Jumaat, 26 Mac 2010

Telefon: Jangan Kacau Aku Tidur 2

"Mak on the way balik kampung ni. Opah tenat. Papa dan adik-adik semua ikut. Angah jaga rumah elok-elok tau. Esok petang mak balik."

Angin dingin bertiup dari bilik mama. Dinginnya lain macam. Masa tu aku boleh dengar bunyi deruman jantung aku seperti ada konsert rock n roll dalam kotak dada aku. Perlahan aku letak ganggang telefon yang sudah terputus taliannya itu. Masa inilah aku terfikir macam-macam kebarangkalian yang akan berlaku jika aku mengintai masuk kedalam bilik mama. Mungkin ada perempuan tua duduk bercangkung ajak aku main congkak, gila aku main gasing pun fail inikan pula congkak. Mungkin gadis berambut panjang mengurai ke lantai sedang bershuffle, fuhh seram gila. Atau mungkin ada badut guling-guling atas katil sambil meratah-ratah ikan dolfin mentah, bulu roma aku dah meremang. Aku rasa kulit aku satu badan dan menegang. Otot aku mula kejang.

Tapi aku beranikan diri untuk mengintai bilik mama. Ye lah, mana tau mama nak prank aku ke. Saja nak buat seprais, kan? Tapi birthday aku lambat lagi. Perlahan aku selak langsir bilik mama. Pintu berkuak sendiri bagai menjemput aku masuk ke dalam.

.................................................

Kuriositi membunuh kucing. Malangnya aku bukan kucing.

Lagenda Zombie Malam bermula.

[Akan bersambung kalau saya rajin]
[Kalau saya tak rajin sila cipta ending dengan imaginasi anda sendiri]

24 ulasan:

gReeN iS pEAce berkata...

mane boleh..kena la si penulis menyambung cerita ini juga untuk mendapatkan feel sebagai seorang pembaca..

serammm

Si Aizuddin berkata...

Ana Gree,
Cehh. Nak feel. Otak tak berapa nak berfungsilah. Tengoklah.

nazrin zaidi berkata...

cait!!

bersambung lagi.

kau dah tertinggal,
toyol ajak main batu seremban.

k.e.r.i. berkata...

macam siri keliwon daa banyak sambungan.

ica berkata...

ahaha..baru dapat rasa keseraman.post pertama tak seram.XD

ehh terlajak perahu buleh undur,terlajak post atau taip tak buleh..

lagenda dah ada permulaan kena lah ada pengakhiran..

i vote for this story to continue!XD

*please?*

aZizoL berkata...

camtu ye..baiklah.jap g aku sambung cite nih..skang xbape nk rajin

Si Aizuddin berkata...

Nazrin,
Ekceli aku dah taip toyol main batu seremban. Then aku tukar jadi badut sebab aku rasa badut lebih menyeramkan aku. Hahaha.

Keri,
Keliwon tu yang penunggu gunung raya kat tivi tiga tu kan?

Ica,
Hahaha. Kena sambung ke? Ada lak vote-vote.

Azizol,
Bagus bagus. Kau bantulah aku. Aku tak berapa nak ada moodlah nak menulis sekarang.

Ellie berkata...

Sambung le yangggg! Makcik nak baca ni serammmmmmmmmmmm yu...


Hahahaha...amacam?

Seram tak komen akak?:D

Si Aizuddin berkata...

Kak Ellie,
Agak seramlah. Hahaha. Saya ingat nak tulis cerita action pulalah.

mirashi berkata...

tidak pada garlfield. haha

gReeN iS pEAce berkata...

mestilah..feel tu penting untuk membaca..:D

mari menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan membaca sebagai gaya hidup..:D

tp dlm Qur'an dah lame dah gtaw y mbaca tu pnting..:)

oh farah berkata...

kalau udin tak sambung memang leia hack blog udin nih!!!!

Si Aizuddin berkata...

Mirashi,
Garfield bukan kucing. Itu adalah kucing jadian. Betul.

Ana Green,
Baiklah. Dah nak keluar dalil dah tu. Saya akan cuba sedaya yang boleh.

Leia,
Amboi. Betul-betul kena sambung ni. Haish.

mirashi berkata...

tp yg kt blog gua tu
ada gmba kucen jelmaan garlfield
wehooo :PP

saya; AISA. berkata...

ending dia senang,
tiba tiba blackout.
ohh. mimpi rupanya hak3.

gReeN iS pEAce berkata...

:D

saling mengingatkan..:D

dila john berkata...

aku nak ending..
aku nak ending, nak juga nak juga.

err.. ending kelakar boleh tak?

oh farah berkata...

harus lah.!

Pinko berkata...

sila bg warning pasal 'keseraman' cerita anda di awal entri kerana ada pembaca yg membaca blog anda pada pukul 3 pagi. sekian.

Si Aizuddin berkata...

Mirashi,
Sini adalah dimensi yang berbeza.

Aisa Debiru,
Macam tu bagus.

Ana Green,
-___-"

Dila John,
Amboi. Ini betul-betul nak ni.

Leia,
Kalau malas macam mana?

Pinko,
Sebab itu saya publish pada pukul 12 tengah malam.

puding roti berkata...

ala sambungla, saspen dh ni. huga huga huga

Si Aizuddin berkata...

Puding Roti,
Iyela. Nak sambunglah ni.

where berkata...

wow..makin rancak!!

Si Aizuddin berkata...

Wangwang.
Rancak rancak kan malam anda. Wuo oh!