Isnin, 31 Ogos 2009

Cinta Aku dan Camelia Di Cabar

Pn. Naza dan Miss Hidayah berganding bahu mahu mencari mahasiswa-mahasiswa berbakat dan berminat dan dengan segala strategi mereka mencanang segala bagai informasi tentang apa yang mampu terjadi "kalau" ada yang mampu menang. "Kalau" Ok.

Aku sudah termakan umpan dan terjerumus terus.
Then, I realize. Hey how about the submition date? What the F?
Its today darnit!
Macam mana ini Sayangku Camelia?

Ahad, 30 Ogos 2009

Hikayat Si Budak: War Of The Gang Final

[War of the Gang I,II,III]
Hari ini penentu segalanya.
Geng mana yang lebih berkuasa akan ditentukan hari ini.

Geng Kumpulan berada di satu penjuru taman mainan.
Si Badan masih belum sampai.
Si Badan ditugaskan mengambil kelengkapan perang.
Si Budak dan Si Kepala merancang strategi.

Geng Jahat Taman Sebelah sedang lepak-lepak diujung taman mainan yang satu lagi sambil goyang kaki cungkil gigi guna sugi. Kamen Rider konfiden mereka akan menang mudah sambil gelak-gelak kotor.

Jam tepat pukul 9 pagi.


PERANG TAMAN MAINAN KE-7 bermula!

Si Badan masih tidak sampai lagi.
Si Budak dan Si Kepala terpaksa berjuang berdua-duaan.

Kelihatan Geng Jahat Taman Sebelah gagah dengan inovasi yang diciplak dari ruang otak kreatif ahli Geng Kumpulan. Lembing Perperangan, Perisai Polistrin dan Zirah Kotak.Si Budak dan Si Kepala kebingungan tidak fahamkan senario yang bermain di depan mata mereka. Ahli-ahli Geng Jahat Taman Sebelah gelak kotor menghina gelagat Si Budak dan Si Badan yang terpinga-pingat macam ayam mati kutu. Dari belakang Kamen Rider dan Makhluk Berbulu kelihatan Si Badan tersengih-sengih.

Si Budak dan Si Kepala kecewa.
Rupanya Si Badanlah dalangnya.
Harapkan pagar, pagar makan baldi.
Jadi jangan harapkan pagar.
Harapkan pagar elektrik.
Lebih berkesan.

....................................................................................

Dikala senja menjelang.
Mentari menyelam di ufuk Bumi.
Meninggalkan terang hari.
Menjemput gelapnya malam.
Si Budak dan Si Kepala tumpas.
Mereka ditinggalkan pengsan di taman permainan.
Penonton-penonton yang menonton perperangan tersebut berlalu pergi setelah penuh perut diisi dengan jamuan di rumah Tauke Lim.

Esok.
Maka secara rasminya Geng Kumpulan dibubarkan.




Sabtu, 29 Ogos 2009

Kisah Dari Dalam Botol

Sudah berhari-hari aku tidak sedarkan diri.
Aku rasa seluruh dunia sedang bergoyang-goyang.
Mata aku silau disaat kelopaknya terbuka.
Tampak gagah mentari sembunyi dibalik awan.

Aku pun tersedar.
Sebelah kanan aku Bigfoot bernafas bising. Mungkin dia selsema. Sebelah Bigfoot ada orang tua tak henti-henti membebel seorang diri menyalahkan isterinya masak tak sedap. Mungkin dia mahu berpoligami. Sebelah kiri aku Polis negara mana entah aku tak tahu sambil buat serius seperti sedang menahan sakit perut angkara termakan berudu cicah budu. Disebelah Polis ada budak yang melompat-lompat membuat bunyi yang teramat bising. Maklumlah,budak-budak.

Kami terperangkap dalam sebiji botol kaca.
Dan belayar atas gelora ombak Laut yang amat kejam.
Dengan 10 ekor Jerung tawaf mengelilingi.
Dan melanggar-langgar punggung botol kaca.
Dengan harapan kami tercampak keluar.

