulau.
Destinasi pertama, kami melawat Crocodile Adventure Park Langkawi. Taman ini bukan sahaja mempunyai buaya, tetapi juga pelbagai haiwan lain. Yang paling best, pertunjukan dinosaurnya. Harga tiket masuk adalah seperti berikut:
- Dewasa: RM36
- Kanak-kanak: RM25
Kerana melayan Waknat TV, kami pun pergi cari kedai makan yang diorang makan, makan tengahari di Laksa Ikan Sekoq yang terletak berhampiran lapangan terbang dan Peneram Kak Yan yang terletak berhampiran Jambatan Kuala Muda.
Seterusnya, kami check-in di Myrus Hotel dalam RM350 satu malam. Hotel butik ini mesra kanak-kanak dengan reka bentuk igloo yang unik dan pelbagai tema seperti dinosaur dan kartun. Hotel ini juga menyediakan kolam renang kanak-kanak dengan mini taman air serta game room untuk khas untuk kanak-kanak. Anak-anak kami sangat gembira dengan kemudahan yang disediakan.
Day 2 (13 Januari 2023): Pagi tu kami mandi kolam dan mini waterpark di Myrus Hotel puas-puas sebelum kami check-out. Selepas check-out, kami menuju ke Underwater World Langkawi. Di sini, anak-anak kami dapat mengenal pelbagai jenis ikan, anjing laut, penguin, dan banyak lagi. Harga tiket masuk adalah:
- Dewasa: RM46
- Kanak-kanak (3-12 tahun): RM36
Kemudian kami membeli-belah coklat di Coco Valley yang hanya bersebelahan dengan Underwater World, ini merupakan zon bebas cukai dan menawarkan pelbagai pilihan coklat, pinggan mangkuk, sudu garfu, dengan harga yang berpatutan.
Makan tengahari sepatutnya kami mahu ke Restoran Nasi Campur Kak Yan (juga destinasi makan-makan Waknat TV) tapi malangnya hari tu kedai nya tutup, jadi kami google lah kedai berdekatan, sudahnya kami ke Pia The Paddy, sebuah restoran yang dengan pemandangan sawah padi yang tenang serta hidangan tempatan yang lazat.
Seusai kenyang, kami check-in di Camar Resort, harga satu malam RM400. Resort ini terletak di tepi pantai. Pantainya pantai private, tak sesesak Pantai awam lain seperti Chenang, tenang dan tapi ada juga ejen menawarkan pelbagai aktiviti air seperti island hopping, parasailing, dan banana boat.
Pada malamnya, kami menikmati makan malam di Pantai Chenang yang meriah dengan pelbagai pertunjukan seperti fire show dan street show dengan kostum hero seperti Batman, Spiderman, dan Transformers.
Day 3 (14 Januari 2023): Kami memulakan hari dengan sarapan di Roti Canai Penarak, pun penangan Waknat TV. Kami kemudian melawat Dataran Lang untuk bergambar dengan tugu ikon Langkawi yang terkenal.
Destinasi terakhir kami ialah SkyBridge Langkawi dan Cable Car. Disini ada pelbagai combo, ada yang cuma untuk cable car, ada yang sekali dengan tarikan lain.
Harga Tiket SkyCab Langkawi
Untuk Warganegara Malaysia:
- Dewasa: RM43
- Kanak-kanak: RM33
Untuk Bukan Warganegara:
- Dewasa: RM85
- Kanak-kanak: RM65
Tiket Lorong Ekspres (Untuk Warganegara Malaysia):
- Dewasa: RM93
- Kanak-kanak: RM83
Tiket Lorong Ekspres (Untuk Bukan Warganegara):
- Dewasa: RM135
- Kanak-kanak: RM115
Harga ini termasuk akses ke perjalanan kereta kabel yang membawa pelawat ke puncak Gunung Mat Cincang, dari mana mereka boleh mengakses SkyBridge.
Yuran Tambahan SkyBridge Langkawi
- Akses SkyBridge: RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak (jika diakses melalui jalan kaki dari stesen atas).
- SkyGlide (Lif ke SkyBridge): RM16 dewasa, RM11 kanak-kanak
Pakej Kombo
Pakej kombo menyediakan akses ke pelbagai tarikan pada kadar diskaun. Harga pakej kombo adalah seperti berikut:
Untuk Warganegara Malaysia:
- Kombo 1 (SkyCab + 3D Art Langkawi + SkyDome + SkyRex): RM43 untuk dewasa dan RM33 untuk kanak-kanak
- Kombo 2 (SkyCab + 3D Art Langkawi + SkyDome + SkyRex + SkyBridge): RM61 untuk dewasa dan RM51 untuk kanak-kanak
Untuk Bukan Warganegara:
- Kombo 1 (SkyCab + 3D Art Langkawi + SkyDome + SkyRex): RM85 untuk dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak
- Kombo 2 (SkyCab + 3D Art Langkawi + SkyDome + SkyRex + SkyBridge): RM115 untuk dewasa dan RM95 untuk kanak-kanak
SkyBridge Langkawi adalah salah satu tarikan utama di Langkawi yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari jambatan kabel yang tergantung dari Gunung Mat Cincang
Percutian tiga hari dua malam di Langkawi ini penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan dan mendidik untuk anak-anak kami. Dari Crocodile Adventure Park hingga Underwater World, dan pengalaman hebat di SkyBridge serta Cable Car, semuanya menjadikan percutian ini sangat berbaloi dan penuh kenangan manis.
Langkawi memang destinasi yang sempurna untuk percutian keluarga dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan