Rizq. Pada apa-apa yang memberi manfaat kebaikan padamu.
Barkah. Pada manfaat kebaikan itu bertambah-tambah disetiapnya.
Dan janji Tuhan, pada mana-mana yang bersyukur, akan Dia tambah.
[29-1-2014, Masjid Tengku Ampuan Jamaah]
Jumaat, 14 Februari 2014
Rabu, 12 Februari 2014
1107 Hari
Dari sebutir biji benih yang kecil, tanpa apa. Ia berputik perlahan, mencambah dari sejuk lembabnya tanah. Dari hari ke hari. Datangnya ribut menggoncang, banjir basah menyimbah, petir guruh menyambar. Mahupun kemarau mengontang, kering tanah merekah, diserang ulat dan camar. Namun tetaplah ia mencambahkan bunga-bunga mekar mengharum, buah-buah manis meranum. Berpaksikan teguh akar yang kukuh menggali sedalam bumi mencari punca kasih hakiki. Utuhlah ia setia ke hari ini, ke-1107 hari.
Dan berdoa ia sendiri, agar Tuhan kuatkannya untuk bertahan, kehari-hari mendatang nanti.
Rabu, 5 Februari 2014
Lejen: Maju Terus Musika Malaya Kita
Setiap bait-bait rangka kata tulisan mereka buat aku mampu merasa. Puisi-puisi mereka sedang beratur dalam pemain senarai menanti dijamah halwa telinga.
- Mantera Beradu: Malique (ft. M.Nasir)
- Cerita Kedai Kopi: Malique (ft. Salam)
- Aku Maafkan Kamu: Malique (ft. Jamal Abdillah)
- Senyum: Malique (ft. Najwa)
- Cuba Lagi: Malique (ft. Lah)
- Perang Dah Tamat: Malique (ft. Rabbani)
- Alhamdulillah: Toophat (ft. Yassin)
- Gurindam Hutan Batu: MonoloQue
- Batu Belah Batu Konkrit: MonoloQue
- Tanah Air Ku Tanah Air Mu Jua: MonoloQue
- Chinta: MonoloQue
- Tiada Kata Secantik Bahasa: MonoloQue
- Inderaloka: MonoloQue
- Jika Aku Seorang Robot: MonoloQue
- Mati Hidup Kembali: Butterfingers
- Seribu Tahun Mahu Hidup: Butterfingers
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
6pm di suatu taman rekreasi dibandar Metropolintan, Clark Keng, seorang atlit kelihatan mengelap keringat di dahinya, bajunya lencun. Dia ba...
-
Malam tu gua tak boleh tidur. Yalah, Bila saudara mara ramai-ramai berkumpul tidur dikampung. Suasana malam tu sudah macam ada perang antara...
-
Karim termangu sendiri di hentian bas. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena hari ini akan berlaku. Semenjak dari petang tadi dia keluar dari...

