Khamis, 30 Disember 2010

Subuh Untuk Jiwa Merdeka

Berembun tingkap gelap bilik Syafiq, melambangkan suhu pagi itu yang dingin bak bilik simpanan daging milik restoran lima bintang di hotel terkemuka dunia. Dingin dingin yang semacam inilah yang membingkis nikmat untuk setiap manusia manusia seperti Syafiq untuk terus berenang di atas katilnya, berbungkus dengan komfoter yang berbau seperti mama selepas baru dibasuh dengan softlan semalam, dengan mata gelap memandang mimpi yang indah indah, mimpi tentang Julia Perez, mimpi tentang segelas alkohol, dan mimpi mimpi yang membikin senyum dalam pejam matanya.

Perlahan lahan keras dingin bau besi rantai melingkar atas kulit tengkuknya. Sejuk besi rantai langsung tak beri kesan pada bibit bibit nikmat fantasi Syafiq. Sehinggakan subuh pergi berlalu dengan hanya sedikit kerlingan di hujung mata pagi.

7 ulasan:

AISA. berkata...

ish nama dah lawa, tapi tak solat subuh pun.

Qhamel berkata...

tajam entry ni..

nia sinya berkata...

subuh dtgglkn begitu saje...x bangon subuh eyh?

nia sinya berkata...

subuh dtgglkn begitu saje...x bangon subuh eyh?

Aizuddin Jaafar berkata...

Aisya Debiru,
Hm. Mungkin kena tukar namalah camtu.

Qhamel,
Tajam, boleh sembelih ayam.

Nia,
Amboi eksaited komen dua kali.

nia sinya berkata...

bkn eksaited..nk bagi peringtan..

Aizuddin Jaafar berkata...

Nia,
Boleh boleh apa salahnya. dua puluh kali pun boleh.

Catatan Popular