Otak aku sudah berbunyi bising seperti generator dipasar malam.

Aku nak balik rumah!. Jerit aku.

Ahad, 23 Ogos 2009

Sketsa Keluarga Organ



Angin bertiup malu-malu.
Matahari bermain soroksorok belakang awan.
Ramadhan hari ini sungguh adventure.

Otak,Perut dan Hati sedang bermain pondokpondok.

Otak sebagai Papa,Hati sebagai Mama,Perut sebagai Baby.

Baby: Papa Mama, Baby lapar.
Mama: Sabarlah, lambat lagi nak berbuka puasa
Papa: Itulah awak. Manjakan sangat anak itu. Dah macam Belon Udara Panas sudah jadi anak itu.
Mama mencebik membalas kritikan metafora Papa.
Baby: Papa, Baby nak makan.
Papa: Jangan nak mengada-ngada. Makan peninju aku ini.
Baby pun terdiam sahaja menahan lapar dan gerunnya.

...........

Sayangkan Isteri Tinggal-tinggalkan.
Sayangkan Anak Tangan-tangankan.
Sayangkan Perut Kurangkan Makan.
Sayangkan Poket Kurangkan Makan Juga.

[Dilarang curi-curi makan meggi Kari dalam baldi dibilik Mandi. Tuhan Nampak !]

Abang Bionik yang Mulia

Di padang. Geng kanak-kanak sedang riang bermain.
Tepi padang, Tiga orang budak sedang duduk bersedih.

Seorang lelaki Bionik sedang memecut lari selepas baru menyempurnakan misi mengassasin Tauke Kedai Roti yang bermusuh dengan Syarikat Ramli. Berhenti sebentar dan menyorotkan matanya mengamati tiga budak tersebut. Tangannya masih merah berdarah selepas menumbuk anjing Tauke Kedai Roti tersebut yang cuba mempertahankan tuannya.

Lalu dirapati tiga budak tersebut dan diluahkan kuriositinya.
lelaki Bionik: Kenapa tak bermain dengan kawan-kawan lain?

budak Satu: Saya tak ada kaki.
lelaki Bionik: Nah, Ambil abang punya.
budak Dua: Jantung saya rosak.
lelaki Bionik: Nah, Ambil abang punya.
budak Tiga: Saya tak ada badan.
lelaki Bionik: Nah, Ambil abang punya.
Tiga budak tersebut pun terus berlari ceria selepas memperoleh anggota badan yang baru meninggalkan lelaki Bionik yang hanya berkepala sahaja.

Lelaki Bionik tersenyum.
Terkenang zaman-zaman kekejamannya dan terpaksa dilupakan niatnya mahu menguasai Planet Bumi. Lelaki Bionik hanya tersenyum.

lelaki Bionik: Aku hanya berkepala sahaja sekarang.
Adakah aku sudah berubah?

Sabtu, 22 Ogos 2009

Gorila Mengejar

Dibilik.
Sedang Hamid berguling-guling dilantai.
Dia diam sahaja. Dia merenung kipas. Berputar.
Hari mahu hujan. Awan hitam sedang ditiup bergerak berat membawa sejumlah berat air hasil kerjasama Si Matahari dan terus dibawa tegak diatas atap disebalik kipas yang berputar.

[Daunan Jerami bergumpal dan melintasi jalan]
Dia hampir lemas dek kebosanan.

...................

Hari ini Poket Dia masih penuh dengan isipadu udara.
Dompetnya boleh dicampak dan melayang seperti Roket Kertas EX7 dengan enjin helikopter ciptaan Izwan Otai Kampung Pulau Bahagia.

....................

"Bawa D70 bersiar-siarlah."
"Sebelum koma akibat kebosanan disini"

Digapai D70 yang sedang beradu dalam beg lusuhnya dan meluru keluar dari kebosanan tersebut sehingga sampai disebuah pantai yang tidak diketahui lokasinya.

