Lantai bilik aku kotor lagi.
Ada lopak-lopak hijau yang bertaburan serata bilik.
Monster itu punya angkaralah. Nakal.
Monster itu seiras seperti platipus.
Berjalan kengkang dengan saiz sebesar lembu.
Kadang-kadang melompat-lompat kecil bila aku pasangkan Jason Mraz. Dia sedang menari mungkin. Sering kali dilihat sedang tawaf dalam bilik aku mencari rezeki.
Oh makanan Si Monster?
Dia makan energi aku. Betullah.
Patutlah aku tak mampu buat Statistik Mdm Zam dan Paradigm Encik Awi. Patutlah.
Nakalnya Monster.
Jumaat, 31 Julai 2009
Isnin, 27 Julai 2009
Hikayat Si Budak: War of The Gang III
Perang akan meletus. Ini pasti.
Ya lah, di taman permainan itu.
Geng Kumpulan: Mahukan kesaksamaan dan pembalasan keatas onar yang disebarkan Geng Jahat Taman Sebelah.
Geng Jahat Taman Sebelah: Jeles dan dengki akan kesuksesan Geng Kumpulan.
Faktor-faktor diatas sudah cukup untuk meletuskan Perang Taman Permainan Ke-7. Selepas hampir 7 tahun keamanan tercapai di taman permainan tersebut.
"Persiapkan segala kelengkapan untuk bertempur"
Berikut adalah ucapan dari ketua Geng Kumpulan, Si Budak.
Si Budak baru sahaja dilantik menjadi ketua Geng Kumpulan.
Of Koz demokrasi, demokrasilah. Ada pilihan raya siap.
Hasil risikan oleh biro perisikan iaitu Si Kepala.
Geng kumpulan berjaya mencipta satu inovasi baru.
Zirah Kotak - Kotak, Sedikit lukisan kreatif.
1. Potong Kotak mengikut saiz yang diidamkan.
2. Lipat 2 Kotak tersebut.(Depan & Belakang)
3. Potong 1 lubang pada lipatan tesebut(Kolar)
4. Coretankan sedikit idea kreatif diatas zirah tersebut.
5. Siap untuk dipakai.
Perisai Polistrin - Polistrin terbuang, Pemegang buat sendiri.
1. Dapatkan mana-mana Polistrin terbuang.
2. Tebuk dimana-mana bahagian Polistrin tersebut(Pemegang)
3. Siap untuk dipakai.
Lembing Perperangan - Kayu mob terpakai.
1. Cari kayu mob terpakai.
2. Siap untuk dipakai.
Geng Jahat Taman Sebelah pasti tidak menyangka kemajuan teknolgi perang yang digapai oleh Geng Kumpulan. Ini terbukti apabila ahli-ahli Geng Jahat Taman Sebelah boleh dilihat berlegar-legar sambil mengepau aiskrim budak-budak yang lalu lalang dan sibuk mengacau anjing di rumah cina(Tauke Lim), langsung tidak fokus pada Perang Taman Permainan Ke-7 yang julung-julung kalinya diadakan ini.
..............
Esok, esok perperangan akan meletus.
Semua bala tentera Geng Kumpulan diminta bersedia.
Si Budak, Si Kepala(masih benjol) dan Si Badan(selalu tak hadir meeting)
[entri akan datang pula bersambung]

Sabtu, 25 Julai 2009
Episod Buli: Iklan Sabun Pencuci
Si Senior itu ada cakap.
"Adat dunia perasramaan lah "
"Junior basuh baju Senior".
Ok ok, beliau terus saja percaya tanpa curiga.
Setiap 2 hari. Lenguh-lenguhlah tangan beliau dek sibuk mengerjakan kotoran-kotoran degil dipakaian Senior yang berbaldi-baldi banyaknya. Yes beliau sudah menggunakan Fabris. Tapi kotoran-kotoran tersebut masih berdegil macam budak darjah satu tak mahu pergi sekolah pada hari pertama persekolahannya.
"Gunakan Daya, lembut ditangan" pak cik tivi ada cakap macam tu.

