Isnin, 7 Ogos 2023

Eksplorasi Geng Lapo: Jeram Perlus, Hulu Langat

Pengembaraan Geng Lapo ke Jeram Perlus bergerak dengan kekuatan anggota seramai 10 orang, bagaimana pun ketidakhadiran ketua ekspedisi aka Abang Lan merangkap Pendaki Yang Sebenar pada last minit tidak mematahkan semangat Geng Lapo untuk hiking untuk kali ini.

Post hiking: Pacat kat sini tak boleh bawa bincang

Bagi mengisi perut, kami bersarapan di Restoran Nasi Dagang, Hulu Langat. Tapi kami sampai terlalu awal kerana makanannya tak sampai lagi. Ngam saja makanan sampai, beratur orang datang. Boleh tahan viral juga kedai ni. Ada menu seperti nasi dagang, nasi kerabu, laksam dan kuih-kuih.

Restoran masih kosong, kami dan kucing je kat sini

Muzakarah lepas masing-masing dah kenyang

Setel makan kami bergerak ke lokasi ekspedisi. Kena cari Kg. Orang Asli Sg. Gabai dan boleh parking dekat sana, tapi kena bayar RM10 untuk satu kereta. Tapi brader orang asli tu cakap kalau jumpa buah apa-apa dalam tu, durian ke, cempedak ke. ambil je la.

Peserta yang hadir

Jeram Perlus ni air terjunnya yang bersih dan terpencil, trail ini pergi balik dalam 12.9 kilometer. Boleh kata laluannya level moderate la, nak hike tu purata masa dalam 2-3 jam untuk setel. Laluan ini dibuka sepanjang tahun dan kena pakai permit RM5 sekepala. 

Ada satu spot kat peak boleh nampak view bukit bukau

Merentasi kebun orang asli

Geng otai jadi sweeper kat belakang

Ikutkan review Abang Lan aka Hiker Professional, pendakian ini kebanyakannya flat dengan hanya ada dua-tiga kali pacak saja. Walau bagaimanapun, ada bahagian denai yang di halang batang pokok tumbang atau tanah runtuh, menjadikannya mencabar untuk hike sebab jalannya melencong dari jalan asal. 

Setibanya di port air terjun, kami mula unpack. Rancangan asalnya kali ini kami tak bakor membakor BBQ dah. Nak main masak-masak lak kat atas tu, kami standby 2 dapur gas. Tapi bila check balik satu tin gas dah lesap, padahal masa dekat parking kereta nampak tin gas tu ada lagi masuk dekat beg Ahmad. (Misteri terungkai dalam gambar dibawah).

Kelihatan tangan ghaib dan tin gas yang hilang

View dari level bawah Jeram Perlus

Jeram Perlus - cetek je tapi air terjunnya tinggi

Dalam seronok makan-makan dan mandi manda, langit semakin gelap dan kami pun lekas-lekas berkemas. Ada makanan yang tak sempat makan terpaksa kami bungkus balik sebab kalau makan dalam hujan, memang jadi sup la gayanya.

Walau nampak bersepah tapi sedap woo

Sebelum hujan

Hantu air kembali ke habitat

Balik tu kami singgah di Masjud Ar-Rahman, Sg Lui dah masing-masing kira berapa banyak pacat yang dorang kena (refer gambar rajah 1st atas tu), tumpang bersihkan diri dan solat disini. Kemudian kami berhenti dinner di Restoran Sate Misman, Pekan Batu 18 sebelum masing-masing bersurai.


Sesi melantak post hiking

Terima kasih Jeram Perlus


Catatan Popular