Angin pantai bertiup menyelekehkan rambut.
Cepat-cepat Dia perbetulkan rambutnya.

Dari ujung penjuru pantai Dia nampak seekor Gorila sebesar bangunan 5 tingkat berlari-lari menuju kearahnya seperti peminat yang gelojoh mengejar artis idaman semata-mata untuk sedikit contengan di kertas.

Panik. Dia terus lari,berlari, dan berlari-lari.
Sehingga sampai dibilik.
Hamid masih berguling-guling dilantai.

Isnin, 17 Ogos 2009

Mimpi Itu Lagi

Malam itu dingin seperti biasa.
Namun Dia masih terasa hangat walau angin malam itu berhembus membekukan titisan embun diujung dedaunan seperti organ-organnya dimasukkan dalam oven pada suhu 300 darjah selsius dan dimasukkan kembali dalam salutan kulit-kulitnya.

Mimpinya malam itu cukup merungsingkan jiwanya.

..............

Kakinya berjejak diatas tanah gambut ladang teh.
Berdiri Dia seorang diri dikelilingi kabus dingin.
Diujung kesamaran matanya.

Ayu. Jiwanya mempersoalkan siapakah gerangan kelibat yang tiba-tiba terwujud dari kesamaran kabus putih yang memilukan itu. Wanita, tampak ayu, berselendang biru langit dan berselimutkan kebaya molek. Kelibatnya hanya dari belakang mampu menggugat kuriositi mana-mana teruna yang melihat. Dia melangkah menghampiri dengan harapan dapat menitip biasan wajah namun Si Wanita kian menjauh dan terus menghilang didalam kabus yang kian memutih.

..............

Dia terjaga dari tidur sambil berkata
"Malasnya nak pergi kelas System Development En.Saiful"

Sabtu, 15 Ogos 2009

Bunyi Cengkerik

Malam ini akan hujan. Pak cik Tivi yang beritahu.
Maksudnya malam ini Karim perlu tidur dalam kedinginan. Tilamnya seperti ais blok yang disusun rapi untuk menyejukkan tulang-belulang beliau. Biliknya terus berubah-ubah menjadi peti ais yang menampung SuperKomputer Syarikat Penyeludupan Panda Jadian.

Imaginasi Karim terus merayap membayangkan Primadona Ayu sibuk memeluk tubuh sasa beliau dengan penuh kasih sayang. Sesekali datang tangan berkulit mulus menghulur anggur berry terus ke mulut beliau seperti ibu burung memberi nafkah kepada anak-anaknya. Sambil tangannya mengoyang-goyang gelas berisikan wain halal seperti Orang Kaya Korup yang sedang duduk kaki bersilang atas sofa.

Ceh, kalau kail panjang secotet, jangankan ikan paus hendak dikail. Puff hilang khayalan Karim seperti gula-gula kapas ditelan Si Obes.

Matanya merenung jauh.
"Malam ini aku seorang lagi. Lonli."

[bunyi cengkerik]

Rabu, 12 Ogos 2009

Hikayat Si Budak: Racun


Si Bapa belum pulang.
Masih lagi hilang.
Tanpa mencicirkan bayang-bayang.
Si Budak berdoa moga mampu terbang.
Mencari Si Bapa yang hilang.

Dulu,Si Bapa terminum racun.
Racun yang membunuh.
Mengikis tulang belulang dari hari ke hari.
Mengontangkan darah merah dari hari ke hari.
Mengecutkan organ organisma dari hari ke hari.

Sakitnya Si Bapa hanya Tuhan yang Maha Tahu.
Sedangkan Si Bapa sendiri tidak mampu untuk mengukur tahap kesakitan yang membelengui diri.

"Apalah Racun. Mengapa Si Bapa?" Teriak Si Budak.

..........

Si Budak tidak mahu jadi Usain Bolt.
Si Budak tidak mahu jadi Kura-Kura.
Si Budak tidak mahu lagi terbang.
Si Budak hanya mahu Si Bapa pulang.