Tapi Senior tak suka Daya.
Tapi Senior suka Fabris.
Jadi setiap kali Daya diggunakan maka berlebam-lebamlah anggota muka beliau. Ini semua angkara si kotoran degil. Ceh.
...........
Hari ini beliau telah mencipta satu inovasi baru.
"Sabun Peletup Kotoran Degil"
(Seperti biasa, nada Doraemon)
Habislah kotoran degil. Setiap kali kotoran degil hinggap dibaju Senior, baju Senior akan meletup seletup-letupnya. Jadi tiada lagi kotoran degil.

Jumaat, 24 Julai 2009
Mari Menjadi Kreatif
Adik: Abang Abang, tengok kertas keretapi Abang.(Beliau maksudkan tiket)
Abang: Abang punya kaler merah sebab Abang dah besar.
(Nada bongkak sambil menghulur tiket beliau)
(Adik buat muka macam tak kisah walau hati beliau jeles)
Adik: Abang, umur Adik 7. umur Abang 8.
Abang:Haa?
Adik: Tengoklah kat belakang kertas Abang ni.
Abang: Ha'ah lah
Seorang Mahasiswa kacak yang berdiri dibelakang sambil mencuri-curi dengar perbualan kanak-kanak kreatif tersebut kagum dengan daya imaginasi mereka dan yakin kanak-kanak tersebut sendiri tidak yakin akan umur mereka. Betul, boleh dijadikan tajuk thesis.
Abang: Eh Adik, ada orang surat khabar ambil gambar kitalah. Tengok belakang.
Ok, orang surat khabar. Ok kreatif
[nota : adik-adik, abang dah cakap nak letak picture kauorang dalam blog kan hari tu? kauorang tak boleh saman abang sebab kauorang sendiri tak tau apa itu blog ]

Khamis, 23 Julai 2009
Episod Buli: Kepala Besar.
Yes, bukan salah beliau.
Yes, Kepala beliau besar. Tapi, tapi itu bukan salah beliau. Sudah dikurniakan sebegitu, terima sahajalah hendaknya.
Lokasi: Lorong di depan Kantin Sekolah.
Ketika beliau sedang berjalan-jalan sambil sedap melahap aiskrim pop perisa strawberri, tanpa menyedari yang beliau sedang diperati oleh mata-mata yang dengki akan kebahagiaannya.
Satu kali sekeh.
Dua kali sekeh.
Tiga kali sekeh.
Beliau hanya mampu meng-aduh-kan saja sambil merenung bengkek 3 ekor setan-setan laha yang sedang berlari-lari laju sambil gelak-gelak kotor.
........
Hari ini beliau telah berjaya mencipta satu inovasi baru.
"Ketayap Bervoltan Tinggi"
(Sila baca menggunakan nada Doraemon).
Siaplah mereka setan-setan itu.

Rabu, 22 Julai 2009
Hikayat Si Budak: War of The Gang II
Satu hari Geng Jahat Taman Sebelah telah menghantar surat cabaran kepada Geng Kumpulan.
Geng Kumpulan: Si Budak, Si Kepala, Si Badan
Geng Jahat Taman Sebelah: Kamen Rider(Kapten), Makhluk Berbulu(Bendehari Kehormat), Bezita(AJK), dan ahli-ahli kecil yang lain.
Cabaran dari Geng Jahat Taman Sebelah tidak diendahkan oleh Geng Kumpulan untuk memelihara integriti geng mereka.
.............
Geng Jahat Taman Sebelah tak puas hati. Membuak-buak rasa hati beserta pankreas mereka dek kerna kelihatan mereka seperti diperolok-olokkan oleh Geng Kumpulan.
"Kita perlu mengambil langkah yang lebih agresif lagi proaktif",
kata Kamen Rider kepada anak buah-anak buah beliau.
Suatu pagi,ketika Si Budak dan Si Kepala sedang bergotong-royong memburu berudu. Satu biji peluru putik jambu berdezup hinggap ke dahi Si Kepala. Berjendullah jawabnya dahi beliau.
Maka berderaulah darah Si Budak melihatkan sahabatnya diperolokkan sebegitu rupa sambil mengeluarkan api kemarahan yang mengelilingi badannya ala-ala Super Saiya gitu(Rujuk Dragon Ball Z).
"Komfem, ini memang kerja Geng Jahat Taman Sebelah".
Si Budak berkata merujuk kepada peluru putik jambu sebagai bukti sambil menutup telinga menahan rengekan Si Kepala.
"Jika perang yang mereka mahukan, Ya! maka peranglah yang mereka dapat!"
[teruskan sokongan anda kepada Si Budak dan Geng Kumpulannya, bersambung dientri akan datang]

