Isnin, 17 Ogos 2009

Mimpi Itu Lagi

Malam itu dingin seperti biasa.
Namun Dia masih terasa hangat walau angin malam itu berhembus membekukan titisan embun diujung dedaunan seperti organ-organnya dimasukkan dalam oven pada suhu 300 darjah selsius dan dimasukkan kembali dalam salutan kulit-kulitnya.

Mimpinya malam itu cukup merungsingkan jiwanya.

..............

Kakinya berjejak diatas tanah gambut ladang teh.
Berdiri Dia seorang diri dikelilingi kabus dingin.
Diujung kesamaran matanya.

Ayu. Jiwanya mempersoalkan siapakah gerangan kelibat yang tiba-tiba terwujud dari kesamaran kabus putih yang memilukan itu. Wanita, tampak ayu, berselendang biru langit dan berselimutkan kebaya molek. Kelibatnya hanya dari belakang mampu menggugat kuriositi mana-mana teruna yang melihat. Dia melangkah menghampiri dengan harapan dapat menitip biasan wajah namun Si Wanita kian menjauh dan terus menghilang didalam kabus yang kian memutih.

..............

Dia terjaga dari tidur sambil berkata
"Malasnya nak pergi kelas System Development En.Saiful"

10 ulasan:

puding roti berkata...

rugi besar. rugi besar. sikit lagi tu. hik2

Aizuddin Jaafar berkata...

puding,
tu la pasal. sikit je lagi

Tanpa Nama berkata...

aiyo aiz..
seram aku dengan mimpi ko..haha..

mugiwara berkata...

haha.

munken kau akan nampak kakak nanako.
kan, puding?

Aizuddin Jaafar berkata...

Ruq,
seram ke? ksbus2 mmg menyeramkan

Mugi,
Kakak nanako lari laju. aku tak sempat kejar

mugiwara berkata...

kalau tak pergi kelas encek saiful, kau boleh cakap kau kejar kakak nanako~

Aizuddin Jaafar berkata...

Mugi,
Aku ade try cakap mcm tu. abis 5 mark aku di potong.

Ruq,
maksud ksbus dlm bahasa pluto ialah kabus

ochs widdle berkata...

aizudin jangan malas.
nanti mak kecewa.

Pinko berkata...

baca blog u mcm baca manga version sastera melayu.. cool cool

Aizuddin Jaafar berkata...

ochs,
tq wahai kakak yg baik mmberi adiknya duit utk tiket bas.

pinko,
haha. tq tq jemput2

Catatan Popular