Rabu, 12 Ogos 2009

Hikayat Si Budak: Racun


Si Bapa belum pulang.
Masih lagi hilang.
Tanpa mencicirkan bayang-bayang.
Si Budak berdoa moga mampu terbang.
Mencari Si Bapa yang hilang.

Dulu,Si Bapa terminum racun.
Racun yang membunuh.
Mengikis tulang belulang dari hari ke hari.
Mengontangkan darah merah dari hari ke hari.
Mengecutkan organ organisma dari hari ke hari.

Sakitnya Si Bapa hanya Tuhan yang Maha Tahu.
Sedangkan Si Bapa sendiri tidak mampu untuk mengukur tahap kesakitan yang membelengui diri.

"Apalah Racun. Mengapa Si Bapa?" Teriak Si Budak.

..........

Si Budak tidak mahu jadi Usain Bolt.
Si Budak tidak mahu jadi Kura-Kura.
Si Budak tidak mahu lagi terbang.
Si Budak hanya mahu Si Bapa pulang.


6 ulasan:

puding roti berkata...

kesian...

mugiwara berkata...

si budak!

pergi repot pulis!

M berkata...

sedih la
teringt sorg bdk ni
mcm cerita btl pulak:/

Aizuddin Jaafar berkata...

Rockstarbabu,
comment copy paste je?

puding,
kesian je, jamuan2 takde?

mugi,
hahaha, si budak repot kat csi ny je

pelangi,
senyum balik

mira,
kisah benar kot. tgk kat tv 3

Silverleaf berkata...

lawa gambar tu.....

Aizuddin Jaafar berkata...

Tq. sila check out di http://www.flickr.com/photos/aizuddinwiddle jika mahu lebih hebat

Catatan Popular