Selasa, 21 Julai 2009
Tentang Jantung?
Seorang lelaki, berjaket, jeans, dan beg sandang.
Beg sandang, berisikan jantung.
Jantung yang merah pekat. kental, dan lonli.
Setiap hari lelaki itu mengheret beg sandangnya mengembara mengelilingi planet bumi. Lelaki itu mahu mencari seorang gadis yang dapat menemankan jantungnya yang lonli.
Disebuah stesyen elarti, lelaki itu tersentakkan oleh satu fragran yang ajaib yang memikat jantungnya yang terperosok jauh didalam beg sandangnya.
Ya datangnya dari seorang angel sedang berdiri diatas kasut heel berwarna merah bersalutkan fesyen yang amat cantik. Semua lelaki di situ terpikat, mencari peluang untuk curi-curi pandang wajahnya yang manis yang ditutupi sedikit oleh rambutnya yang ikal.
"Ok, maybe dia adalah yang terbaik untuk jantungku yang lonli ini"
Kata lelaki itu sendiri.
Dirapati angel itu. Tersengih-sengih sambil membuat muka secomel mungkin.
Angel kan suka lelaki comel.
"Nah, untuk awak"
Dialog lelaki itu sambil menghulurkan beg sandangnya yang berisikan jantungnya yang lonli itu.
Disambut ayu beg sandang yang berisikan jantung lelaki itu yang lonli dan terus dicampak keatas trek elarti dan terus dilenyek keras oleh kaki-kaki tren sehingga tak ternampak lagi jasad beg sandang lelaki itu oleh pandangan mata.
Tentang lelaki itu?
Beliau senyum dan terus belah.
Tentang jantung?

Khamis, 16 Julai 2009
Dunia Teknologi dan Android
Dunia Teknologi.
Maria Beta adalah mangsanya. Mangsa kepada Dunia Teknologilah.
Maria Beta adalah sebuah android. Prototype sahaja.
Maria Beta dicipta untuk mencurahkan cinta kepada lelaki yang lonli.
Suatu hari Maria Beta fallinlove. Pada Amri Si Tukang Sapu.
Amri tak mampu untuk memiliki Maria Beta. Tiada Dollar.
Amri juga falinlove pada Maria Beta.
Amri hanya mampu mengamati Maria Beta dari jauh.
Berbentengkan cermin exhibition di Komplex BeliBelah Belon.
Hingga satu hari Maria Beta di miliki oleh James.
James adalah Orang Kaya Hensem negara seberang laut.
Maria Beta adalah sebuah hasil eksperimen.
Yang dicipta untuk mencurahkan cinta kepada lelaki yang lonli.
James adalah lelaki lonli itu.
Maria Beta bertanggungjawab untuk fallinlove kepada James.
..........
Suatu hari Maria Edisi Baru telah keluar dipasaran.
James sudah bosan pada Maria Beta.
James mahu Maria Edisi Baru.
James buang Maria Beta dikaki lima depan Komplex Belibelah Belon.
Maria Beta pergi mencari Amri buahati yang dulu.
Tapi Amri sudah beli sebuah Maria Edisi Baru.
Kejamnya Dunia Teknologi
Selasa, 14 Julai 2009
Hikayat Si Budak: Azam Kura-Kura
Dalam hati Si Budak:
"Aku mahu melangkah lebih laju".
"Aku mahu menjadi Usain Bolt".
Si Budak mahu berjalan sambil manja-manja di kaki Si Bapa. Jadi Si Budak perlu berjalan lebih pantas. Si Budak berusaha keras. Berlatih siang dan petang.
Di suatu hari, Si Budak dijangkiti penyakit demam Gonhau.
Penawar hanya boleh didapati di Bukit Groul.
Si Bapa mahu menyembuhkan Si Budak.
Si Bapa pergi mendaki Bukit Groul.
Bukit Groul;
Bukit Groul memiliki banyak lagenda seram.
Seperti, Paku Pakis yang kejam, atau Bigfoot bermuka katak, atau Lipas bersaiz giga.
Tetapi Si Bapa tidak gentar(Seperti Ultramen yang berani)
Si Bapa redah segala onak duri gejola berapi.
Hingga di puncak Bukit Groul.
Si Bapa berjumpa dengan Monster Berwajah Gadis Berlidah Beracun Berambut Dreadlock .
Pertempuran diantara mereka bermula.
.....
2 minggu berikutnya.
Si Bapa tercegat dipintu Rumah.
Si Budak telah pun pulih dari demam Gonhau nya.
Of Koz Si Budak itu gembira. Ceria, sangat ceria.
Si Budak dan Si Bapa pergi berjalan-jalan.
Tetapi Si Bapa langkahnya panjang.
Tetapi Si Budak tidak lagi ketingggalan langkah dibelakang.
Si Bapa terus berjalan dan berjalan dan berjalan.
Si Budak kekurangan stamina dan pancit. Tidak mampu lagi mengikut Si Bapa berjalan.
Dan Si Bapa terus berjalan dan berjalan dan berjalan.
Dan hilang dihorizon.
Tinggallah Si Budak sendiri.
"Aku mungkin berjalan laju sangat"
"Aku kalau berjalan lambat mesti Si Bapa tunggu"
"Aku mahu berjalan lambat"
"Aku mahu menjadi Kura-Kura"
[teruskan]

