"Assalamualaikum, Angah mak dah balik ni." Mama buka pintu rumah sambil letak kunci atas rak kasut tepi pintu itu. Tangannya yang satu lagi secara spontan memetik suis lampu bagi menerangkan persekitaran rumah yang gelap itu.
Kelihatan satu makhluk berdiri tegak di seberang ruang tamu yang sana memerhati Mama sebaik saja lampu menerangi segenap pelosok. Kulitnya pecah-pecah umpama delima merekah. Matanya merah berapi bagaikan sos cili. Rambutnya kusut masai seperti mamak jual roti punya misai. Deraman ngeri keluar dari celah-celah ketipan giginya dengan gigilnya.
Mama membeliak mata melihat wujudnya makhluk yang mengerikan tersebut. Pantas Mama melompat jauh melintasi meja makan dan sofa ruang tamu. Terus dengan gayanya tangan kanan Mama menepuk dahi sang durjana dan tangan kirinya menadah sambil dibacakan ayat-ayat suci. Lantas, satu tinju padat tepat menemui dada makhluk yang tak dijemput tersebut menyebabkan ia terpelanting keatas sofa. Selepas mengelinjang beberapa ketika serbuk-serbuk emas keluar dari telinga dan hidungnya.
..................................................
[sehari sebelum itu]
Aku intai ke dalam bilik Mama. Sangkaan aku disangkal. Aku nampak satu peti kayu mengeluarkan cahaya emas di atas katil Mama. Kuriositi membuak-buak di benakku. Aku buka peti tersebut. Cahayanya benderang memenuhi setiap pelosok bilik.
Opah telah meninggal. Sekarang aku tahu. Peti itu milik Opah. Bila Opah sudah tiada. Ia akan cari pemilik baru. Dan ia mencari aku.
Dulu Opah adalah ahli kumpulan Sailormoon. Sebab tu muka aku ada nampak kejepunannya sedikit. Kuasa Bulan milik Opah telah lama terkurung dalam peti kayu tersebut.
Dan serbuk-serbuk emas yang menerangi bilik Mama itu meresap ke dalam rongga-rongga tubuh aku. Tapi malang.
Oleh kerana hormon testoron dalam badan aku tidak sebati dengan Kuasa Bulan Opah. Aku bertukar menjadi makhluk yang mengerikan. Zombie.
Isnin, 29 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Resort Percutian Mesra Keluarga Ofisial website: Tasik Villa International Resort Selepas hadir orang ketiga dalam hidup kami, Ayra Sof...
34 ulasan:
haha, ade ke sailormon, awk lah zombie nyer ek
Baby,
Hehe. Sailormon lah power.
woahh.
best2!x sia2 ku mnunggu:D
Bukan Zombie ( -__-")
Haha, terima kasih. Walaupun malas nak tulis sebenarnya. Kalau ada apa-apa cadangan silalah komen ok.
dengan kuasa bulan, akan menghukummu!
Shax,
Dah wujud rupanya kau zaman tu ye. HAHAHA
ala...nk jiwang2~
Youjie,
Belum sampai mood lagi. HAHA.
aiiyoo..
saspen aje!
kesian kau kan.
Aisa Debiru,
Kau kesian dekat aku? Ajaib!
Azizol,
Hahaha, kurang memberangsangkan ke?
haha..
sailor jupiter r..:D
aduhai...
Ana Green,
Salor Jupiter pulok! Haish!
Ica,
Kenapa? Tak best ke? Perlu dibaiki?
macam tak lancar je flow die..
mak dia habis di situ
cerita serbuk emas dalam bilik tu tak selari kut dengan yang atas tu,,
kut je lah..
bahagian ke dua tu hook dah tapi bahagian pertama macam pelik sedikit..
*fine,pasni sume blogger yg lepak sini banned aku..habislah aku dibambu oleh fan ko..T.T
ya tuhan selamatkan lah aku..
ayoyo..
ko nih peminat selemun ke??
hhaha..giler lwak
Ica,
Yang ini ok je. Memang sengaja aku buat macam tu.
Yes. Aku pun rasa macam tu. [Akibat menulis dalam keikhlasan yang kurang]
Aku ada fan ke? Wow!
Tun Teja,
Aku ingat sailormoon sebab masa kecil-kecil dulu aku selalu berebut dengan akak aku nak tengok tv. Aku nak tengok dragon ball dia nak tengok sailormoon.
kenapakah nama saya di warung mamak menjadi ana semut..oh tidak
2 3 kali juga aku nak baca malam tadi.
last last jadi sailormoon.
err.. aku nak jadi sailormoon biru.
opah kau sailormoon kuning kan?
Ana Semut,
Sebab anda suka semut.
Dila John,
Hahaha, aku rasa macam malas nak tulis cerita seram ni.
Opah sailormoon merah la.
ana semut...
turtlr,tukar la link aku..
yang kat bahagian rak buku tu, P.D.A. Hanisah - halted
dah lama dah aku tukar link ni..
T.T
hanisah---->ica
XD hehehe..
oh ye,aku rasa ko ada fan la..
kenapa?tak percaya?
erk. kenapa jauh gila menyimpang.?
ARGHHH!!!
Ica,
Oh aku tak tau. Nanti aku tukar.
Ye ke? siapa fan saya angkat tangan.
Leia,
Sebab ada simpang. Jadi dia menyimpanglah. Kan?
kesiannya. ruginya jd zombie. kalo jd superman kan bagus. sailormon tu nnti kena pakai seluar dalam dan skirt pendek
Kak Puding,
Haha comelnya. rasa macam nak sepaksepak. Hee
haha..mula dari saspen..
n ending klaka..
best dowh..
aku menunggu bile cite ni masuk wayang..kakaka
saya mahu angkat tangan boleh?
ngehngeh
*sedang angkat tangan
Wangwang,
masuk wayang? Jangan harap. Diorang nak cerita razak mohaideen je. Cerita macam ni tak layak.
Kipas?,
Wah eksaited nye!
sebabkan simpang tu lah kami sesat. sengal punya mater
Leia,
Baru tau mata tu sengal? (Gelenggeleng kelapa)
ngutuk ak.bagus.teruskan usaha.terima kaseh banyak2.
Kan mate? Ngutuk orang je kerjanya Leia ni. Ish ish ish.
saya xredha.sekian terima kaseh.
Baguslah macam tu. Kan kan?
Catat Ulasan