Menulis Cahaya

(Percubaan 1,2,3)
Didetik ini kesedaran terpancar;
Bak glasier menyembur;
Dari hujung dahi ikan Paus;

Pabila tercampak beribu batu;
Dihujung jauh dari hiruk-piruk;
Biru langit tanpa selaput debu ;
Bernafas tanpa luahan perut ekzos RXZ Rempit;

Sungguh, detik ini;
Perlu sungguh disimpan;

Nikon D70 feat Adobe Photoshop CS4

Ahad, 9 Ogos 2009

Anak Angkat

Di suatu planet yang amat terpencil.
Terdapat sebuah famili yang agak ceria.
Dianggotai Papa,Ummi,5 beradik,Sebuah Ayam dan Sepasang Angsa.

Suatu Hari yang suam-suam Air Mineral.
Segerombolan Makhluk Alien datang melawat dari planet lain.

Sebiji Makhluk Alien ini tertarik akan keharmonian famili itu.
Lalu beliau terus disait mahu menjadi sebahagian dari famili.
Beliau terus buat proposal. Ok beliau lulus.

Hari yang harmoni dilalui bersama famili tersebut.
........................................................................................

Tetapi hingga suatu hari beliau merasakan permasalahan yang kian berselingkar pada hubungan famili mereka perlu disetelkan. Ya perlu!

Masalahnya.
1. Perbezaan Fizikal antara Makhluk Manusia dan Alien.
2. Tahap pemahaman bahasa antara mereka yang low.
3. Kejutan dari segi culture.
4. Famili Alien yang merinduinya diPlanet Alien.

Berbagai-bagai eksperimen dilancarkan.
Untuk mensetelkan masalah tersebut.
Satu inovasi baru telah berjaya dicipta.
"Pil Pengubah Rupa,Psikologi dan Sahsiah Diri"
Berfungsi mengubah enzim-enzim dan hormon badan.
Mengubah rupa Makhluk Alien menjadi Manusia.

Tapi Papa beliau berkata dalam bahasa Alien:
"DoidogokomogoMiwauMiwau"
Maksudnya: "Kami terima kamu seadanya."
"Pulanglah pada famili Alien kamu di Planet Alien"

Hari-hari yang harmoni terus dilalui bersama-sama Famili Alien. Dan silaturahim antara beliau dan Famili itu masih terus terjalin.

Khamis, 6 Ogos 2009

Inspiration

I always like to think.
Think of anything.
Think about everything.
Everthing I saw. Everthing I heard. Everything I feel.

But it does not brings me anywhere.
It does not solve anything.

So, I starts doing things.
Just do it.
And something will happen.


Inspiration:


Honey and Clover (Japanesse Anime)


Yes Man (Starring: Jim Carrey)

Episod Buli: Kerna Tayar(Violent Sister)


Lokasi adalah diperkarangan sekolah.
Selepas penat mengejar belalang, beliau rehat-rehatlah.
Sambil mengira hasil tangkapan belalang hari ini.

Tiba-tiba(Babak Suspen Disini).
Datang seekor badigol tanpa segan silu memaku tengkuk beliau tanpa sebarang belas kasihan. Of Kozlah beliau terkejut. Yalah,Apa salahnya hulurkan salam dulukan?.

Beliau terus mempersoalkan apakah dosa beliau diperlakukan sedemikian rupa.

Jawapannya: "Akak kau bocorkan tayar basikal aku. Nakal betul!"

"Ok ok. Yalah, Apalah Akak ini, Kenapa tidak bocorkan terus isi perut badigol tersebut."
Fikir beliau sendirian.

...........................

Hari ini beliau telah mencipta satu inovasi baru.
"Akak Robotik Peletup Perut"
(Nada Doraemon lagi)
Kini beliau tidak perlu risau akan masalah tengkuk berlubang lagi.
Badigol tersebut? Masih koma sehingga kini.