Hikayat Si Budak: War of The Gang
Disatu tarikh yang tidak diingati. Di sebuah Taman.
Si Budak yang ceria telah berjumpa dengan 2 orang kawan baru.
Satu adalah kepala yang sekepala dengannya.
Satu adalah badan yang juga sekepala dengannya.
Of koz kepala itu adalah sejenis orang.
Of koz badan itu juga adalah sejenis orang.
Orang panggil kepala itu Si Kepala.
Orang panggil badan itu Si Badan.
(Memang nama dalam surat beranak)
Mereka menggelar kumpulan mereka Geng Kumpulan.
(Macam Geng Bas Sekolah lah)
Seperti organisasi lain;
Tugas mereka adalah untuk membanteras kes penculikan kucing, menjaga Keamanan Taman, memburu Berudu disekitar Taman, Membalas dendam kepada Geng Jahat Taman Sebelah yang mencuri Jambu di kawasan jajahan mereka dan lain-lain.
Geng Jahat Taman Sebelah.
Mereka memang sangat nakal dan senantiasa mencemburui kejayaan Geng Kumpulan.
Satu hari Geng Jahat Taman Sebelah telah menghantar surat cabaran kepada Geng Kumpulan.
[bersambung]
Ahad, 12 Julai 2009
Mencipta Mesin Perentas Masa
[12/7/2004]
(Simon:15)
Hari ini Simon berusaha keras.
Kerna Simon mahu mencipta Mesin Perentas Masa.
Berformulakan ilmu Fizik peringkat SPM dan Calculus gred C.
Berbekalkan modal sebuah basikal, 3 botol besar minuman isotonik 100plus,kalkulator berkuasa solar, Batu Kripton yang dijumpai didalam Mee Goreng mamak simpang depan sekolah,dan beberapa meriam buluh terpakai.
[12/7/2009]
(Simon:20)
Genap 5 tahun Simon berusaha.
Simon berjaya mencipta Mesin Perentas Masa.
Simon mahu pulang kemasa lampaunya.
Simon tidak mahu lagi jadi budak lembab itu
(merujuk pada Simon:12).
Simon aktifkan Mesin Perentas Masanya.
Simon mula menetap tarikh, tarikh bangsat peristiwa itu.
........
[12/7/2004]
Of Kos hari ini bukan tarikh bangsat peristiwa itu.
Malangnya, Simon kecewa.
Mungkin perlu tambah 13 botol besar minuman isotonik 100plus lagi.
Hari Simon kembali berusaha keras.
Kembali mencipta Mesin Perentas Masa.
Sabtu, 11 Julai 2009
Roket ke Pulau Beruk
Ini Pulau Beruk;
Atas pulau banyak pokok;
Atas pokok banyak buah;
Disana ada seekor Monyet, diatas pulau itulah.
Seekor sahaja, tiada lain makhluk pun disana.
Monyet itu sangat sukakan hidupnya.
Kerna dia tidak ada compitisyen untuk makan.
........
Hujan tidak turun di Pulau Beruk.
Kerna disana tiada katak, atau ular, atau bangau.
Hanya Monyet.
Sehinggalah buah habis di pulau itu.
Monyet sudah lahap semuanya.
(Akibat tidak pandai pertanian)
Monyet kini sudah lapar.
Monyet mahu ke Pulau lain.
Monyet terus berenang mencari Pulau lain.
Datang seekor Naga Laut terus telan Monyet.
Tapi macam mana Monyet boleh berada di Pulau Beruk?
Roket, mungkin roket.
[tamat disini]

