Jumaat, 11 Jun 2010

Ejen Din: Misi Imposibel 3

Hidup ini penuh pancaroba. Dan untuk melaluinya perlulah manusia itu bergantung sesama manusia yang lain.

Kelihatan Jack Kapcai tergantung secara terbalik dengan kakinya di ikat ke kipas siling yang berpusing. Setelah beberapa ketika, kipas itu berhenti. Aku panaskan hotdog depan muka Jack guna api pateri. Jack dah merenyet-renyet matanya bila peluh-peluh dari ketiaknya mengalir masuk ke mata.

"Nyaman tak?" Saja aku tanya. Sarkastik. Jack membeliakkan matanya sebesar-besar alam. Marah sungguh nampaknya dia. "Yossi Boyka, kat mana aku boleh cari dia." Aku balas balik pembeliakkan mata dia sambil mencucuh hotdog tadi ke lubang hidung dia.

"Aku tak tau!" Menggelupur dia sekali kena torture dengan aku. Aku tenung lagi muka dia. "Aku tak tau! Tolonglah!" Merayu-rayu dia minta dilepaskan. Tapi aku tengok dia ni dah macam Rain dalam iklan syampoo anti-kelemumur tu je. Mulut cakap lain, hati cakap lain.

Walaupun dia cakap dia tak tau, tapi pergerakkan otot-otot muka dia menunjukkan mikro-ekspresi yang sebaliknya. Aku apa lagi, buat muka garang sambil mengacukan pistol pateri tu ke arah perut dia. "Aku kira sampai tiga dalam bahasa jawa, baik kau bagitau aku kalau kau tak nak makan usus sendiri."

"Siji!"

"Aku tak tau! Betul!"

"Loro!"

"Please, betul ni aku tak tau! Gila babi punya tak tau!"

Aku tarik nafas sikit.

"Tel..."

"Ok ok aku bagi tau!"
"Yossi Boyka selalu lepak Starbak sambil minum kopicino yang dibelinya menggunakan duit yang dia dapat melalui aktiviti kejam yang dia namakan "Mencuri Cawan Pengemis" tu."
"Betul ni, sesumpah aku tak terlibat dalam aktiviti tersebut!"
Jelas Jack Kapcai bersungguh.

Aku sengih macam kerang.

(Sambung)

16 ulasan:

oh farah berkata...

nama saya rain.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Kerang rebus ke kerang apa?

AISA. berkata...

*tak tahan gelak*

kau sengaja bagi aku sengih sengih macam kerang jugak.

erggg.

*tak tahan gelak lagi*

M berkata...

amboi3
melampau hang g cucuq hotdog dlm lubang idonq nya
itu satu penghinaan buat golongan makanan dan pemakanan T_T

Qhamel berkata...

btl2 kira bhse jawa. hahaha

Aizuddin Jaafar berkata...

Leia,
Nama saya Rain. (mulut bergerak dengan gerak yang berbeza dari bunyi nya)

Zara,
Kerang goreng.

Aishah Debiru,
Gelak jangan tak gelak. Hahaha :)

Mirashi,
Amboi, marah? Makan je kerja.

Mya,
Betul betul real punya.

AISA. berkata...

"Betul ni, sesumpah aku tak terlibat dalam aktiviti tersebut!"

baru aku perasan. WAHAHAHA!

Aizuddin Jaafar berkata...

Aishah Debiru,
Kenapa, salah ke ayat tersebut.

Betullah. Sesumpah dia memang tak terlibat pun.

nazrinzaidi berkata...

wow!

kiraan dalam jawa.

seksi siot.

puding roti berkata...

miahaha

Aizuddin Jaafar berkata...

Nazrin,
Lagi seksi kalau yang kira tu Angelina Jolie.

Puding Roti,
Miowhaha

walkababyz berkata...

npe xsengih cm kerbau,kn lgi afdal..

walkababyz berkata...

npe xsengih cm kerbau,kn lgi afdal..

Aizuddin Jaafar berkata...

Budak Poyo,
Haish! Kerbau pulok!!!

Eireen Camelia berkata...

kenapa mesti kejam sangat seperti itu? takboleh ke hantar aje perempuan cantek goda dia suruh kasi jawapan? atau emak dia mungkin?

Aizuddin Jaafar berkata...

Camelia,
Tak nampak macam legend la gitu. Baru jantan torture torture ni.

Catatan Popular