Rabu, 2 Jun 2010

Ejen Din: Misi Imposibel

Aku masuk rumah, letak kunci atas meja, buka peti ais, tuang air sejuk dalam gelas, duduk atas sofa.

"Apa kau nak?" Aku tanya.

"Jadi kau tahu aku ada kat sini." Jawab Ejen John sambil melompat turun memecahkan siling rumah aku. Aku rilek saja teguk air sejuk tu sambil gosok-gosok pipi tanda sakit gigi. Gigi sensitif, tapi aku masih guna ubat gigi cap murni.

"Kau masih hebat lagi Ejen Din. Macam dulu." Sambil melangkah ke peti ais Ejen John berdialog. Dia ambil botol air sejuk dan di togoknya. Prang!! Gelas pecah berderai atas kepala Ejen John.

"Jangan togok boleh tak? Kau tak jawab lagi soalan aku." Aku tanya lagi dengan volume yang lebih tinggi sikit. Aku memang pantang orang minum togok-togok botol ni. Mak aku marah.

"Adoi! Sabau la!" Ujar Ejen John sambil mengelap kepalanya yang berdarah. Perlahan dia melangkah ke sofa sambil mengeluarkan satu envelop dari kocek belah dalam baju kot panjang kolar tingginya. Dia letak atas meja tamu depan aku.

"Misi baru. Misi Imposibel." Kata Ejen John. Lantas terus dia terjun keluar dari rumah aku tingkat 20 ni dengan memecahkan cermin tingkapnya. Tak pasal-pasal aku kena claim ganti rugi kat ibu pejabat lagi. Penat dah aku melayan karenah birokrasi.

"Dia ni pun tak reti-reti guna pintu." Kata aku dalam hati.

(Sambung)

12 ulasan:

saya; AISA. berkata...

a cha cha cha.
brilliant betul kepala ho ejen john dengan keluar tidak menggunakan pintu.

syabbas.

Si Aizuddin berkata...

Aicha cha cha,
Ejen John ni kurang adab sikit. Sebab tu masa kahwin dulu dia buat makan biadap. Tak buat makan beradab.

kaxx berkata...

Okelah dia tahu guna pintu peti ais. Kalau dia ranapkan peti ais tu nak ambik air sejuk baru boleh marah.

Si Aizuddin berkata...

Kaxx,
Betul tu. Kira oke lah tu. Kalau dia tak reti guna pintu peti ais baru boleh di ranapkan tengkorak beliau.

mastura berkata...

hehehehe
seronok2...
lepas nie apa jd?

Si Aizuddin berkata...

Mastura,
Nantikan lah episod seterusnya.

tengku_fir21 berkata...

ouwhh..mahu jadi brilianttt

Si Aizuddin berkata...

Tengku Fir,
Minumlah Brand.

shakinah berkata...

haha aku suka togok. senang. jimat gelas

Si Aizuddin berkata...

Shax,
Aku pun suka gak. Tapi mak aku tak bagi.

j or ji berkata...

HELLO EJEN DIN

Si Aizuddin berkata...

J or Ji,
Hello hello. Hehehe. Brader sokernet singgah sini. Sungguh gembira hati ini tidak terperi.