Hikayat Si Budak: Darah Ribena
Disini,
Dilembah ini,
Wujud satu Si Budak yang ceria.
Cita-citanya mahu menjadi Ultramen.
Kenapa? Kerana Ultramen sangat kacak,
Dan Ultramen ada lampu didada(tanpa suis).
Si Budak ini hidup harmoni.
Dalam satu keluarga yang harmoni.
Keluarga ini diketuai oleh Si Bapa.
Si Bapa sangat kacak (seperti Ultramen juga).
Si Budak sangat sayangkan Si Bapanya yang kacak.
Si Bapa gemar membawa Si Budak itu berjalan-jalan.
Hati Si Budak itu girang setiap kali bersama Si Bapa.
Seronok.
Tetapi Si Bapa langkahnya panjang.
Si Budak sering ketinggalan langkah dibelakang.
Si Bapa hentikan langkah,toleh ke Si Budak.
Menanti Si Budak sampai kesisi dengan senyuman.
Si Budak menderaskan langkahnya agar segera sampai,
Segera sampai kesisi Si Bapa yang sedang menantinya.
Dalam hati Si Budak:
"Aku mahu melangkah lebih laju".
"Aku mahu menjadi Usain Bolt".
[bersambung]
Rabu, 8 Julai 2009
Pembaca Aura Yang Bagus
Dia adalah istimewa.
"Istimewa" disini bukanlah merujuk kepada seorang yang mempunyai wallet yang berisikan kad OKU.
"Istimewa" disini bukanlah menyatakan dia sedang dicintai oleh seorang mat rempit secara rahsia.
Betul,Dia benar-benar istimewa kerana dia amat berbeda dengan rakan-rakannya yang kurang istimewa.
Istimewanya kerana dia dikurniakan power untuk melihat aura. aura seperti, aura cik Joyah yang sedang blushing selepas menerima surat cinta dari kekasih gelapnya,atau aura Pak cik Hamid yang dipenuhi amarahnya kepada pencuri selipar ketika waktu pulang dari solat Jumaat, atau aura beattle yang sedang berahi untuk mengawan, auralah.
Merantaulah dia kerna dituduh cuba membaca aura gatal Ketua Kampung yang mahu berpoligami buat kali keempatnya.
Sehinggalah dia bertemu aura yang amat pilu, sangat pilu.
Aura yang terpancar dari sebuah bukit. Ya, bukit itu sedang pilu.
Dia tergamam. Terpaku dia dikaki bukit itu selama 13 jam. Terguris hatinya menggamit kepiluan bukit itu.
Diteguhkan pendirian. Dikuatkan semangat.
Ya, mulai saat itu tiada siapa dibenarkan menyakiti bukit itu lagi.
Kerna dia sanggup melakukan apa sahaja, seperti menggigit tayar lori balak yang keluar masuk kampung, mencuri minyak chainshaw pak Mail si pembalak haram, mahupun meracun rusa-rusa yang membuangkan sisa kumbahan dikaki bukit.
Dengan harapan bukit tidak lagi berduka.

Selasa, 7 Julai 2009
Melayang Hari Ini : Layan
Transformasi: Make a Wish
Mugi adalah seekor tupai jantan.
Yes, nama beliau Mugi.
Bukan Fauzi,bukan Muiz,tapi Mugi
Beliau mahu menjadi ikan. Yes ikan puyu.
Suatu hari yang tidak diketahui tarikhnya. Mugi telah mengambil keputusan untuk lari dari rumahnya(atau sarangnya). Tiba-tiba, beliau ternampak kilauan tahi bintang(bintang saurus buasir) yang sedang melintasi atmosfera bumi.Terus beliau teringat akan kepercayaan karut ex-girlfriend nya yang berbunyi,
"Kalau nampak tahi bintang, cepat2 make a wish.. wish anda akan terkabul."
Lantas Mugi terus make a wish untuk menjadi ikan puyu.
Mugi pengsan dek terpana sinaran yang amat menyilaukan yang muncul tanpa diundang.
(Keesokan harinya)
Mugi terjaga dari pengsannya..
Mugi terasa amat sesak untuk bernafas.
Hampir 5 minit beliau mengelupur kesesakan.
Berguling-guling.
Hinggalah terjerplos beliau kedalam kolam Pak Saman.
Mugi membelek dirinya. Hampa.
Beliau kini adalah seekor kurita.

Isnin, 6 Julai 2009
Karim si Peminat Bola
Karim baru pulang ke rumah.dengan muka kecewa bercampur marah kerana pasukan kegemarannya Manchester United kalah kepada Barcelona dalam final juara-juara Eropah.Ditambah dengan panasnya kepada mamat fans Barca yg duduk di meja sebelah tadi.
Matanya terus keatas meja sebaik saja dia buka pintu. Satu bucket kfc dgn satu kotak nugget terhidang dan senaskah metro hari ini terdampar di atas meja. Karim menggapai metro tersebut dan terus menyelak setiap muka surat. Tiada apa-apa yg ingin dibaca.
Mak tertidur atas sofa.
Radio dibiar terbuka.
Lagu Adibah Nor, tajuk tak tau.
"Biarlah," bisik hati Karim.
Di ambil pinggan dan di letak seketul ayam kfc. Karim mengambil 3 ketul nugget dan di letak atas pinggan. Satu ketul nugget terus kedalam mulutnya.
Ketika dikunyah ayam kfc yang dicicah dgn sos cili di dalam mulutnya, bayangan lionel messi menjaringkan gol barca terus terbayang-bayang berulang kali dari setiap sudut mcm playback dalam tv. Terus dilumat ayam kfc itu dan menelannya.
.....
.....
Karim termenung. di atas pinggan nya hanya tinggal sisa tulang ayam kfc.
"Mesti akak dapat gaji hari ni"
"Boleh beli kfc bucket siap,"fikir Karim seorang diri.
Lagu Nora pula bermain di radio. tajuk apa entah.
Mak peminat sinar.fm, layan sajalah.
Karim bersihkan meja. Pergi ke dapur. Buang sisa tulang kedalam tong sampah.Letakkan pinggan diatas sink. Masuk ketandas. Tak baca doa. Keluar tandas. Tak baca doa.
Satu lembaga didepan tong sampah. Sedang membelek-belek apa entah dalam tong sampah tu. Karim amati lama-lama lembaga tersebut.
"Oh, jin makan tulang rupanya".
Karim gosok gigi di sink. baring atas katil. dan tidur.
"Season depan masih ada"

Jumaat, 3 Julai 2009
Orchid: Karya Seorang Budak
Rain slices peaceful day;
black clouds make dark skies;
black clouds show skies anger;
I could feel,the skies are erupting;
ligthing strikes with rays of light.
In the blink of eye,
I break the rain gate alone,
In the middle of journey,
My eyes catch a growing petite orchid tree.....
My feeling grows from the darkness,
I sacrifice myself
protecting the tiny plant.....
that is growing,
A beautiful Orchid.....
that will seduce any birds that loves peace.....
My heart couldn't bear
seeing it destrayed by the harsh storm
The anger of skies
Rainbow cuts through the showering rains
Golden eyes peep behind the fading of black clouds
Light gives hope to lover
By eyes stare at the tiny orchid plant
with hopes you grow
A beautiful orchid
My chained days are breaking fast
The anchor of time lost in seconds
under the ocean darkness
I stroke you with determination
I water you with diligence
I fertilise you with loyalty
Never I imagine
the beauty of you've grown,the beauty Orchid
You have burdened my heart.....
My love,my affection......
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...